26 March 2010

Makin kenal maka makin cinta

Bismillah
Cuba kita kenali diri kita, lihat anggota-anggota badan kita, fikir dengan minda, tafakkur dengan sanubari...

Sedar tak sedar, sudah hakikatnya, seluruh organ dalam badan kita, seluruh urat saraf kita, seluruh otot kita, perjalanan darah, denyutan jantung dan nadi kita bukan dikawal kita.

Kerana ia bukan milik kita. Itu memang tidak akan disangkal bukan?

Kita pula lumrahnya sentiasa lupa, seolah-olah diri kita, kepunyaan kita. Bebas!

Bebas melakukan apa sahaja, bebas menurut nafsu. Tidak sedar bahawa sistem pergerakan organ di dalam badan kita yang sempurna dan teliti itu sentiasa dikawal dan diperhati Pemiliknya.

Boleh sahaja Sang Pemiliknya membiarkannya berhenti, tidak terkawal, atau menghancurkannya, setiapkali DIA murka akan noda dan kesilapan kita kepadaNya. Punahlah kita!!

Namun kasih sayangNya, rahmatNya meliputi segala-galanya. Kita masih diberi nikmat untuk hidup sihat menikmati dunia.

Indahnya alam dunia, sehingga ramai yang cintakannya, tak ingin meninggalkannya, ingin selama-lamanya bersamanya. Kerana kita dah mengenalnya, merasainya dan meyakini kewujudannya.

Seandainya seluruh manusia kenal akan alam yang sebelah sana, yang abadi itu...

Seandainya kita meyakininya, melihatnya yang lebih luas dari seluruh langit dan bumi ini..

Kita tak akan ingin mengenali dunia, tak akan ingin merasai dunia lagi..

Bagaikan jika kita diberi dua orang kekasih, satu yang tua kerepot yang sedang nazak berpakaian perak dan mutiara nan indah, dan kedua, yang selamanya kekal muda jelita lagi berpakaian emas dan berlian yang jauh lebih indah, mana satu akan kita pilih?

Kita sudah tentu memilih kekasih yang kedua, malah kita bagai tak pernah kenal yang pertama, tak ingin langung...Sudahlah dah nak mati, baju je cantik..

Itupun jika kita kenal yang kedua. Kenal akan keindahannya, kenikmatannya yang tak akan sirna. Yang berkekalan..

“Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari jelita yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga sahaja yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.” (Ar-Rahman:56)

Kenalilah Alam Abadi itu, untuk bertambah mencintainya, lalu mengikis kecintaan pada dunia yang membengkak pada diri...


Rasulullah Sallallahualaihiwasallam bersabda:

"Pada suatu hari kelak, umar-umat akan memusuhi kalian(Islam) dari segala penjuru, seperti orang-orang lapar yang merebutkan makanan."

Para sahabat bertanya, "Apakah karena jumlah kami yang sedikit pada masa itu wahai Rasulullah?" 

Rasulullah saw menjawab, "Bahkan, jumlah kalian pada waktu itu banyak, akan tetapi kalian hanya bagaikan buih yang terbawa arus air; dan sungguh Allah akan mencabut rasa takut dari dada para musuh kalian; dan sungguh Allah akan menghujamkan wahn di dada kalian. "

Para sahabat bertanya kembali, "Apakah wahn itu wahai Rasulullah?" 

Rasulullah saw menjawab, "Cinta dunia dan takut mati." (lihat al-Jami' as-Shaghir: 8183).



Firman Allah Tabaraka wa ta'ala:

 
"Hai hamba-hambaKu, pada hari ini engkau semua tidak perlu merasa takut dan
tidak perlu pula berhati susah.

Yaitu orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami dan mereka adalah
pemeluk-pemeluk Agama Islam.

Masuklah engkau semua dalam syurga, juga isteri-isterimu dengan perasaan
gembira.


Kepada mereka diedarkanlah piring-piring dari emas, demikian pula gelas-gelasnya.

Di situ terdapatlah semua yang diinginkan oleh jiwa dan yang sedap mata memandang,
dan engkau semua kekal di dalamnya.

Itulah syurga yang diwariskan kepadamu semua dengan sebab amalan kebaikan
yang telah engkau semua lakukan.

Di situ engkau semua akan memperoleh buah-buahan yang banyak sekali, yang sebahagiannya kamu makan." (az-Zukhruf: 68-73)

1 comment:

  1. Buat saudara yang sedang berjihad, ana ingin berkongsi pesanan yang ana selalu pesan dalam monolog kalbu. Ilmu yang dipelajari tidak kiralah Biologi atau Matematik, atau subjek bukan akademik sekalipun, jika dikagumi, keindahannya tak ke mana. Kehebatannya tak ke mana. Semuanya akan kembali kepada kebesaran Allah swt~ Ana selalu terpikat dengan keindahan ini tatkala membaca tafsir AlFurqan dan juga belajar subjek Sains terutamanya. Sains dan Islam memang tidak boleh dipisahkan. Memang memberi kesan kepada jiwa dan pemikiran. Keindahan bahasa di dalam blog ini pun ana pujikan kembali kepada Allah swt kerana terlalu indah dan uniknya pelbagai bahasa yang Allah telah ciptakan. Kerana itu umat Islam perlu belajar cara berzikir tatkala berfikir. Berfikir jauh untuk mengingati Allah...

    ReplyDelete

Paterikan nama anda di sini. Saya akan jejaki. Moga ikatan terus bersemadi..

Related Posts with Thumbnails