01 July 2011

Jangan Tinggalkan Amalan Hanya Sebab Rasa Tak Ikhlas!

Bismillah.

el-salaaaamu'alaykum semua... ^^

fuh~*melepaskan nafas berat* lega...

Gambar hiasan semata-mata (sumber: sheikh google) hehe..
Akhirnya, exam terakhir saya di Buuth International Islamic School ini sampai kepada penghujungnya, pressure dah deteriorate..tp still ada lagi..sebab result keluar dua minggu lagi inshaAllah.. doakan.. =-)

Lama tak menulis ni, rindu lah dengan blog ni, dengan para pembaca semua..huhu..

Alhamdulillah, banyaaak sgt perkara menarik yg berlaku pada saya pada bulan Jun lalu yg tak sempat sy kongsikan kerana exam..

Saya akan cuba ceritakan satu satu insyaAllah, dgn taufikNya..

Mudah-mudahanhan dgn perkongsian-perkongsian dan ilmu di laman picis ini, manfaat akan bercambah, pahala dan saham akhirat bertambah..

hmm, nak post apa dulu ya? huhu..

Oh ya...nak cerita sikit, waktu exam, saya dapat banyak idea dan ilham yang mencurah-curah dari Allah..

Mungkin sebab banyak sangat membaca.. hmm.. itulah, waktu exam baru nak banyak membaca, nampak sangat kita biasanya semangat tuntut ilmu bila dah dekat nak exam kan?

Saya ada terfikir tentang hikmah mengapa Allah menyembunyikan tarikh ajal kita dan hari kiamat bila saya bertungkus-lumus membuat persediaan final exam ini..

Antara sebab dan hikmahnya adalah apabila kita tahu bila tarikh kita exam contohnya, kita boleh nak tangguh-tangguh dalam persiapan dan persediaan exam, sebab kita rasa lambat lagi, so bila dah dekat baru study betul-betul...

Tetapi ajal kita yg Allah tak bagitahu bila, kita tak boleh tangguh-tangguh dalam membuat persediaan dan bekalan kerana bila-bila saja kita boleh didatangi malaikat Izrail dan dicabut nyawa, bila-bila saja kita boleh mati!! T_T

Itulah, sukarnya untuk kita ikhlas menuntut ilmu semata-mata kerana Allah.. Manusia ini memang cenderung kepada asbab. Contohnya kita solat sebab nak dapat pahala, kita belajar sebab nak lulus peperiksaan dan dapat pekerjaan dan sebagainya..

Tetapi hakikatnya, peringkat ikhlas yang murni dan yang tertinggi adalah, "Melakukan setiap perkara dan meninggalkan setiap perkara kerana Allah semata-mata", bukan kerana nak dapat pahala, juga bukan kerana syurga.(Dipetik dari kata-kata Imam Fudhail ibn 'Iyadh rahimahullah dalam kitab Al-Azkar Nawawi, bab Ikhlas)

Sebab itu kita perlu selalu betulkan niat, dan jangan pula disebabkan kita tidak boleh ikhlas dalam sesuatu amalan, kita meninggalkan amalan tersebut!

Contohnya, biar saya kongsikan perbualan adik perempuan saya dengan seorang kakak yang tidak bertudung:

"Kenapa adik pakai purdah?"

"hmm, begini, saya pakai purdah sebab takut jadi fitnah kepada kaum lelaki kak.."

"Tapi semalam adik tak pakai pun?"

"Ohh, semalam saya belum dapat hidayah, lagipun abang sulung saya baru pulang dari mesir baru menyarankan saya untuk mula berjinak-jinak dengan purdah.. Jadi mulai hari ini, saya ingin berubah dan mula memakai purdah.."

"oh, begitu..bagusnya adik..semoga ikhlas..."

"erm, kak... maaf, kenapa pula akak tak pakai tudung ye?"

"(tersentak) hihi, akak sebenarnya nak pakai tudung, tapi bila akak tengok ramai kawan-kawan akak yang pakai tudung tapi tetap perangai buruk jugak, maksiat jugak, couple jugak, pegang-pegang tangan lelaki jugak.. so, lebih baik akak tak pakai tudung tapi akak tak buat semua tu... buat apa nak pakai tudung tapi tak ikhlas? Allah kan tak terima amalan yang tak ikhlas..."


Lagi sekali gambar hiasan (takda kena mengena sebab takda idea nak letak apa) =D Tapi statement dia best!


Kemudian adik perempuan kesayangan saya rasa buntu dan mengadu pada saya tentang ini...

Lalu saya cuba menjawab,

"Habis tu, kalau rasa tak ikhlas nak solat, tak payah solat?

Begini, adinda boleh cuba fahami kata-kata Imam Ibnu 'Atha'illah As-sakandari ini :

"Jangan meninggalkan zikir lantaran kamu tidak dapat selalu ingat kepada Allah ketika berzikir, sebab kelalaianmu terhadap Allah S.W.T ketika berzikir lebih teruk/bahaya daripada kelalaian engkau terhadap Allah ketika tidak berzikir.

Mudah-mudahan Allah menaikkan darjat kamu daripada zikir dengan kelalaian kepada zikir yang disertai ingat kepada Allah, dan mudah-mudahan Allah akan mengangkat kamu daripada zikir yang berserta kehadhiran Allah di dalam hati kepada zikir di mana lenyapnya segala sesuatu selain Allah (martabat tertinggi dalam berzikir), dan hal yang sedemikian itu tidaklah sukar bagi Allah S.W.T."
{Al-Hikam: 47}

Ya, ini adalah tentang amalan yang sunat, berzikir.. Apatah lagi amalan yang wajib seperti solat dan menutup aurat, lagi lah kita tak boleh tinggalkan walaupun tak ikhlas..

Janganlah disebabkan kita rasa tak ikhlas menutup aurat yang mana adalah merupakan perkara yang wajib dalam agama, kita tinggalkan amalan tersebut..Itu adalah kerja syaitan..

Memang telah menjadi suatu kebiasaan bagi setiap manusia pada awal-awal melakukan suatu amalan itu kita tak dapat ikhlas, tetapi ia tidak bermakna kita takkan boleh ikhlas!

Ikhlas itu datang selepas konsistensi(istiqamah). Ikhlas ini ibarat benih yang baru kita hendak tanam.

Mula-mula, hari pertama dan kedua memang benih ikhlas belum bercambah, tetapi itu tidak bererti ikhlas takkan boleh tumbuh dengan subur, kan?

Kita perlu selalu menyiramnya secara berterusan dan istiqamah, baru ianya kan tumbuh dengan subur dan sehat dan jika kita teruskan lagi menyiramnya, tumbuhan itu kan terus subur meninggi malah dihiasi pula dengan bunga-bunga yang mekar indah..

Sebaliknya jika kita berhenti dari menyiramnya, berhenti dari melakukan sesuatu amalan, maka bagaimana ikhlas kan subur?

Maka benarlah kata-kata hikmah Ibnu 'Atha'illah As-sakandari tersebut yang mengatakan:

"Mudah-mudahan Allah menaikkan darjat kamu daripada zikir dengan kelalaian kepada zikir yang disertai ingat kepada Allah, dan mudah-mudahan Allah akan mengangkat kamu daripada zikir yang berserta kehadhiran Allah di dalam hati kepada zikir di mana lenyapnya segala sesuatu selain Allah (martabat tertinggi dalam berzikir), dan hal yang sedemikian itu tidaklah sukar bagi Allah S.W.T."

Ya, darjat keikhlasan kita akan meningkat jika kita terus-menerus melakukan amalan itu dengan istiqamah. Daripada beramal untuk mendapat pahala kepada beramal untuk mendapat syurga, dan daripada beramal untuk meraih syurga kepada beramal semata-mata kerana Allah..

Saya sebenarnya sangat takut sekiranya ilmu yang saya tuntut di kota fustat ini adalah tidak berpaksikan ikhlas kerana Allah. Mudah-mudahan ilmu yang saya tuntut di sini adalah ikhlas kerana Allah, bukan sebab imtihan dan malah makin mendekatkan diri saya kepada Allah..

Berapa ramai manusia di dunia ini yang menuntut ilmu tetapi malah makin menjauh daripada Allah.. Na'uzubillah..

Sama-sama kita berdoa kepada Allah 'Azza wajalla untuk sentiasa mengurniakan ikhlas dalam setiap amalan kita..

Allahummarzuqnal ikhlas..Ameeeen.. =-)

Nota:

-Saya mulai hari ini akan cuba try test ujarrib update hari-hari walaupun masih sibuk dengan kelas pengajian yang dah kembali aktif di Masjid Al-Azhar. Masa kosong tak boleh dibiarkan kosong.. ^^

-Salam Isra' Mi'raj semua, bagaimana dengan solat kita? jangan tangguh-tangguh dan lengah-lengahkan solat ya, sangat banyak hadis-hadis yang menunjukkan Nabi sangat menyarankan dan menitikberatkan kita sebagai umatnya untuk solat di awal waktu kerana tiada sebab untuk kita melengah-lengahkan temu janji kita dgn Allah S.W.T 5 kali sehari...takkan hanya kerana sibuk dengan dunia, tanggungjawab kita dengan Sang Pencipta kita dilupakan? ditangguhkan?

"Peliharalah semua solat dan solat Al-wusta(asar) dan laksanakanlah solat dengan khusyu'"(2:238)

10 comments:

  1. assalamualaikum...

    alhamdulillah..syukran atas prkongsian ini..benar..ikhlas tidak dpt diukur melalui mata kasar tp insyaallah apb kita melakukan ssuatu dgn ikhlas kita akn merasai kemanisannya..

    ReplyDelete
  2. To NooR AzLen BinTi HaRoN : Wa'alaykum el-salam. ya, afwan. =).. Sama-sama kita training dan practice ikhlas banyak2 dalam meraih keikhlasan yang sempurna..

    To Zombie Insaf : Ahlaan! tengok nama blog pun dah seram ni...huhu.. insyaAllah.. syukran ziarah, moga dicerna manfaatnya.. =)

    ReplyDelete
  3. :) u're back

    huu.ana dah dapat pun result, menurun!

    ReplyDelete
  4. syukran atas perkongsian..
    sama2 kita cuba untuk ikhlas diri tak kira dalam apa jua ibadah yang kita lakukan..
    lillahi ta'ala..letakkan Dia Yang Maha Agung yang teratas dalam setiap perkara...

    untuk study tu,memg bnar dan ana sokong...
    kadgkala,sgt susah nk study kerana Allah...
    slalunya untk exam,lpas tu lupa..astaghfirullah..
    sentiasalah kita tajdidkan niat kita..
    semoga sama2 peroleh keberktan...amiin..

    ReplyDelete
  5. sulit sekali hal ini.
    moga Allah golongkan kita semua ya akh, dlm kalangan mereka yg lulus dlm urusan hati nie.

    benar sekali bila akhi katakan ikhlas dtg setelah kita melazimi diri atau mudah sebutnya istiqamah. sekali dua kemudian tinggal maka memang susahlah utk ikhlas kukuh bertapak.

    pesan pakcik sy, bila kita terus lazimi buat, buat dan buat, hingga akhirnya tak rasa apa dah, maka tika itulah dtg ikhlas dlm hati kita.

    syukran akh, entri ini berjaya 'jentik' hati ini. mahu segera amiinkan doa akh diakhir entri tadi, allahummarzuqna ikhlas, amiin ..

    ReplyDelete
  6. Syukran dik.... rasa cemburu melihat insan lain menulis

    ReplyDelete
  7. minta izin utk share link ini?

    ReplyDelete
  8. Boleh, tafaddal dengan segala hormatnya. =-)

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas perkongsian ini!

    ReplyDelete

Paterikan nama anda di sini. Saya akan jejaki. Moga ikatan terus bersemadi..

Related Posts with Thumbnails