27 March 2010

Aku Hampir Mati!

Bismillah.

Waktu sentiasa berlalu pergi, tak akan berhenti, tak akan kembali.
Begitu juga Kematian, ia sentiasa mendekat, tak akan menjauh.
Takkan.........

Hari ini, aku lihat kalendar Masihi, kuteringat...

Tarikhnya benar-benar sinonim dengan tarikh aku ditakdirkan muncul ke dunia ini pada surat beranak aku. 17 Tahun yang lalu.

Ya, mungkin ramai orang fikir, bahkan aku sendiri adakalanya merasakan, aku akan hidup lama lagi.

Baru 17, muda lagi, buat apa sirius belajar, buat amal, jadi orang baik...

Muda-muda macamnilah kita berfoya-foya, bercouple, lepak, jadi gengster, berpeleseran merempit dan clubbing, berhibur, gi fun fair......

Dah tua nanti, baru pakai kopyah, pergi Masjid, buat amal..

Kan boleh taubat dengan semua dosa waktu kita muda dulu..

Ya, memang boleh...

Tapi hanya jika kita pasti bahawa besok kita akan kekal hidup. Bahkan beberapa saat lagi.

Pastikah kamu? Sejauh mana?

Jika tidak pasti, adakah kita akan terfikir untuk berbuat noda?

Begitulah, ramai yang kononnya pasti, mereka mati lama lagi, lalu buat maksiat, buat Tuhan Marah, buat dosa.
Kononnya dah pasti kita tak akan masuk neraka dengan dosa kita...

Hipotesisnya, semakin meningkat umur kita, semakin hampir kita dengan kematian.

Lantaran itu, sempena pengulangan sejarah hari kelahiranku ini, aku tidak ingin bergembira menyambutnya.

Mengapa nak bergembira, sedangkan Aku ni hampir mati! Bergembira dengan dosa yang banyak ini?

Bergembira mati dengan buruk? Bergembira dengan azab kubur? Dengan kedahsyatan neraka?

Aku bertekad, ingin menyambut befday kali ini dengan kesedihan, dengan tangisan(ye ye je aku ni).

Moga-mogalah.. Aku laksanakan tekadku ini. Walaupun tidak punya kekuatan, tapi dengan kudrat yang tersimpan, ku coba..

Sahabatku, mari menangis....

Menangis kerana Allah......


p/s:  Tak tau la sedih sebab hampir mati ke atau sebab xde org ingat befday aku nih, Astaghfirullah!...adeih. Pilu. Sepi. Family kat malaysia sana tak ingat aku lagi ke? Aku hanya dibuang ke bumi Mesir inikah?
 Atmaku ranap!!!!
Azam, kau benar-benar hampir mati!
Kata sahabatku “ Istighfar Zam! Fikir bukan-bukan jeh kau nih, tadi kata tak nak sambut befday happy2, nak nangis2! haish3..”

Gelak.

Selamat Hari Jadi, Azam, yang ke-17! T_T(sambut sorg2 pn x mengapa lah)

Baginda Rasulullah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Tarmizi:
Tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia ditanya tentang:
1. Umurnya pada apa yang telah dihabiskannya,
2. Masa mudanya pada apa yang telah dipenuhkannya,
3. Hartanya dari mana dia mendapatinya dan ke mana dia membelanjakannya
4. Ilmunya, apakah yang telah dilakukan dengannya.

10 comments:

  1. Sanah helwah.. Moga Allah redha~
    Smoga umur dipanjangkn itu smkin brusaha mnambah amal utk Islam..

    Ada sahabat di sana yg mengucapkn hari lahir pun sudah ckup bertuah^^

    p/s: fuad itu apa ya? 'asif..

    ReplyDelete
  2. Amin, saudari juga..

    hah, katannya sasterawan cilik! haha gurau..
    fuad tu sanubari, ataupun hati..

    ReplyDelete
  3. Assalamu`alaikum...selamat hari lahir..
    selamat pendek umur..(bukan bergurau tetapi memang benar..kita hampir kepada kematian.)..ana minta maaf jikalau terasa...
    Semoga Rahmat & Redha ALLAH sentiasa bersama kamu..

    ReplyDelete
  4. Waalaikusalam,
    Tidak, sy bahagia dgn ucapan itu, satu ucapan spye sy sntiasa selamat dalam umur yg singkat ini.
    Syukran.
    Ameen, kalian juga.

    ReplyDelete
  5. salam 'alaykum bro....
    sorry..gua tak tahu tentang mu bro...
    Happy sannah helwa....yang ke-17...

    Semakin singkat usiamu dalam usaha membina diri menbangun yang lain..
    manfaatkanlah sebaiknya;)
    Allah bersamamu!

    ReplyDelete
  6. Salam azam, siapalah kita kan? Azam samalah mcm cikgu. Cikgu memang tak pernah sambut hari lahir dan jarang orang ingat-ingat. Tapi beza pula dengan Azam, cikgu tak pernah menangis pun masa hari lahir. Itu yang cikgu belajar dari Azam. Syukran!

    Hm, apapun, bagus post ini. Mahu puji penulisan post bulan April semakin penuh dengan kosa kata baru [!] Teruskan pendakian~

    Semoga segala perjalanan umur diberkati dan diredhai Allah. BELATED sannah helwa~

    p/s : Sibuk. Jarang buka internet~

    ReplyDelete
  7. Waalaiumsalam..

    maaf kan murid cikgu ni, azam sblm ni x perna sambut pn krn x suka, tp thn ni azam fikir kita boleh jadikan hari ulang tahun ini sbg wasilah utk kita tingkatkan iman dan bkalan m'ghadapi mati, juga tidak m'buang masa.. x pa kan?

    Azam x nangis pn sbnrnya, susa...hehe
    tp buat2 nangis...

    Afwan, maaf cikgu, huhu.. post tu hanyalah luahan perasaan...

    Ameen, Ya Rabb...Cikgu juga...

    ReplyDelete
  8. salam'alaikum....
    he.. azam mnangis yer?he
    erm..
    bgy ana.. nk wat pew sambut hari lahir..
    2 sume adat org kafir..
    hapy biler sambut hari lahir...
    bkan ke kite leyh amek iktibar..
    kite nieyh makin dkat dgn kematian..
    bkan bersng2..dpt hadiah sambut hari klahiran...

    mmg sedeyh kalau xde sape y igt bufday kte...
    tp.. kite msty lgy sedeyh klo kite memperingatkn
    y kite bhw kita semakin dkat dgn KEMATIAN....
    semua akan merasai kematian...

    Saudara Azam...
    semoge pnjang umur..
    dimurahkan rezkimu oleh ALLAH swt..
    MOGA UMURMU Y TERSISA INI, DIGUNAKANLAH
    SEBAIK MUNGKIN..
    DIRIMU ADALAH PEMIMPIN...
    JADILAH PEMIMPIN Y MEMIMPIN APA Y DIPIMPIN
    DGN PIMPINAN SEORANG PEMIMPIN Y BERJAYA..
    BERJAYA MEMIMPIN..
    DN MEMJADIKAN APA Y DIPIMPINNYA ITUPUN
    BERJAYA SEPERTI PEMIMPIN...

    SAUDARA AZAM..
    ANA BANGGA DGN SAUDARA...^_^

    ReplyDelete
  9. Ya, Waalaikumsalam,

    menangis jugak seorg azam ini membaca komen ukhty.

    'DIRIMU ADALAH PEMIMPIN'?
    Ya, sgt berat kata-kata ini. saranan ukhty memang menghunus tepat nubari ni.

    Jgn bangga dgn al-faqir ni, segalanya kepunyaan Allah kan binasa.

    Doamu sgt dirindui!

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum..kataII yang memberi kesan kepada saya..terima kasih..dalam usia 23 tahun ni baru saya sedar telah banyak melakukan dosa..tak tutup aurat..berfoyaII.. Alhamdulillah sedikit demi sedikit semakin berubah..baru sedar tak tutup aurat ibu bapa pun turut tanggung dosa bersama..selain tu solat pun tak dilaksanakan..tapi in shaa allah..terima kasih..memang saya takut kepada kematian sedangkan kematian itu pasti..terima kasih..saya masih mengharapkan petunjuk & hidayah..

    ReplyDelete

Paterikan nama anda di sini. Saya akan jejaki. Moga ikatan terus bersemadi..

Related Posts with Thumbnails