31 July 2011

Saya Ingin Menuju Ke Puncak

El-salam.

Result exam dah keluar, alhamdulillah saya telah graduate Maahad Buuth Al-Azhar dengan berjaya. ^_____^

InsyaAllah Oktober ini saya akan ke menara gading dan bergelar mahasiswa azhari secara rasminya..

Rindunyaa pada pembaca semua.. =-)

Asif ya, kebelakangan ini saya sangat sibuk. Saya perlu urus kepulangan adik ke Malaysia, jadi tour guide saudara-mara yang datang dari Australia, mengurus sendiri pendaftaran ke kuliah serta persediaan-persediaan untuk ke menara gading disamping kelas pengajian dan talaqi yang sudah mula aktif.. Persediaan untuk menghadapi bulan ramadhan tidak kurang juga..  fuhh..capek benerr!

Post kali ini tiada apa-apa yang penting dan menarik pun, santai je.. saya cuma ingin menghilangkan kerinduan kepada para pembaca dan meluahkan sedikit kasih sayang.. hehe.. saja nak bercerita sedikit.. moga ada manfaatnya juga.. =-)

Tahun lalu, saya pernah merancang untuk aktif dalam berblogging, menyebarkan blog ini dengan lebih luas, hari-hari update dan sering menulis cerpen mula cuti musim panas tahun ini kerana saya anggarkan saya akan punyai banyak masa lapang pada waktu tersebut.. Tetapi rupanya anggaran saya tersasar.

Saya sangat tidak menyangka masa cuti 3 bulan ini masih tidak memberi ruang untuk saya mula bergiat dalam penulisan. Saya sebenarnya ada merancang untuk membuat sebuah cerpen bersiri dan sebuah novel, namun ianya terhalang dek kesempitan masa.

Saya sebenarnya ingin menjadi blogger dan penulis yang aktif dalam masa terdekat ini, tetapi apabila saya fikir kembali, banyak tanggungjawab dan prioriti lain yang masih perlu dilaksanakan dahulu sebelum mula bergiat dalam blogging.

Actually, boleh saja saya post artikel ringkas di laman ini. Ada saja sedikit waktu yang terluang. Tetapi tak tahulah mengapa saya rasa tak berpuas hati dengan post yang kurang manfaat dan kualiti. Saya ni jenis yang memerlukan waktu berjam-jam untuk membuat sebuah penulisan. Kerana saya nak pastikan penulisan kali ini lebih baik dari penulisan sebelumnya, dan penulisan kali depan lebih baik dari penulisan kali ini.

Kebelakangan ini, saya pernah mendapat ilham untuk melaksanakan misi untuk mempromosikan blog dan menjadikan blog saya lebih terkenal. Ini kerana saya ingin cuba mengekalkan dan berpegang teguh dengan tujuan saya menulis di laman ini. Iaitu berkongsi ilmu dan manfaat yang saya dapat kepada seramai manusia yang mungkin dan kalau boleh satu dunia mendapat manfaat dari perkongsian dan penulisan saya..

Bukanlah bermaksud saya sukakan glamour dan popularity, sebaliknya saya terfikir, jika laman saya menjadi terkenal, maka lebih ramai yang dapat mencerna manfaat dan perkongsian saya, lebih ramai mad'u yang dapat saya capai..

Ibarat apabila kita berada di puncak, lebih ramai orang yang berada di bawah bukit boleh mendengar kita berbanding apabila kita berada di bawah bukit ataupun di tengah bukit. Inilah cara Rasulullah dalam berdakwah. Dalam kita-kitab sirah juga ada menyatakan tentang kisah Rasulullah sanggup mendaki sebuah bukit untuk mendapatkan lebih banyak perhatian dan menyeru setiap kabilah di mekah ketika itu.

Ya. Sepertimana cara dakwahnya Nabi, saya menulis bukan untuk diri sendiri semata-mata, tidak juga untuk sahabat sekeliling saya sahaja, tetapi untuk seluruh umat di dunia ini.

Namun saya tangguhkan misi saya tersebut kerana saya merasakan belum masanya lagi.

Untuk mendaki sebuah bukit yang banyak ranjaunya hingga sampai ke puncak, kita memerlukan masa. Dan saya masih kesuntukan masa untuk melakukan itu. Masa saya masih terpaut erat dengan ilmu-ilmu di Al-Azhar.

Saya rasa diri saya masih belum punya ilmu yang cukup untuk menjadi seorang penulis yang hebat dan popular.

Ringkasnya, melalui post ini saya ingin mengisytiharkan bahawa saya kini tengah berusaha untuk sampai ke puncak. Saya ingin menjadi seorang ulama terhebat dalam tempoh 20 tahun dari sekarang. Sedangkan Imam Abu Hanifah belajar bersama gurunya Hammad selama 40 tahun. Jadi, saya rasa tiada masa untuk saya membuang masa lagi. Mungkin ini belum masanya untuk saya bergiat dalam penulisan. Saya perlu mengumpul bekalan untuk berada di puncak agar mudah untuk saya menyampaikan, lebih ramai juga yang dapat menerima...insyaAllah 'azza wajalla..

Nota:

1) Tidak bergiat dalam penulisan bukanlah bermaksud berhenti dari menulis ya.. huhu.. insyaAllah Azam akan cuba menulis seperti biasa(tidak sering update dan mungkin menulis sebulan sekali saja) hihi.. cumanya di sini azam ingin memberitahu tentang hasrat azam untuk mula aktif dalam bidang penulisan ditangguhkan.. Azam ingin lebih fokus dalam menuntut dan menerima ilmu dari menyampaikan ilmu.. insyaAllah.. 

2) Kini, Azam tengah sibuk dengan persediaan ke kuliah. Azam perlu mendarahdagingkan 30 juz Al-Quran di dalam kepala sebelum menjejak kuliah. Selain itu azam juga perlu menghafal beberapa matan dalam ilmu agama seperti matan Abi Syuja'  dan Zubad Ibni Ruslan dalam fiqh, matan Jauharah dalam akidah, matan Baiquniah dalam mustalah hadith, matan Tuhfatul Atfal dalam tajwid, matan Alfiyyah Ibnu Malik dalam nahu dan matan Tayyibatun Nasyr dalam qiraat 10..

Doakan cita-cita azam tercapai ya. Mudah-mudahan cita-cita azam disusuli usaha yang gigih..



Salam Ramadhan semua! ^_~

3 comments:

  1. Alhamdulillah.

    moga cita2 dik Azam tercapai,insyaAllah :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... teruskan perjuangan.

    Nasihat kcil sy, semoga terus mnjaga keikhlasan ya akh.. smstinye, ujian dlm keikhlsn itu akn sntiasa hdir.

    kta seorg ulama' (asif,lupa nmanya.. ana rsa nta lbih arif)
    "btapa byk amln besar, mnjadi kcil krn niat(kurng ikhlas). dn btapa byk amln kcil, mnjadi besar krn niat (yg ikhlas)."

    ini nsihat utk dri ana trutamanya...

    Semoga cita-cita yang baik itu, Allah permudahkan jalan untuk mencapainya. InshaAllah. :)

    salam ukhuwah akhi :)

    ReplyDelete
  3. " Saya ingin menjadi seorang ulama terhebat dalam tempoh 20 tahun dari sekarang"

    kalau begitu sy juga mahu jadi imamah dlm masa 30 tahun lagi

    biiznillah, bitauiQ wannajah!

    ReplyDelete

Paterikan nama anda di sini. Saya akan jejaki. Moga ikatan terus bersemadi..

Related Posts with Thumbnails