03 July 2011

Transformer dan Kita


Transformers 3 Dark Of The Moon dah keluar. Apa pendapat saya? Ops, rahsia.. huhu..

Erk.. ehh.. opss.. apa dah berlaku, apa dah berlaku nih? cerita transformers baru keluar lagi ke?

Ya, memang dah keluar beberapa hari yang lalu.. Tapi, mengapa tetiba Azam Husni berbicara tentang Transformers ni, sedangkan umat tengah sakit, nak main-main apa lagi? salah blog? kena hack?

Hehe, taklah... meh baca sikit ni, ini masih saya.. ya, saya Azam Qaradhawi bin Husni... yang ingin cuba menulis dengan cara yang berbeza dari sebelumnya, yang lain sedikit dari biasanya..

Saja ja buat tajuk begini nak cari perhatian sikit..hehe.. Tapi memang jujur saya mengaku, saya minat juga filem transformer ni :D.. 

Waktu form 2 (time Transformers 1 keluar) saya siap pecah record, daripada tak pernah tengok wayang langsung selama hidup, demi transformers yang saya minat sejak dari kecil ni, saya sanggup senyap-senyap fly dari asrama pergi KLCC naik teksi waktu weekend (lebih kurang 10 minit je dari sekolah lama) huhu, astaghfirullah, memang zaman jahiliyyah.. Then lepas tu saya menyesal tak buat lagi, lagi-lagi sebab kena 'sound' dengan ayah...hihi.. 

Tak elok tau pergi panggung wayang, maksiat di mana-mana, syaitan pula bertepuk tangan gembira, saya dah ada pengalaman, saya tahulah...bukan main cakap saja.. =)

Okey, sebenarnya melalui entri ini, saya nak clarify sedikit pada pembaca semua tentang sedikit perubahan yang telah berlaku pada saya..

Saya nak jadi transformer!

Hmm, senyum lah sikit.. ^_^ haa, kan sweet/macho tu... tapi tak boleh kalahkan saya lah..hehe B)

Saya nak orang enjoy baca penulisan saya, tak nak kerut-kerut, serius begitu... Jom!

Bismillah..

Definisi Transformer

Em, perasan tak tajuk entri di atas saya sengaja tak letak 's' di hujung Transformer? Padahal sebenarnya nama asal filem robot itu adalah Transformers. Ya, sepertimana maklum, 's' di hujung menunjukkan plural ataupun jamak.


Actually saya tak sengaja terbaca kata  'transformer' di dalam Kamus Dewan(edisi keempat). Rupanya transformer pun ada dalam Kamus Dewan, mungkin telah dimelayukan..

Menurut Kamus Dewan, transformer merujuk kepada sejenis alat untuk mengubah arus elektrik (seperti mengubah voltan dll), alat ubah ataupun pengubah..

So, apa pula kaitannya dengan saya? hmm..

Menjadi Seorang Transformer Diri dan Society

Cuba kita lihat sejenak apa yang dah berlaku pada masyarakat dan dunia kini.. Dahsyat dan parah kan?


So, takkan kita biarkan saja? mana pergi akal waras kita? Mana hilang cinta kita pada mereka?


Tak takutkah dengan sabda Rasulullah S.A.W ini?

"من أصبح لا يهتم بالمسلمين فليس منهم"
(قال السيوطي في (جمع الجوامع): رواه الحاكم عن ابن مسعود وتعقبه، والبيهقي وابن الجار عن أنس)


"Barangsiapa yang menyambut paginya sehari-hari dalam keadaan tidak ambil peduli ttg umat Islam maka dia bukan dikalangan umat Islam"{HR Al-Hakim dan Al-Baihaqi}


Ya, benar lagi membenarkan. Bagaimana kita boleh bergelar seorang muslim, sedangkan rasa ambil berat tentang umat Islam yang lain tidak ada dalam nubari kita, bahkan Sikap 'nafsi-nafsi' terus membengkak dalam diri kita... Bagaimana?

Maka, sebab itulah wajibnya untuk kita seru masyarakat kembali kepada jalan Allah, ubah mereka, islah mereka. Itu adalah prioriti utama kita sebagai umat Islam yang sebenar-benar Islam.

Namun pertama sekali, kita perlu ubah diri sendiri dahulu kerana, "Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri..." (Ar-Ra'd: 11)

Justeru, melalui entri ini, saya nak ajak kalian untuk sama-sama kita menjadi transformer. Bukan jadi macam transformers robot tu.. haha..mustahil.. transformer ni bukan badan yang berubah, tapi pemikiran, cara berfikir, kesedaran dan jiwa yang berubah.

Saya nak seru kalian untuk jadi transformer diri pertamanya, paling kurang hari ini lebih baik dari semalam dan besok lebih baik dari hari ini.

Kemudian baru kita jadi transformer keluarga, sahabat, masyarakat dan seluruh umat.

Saya nak sama-sama kita aplikasikan 'Change Youselves To Change The World' sepertimana yang tertera di banner Tafakur Kehidupan di atas.

Tak kiralah dengan apa cara dan wasilah sekalipun, yang penting kita sentiasa berfikir dan bertindak. Bukan dengan terkurung di dalam bilik, goyang kaki berblogging dan chatting saja!

Dengan kata lain, di samping menjadi pengislah dan transformer di alam realiti, saya nak kita jadikan juga blog dan alam maya ini sebagai salah satu elemen untuk mengubah masayarakat, dan ia bukan bermaksud mengabaikan pula tanggungjawab kita yang lebih utama, iaitu sebagai musleh dan da'ie di alam realiti sehari-hari.

Sama-sama hulurkan tangan pada saya, saya seorang saja mana boleh ubah, kita sama-sama okay? mashyi keda?

Jom jadi transformer!

Yalla beena!! ;)

Nota: Saya kini dalam proses pembikinan lagu sulung saya bertajuk 'Penawar Hati'. Doakan segalanya berjalan lancar ya.. Saya akan kongsikan di laman daif ini setelah siap insyaAllah. =)

9 comments:

  1. nice post..dtg blog ana jugak ye..

    ReplyDelete
  2. menantikan upload nasyid :)

    ohoh, nama sebenar Azam Qaradhawy bin Husni? MasyaAllah.. ingatkan asalnya Azam Husni bin....(tak tahu) Teringat Syeikh Qardhawi..

    Jom transform!

    ReplyDelete
  3. insyaAllah...sama2 kita cuba untuk sebarkan dakwah..
    mulakna dengn ukhwah yg terbina bersama sahabat sahabiah yg ada disekeliling...
    perbetulkn diri sblum perbtulkn orang lain..:)

    ReplyDelete
  4. assalammualaikum

    insyaallah..marilah sama2 kita sebarkn dakwah.

    "sampaikan walau satu ayat"

    ReplyDelete
  5. To Fatimah: Shukran, inshaAllah =)

    To Ariffah9: inshaAllah. huhu, sebenarnya ayah saya pernah berguru dgn beliau dulu, kemudian terus letak nama beliau pada anak pertamanya ini.. ^^ Idola saya..

    To normaidayu zainal : InshaAllah. Shukran jiddan3 =)

    To NooR AzLen BinTi HaRoN : Wa'alaykum el-salam.. ya, benar! sama-sama kita berkerjasama dalam kebaikan dan ketaqwaan.

    To Hafizzi Aziz : Huhu, mee too! shhhh! :D

    ReplyDelete
  6. nama adik akhi,fathy yakan, er kan? nama semua hebat-hebat. ya..juga idola saya Syeikh Qardhawi. (:

    semoga diri juga sehebat nama. insyaAllah

    ReplyDelete
  7. ya, erk. cemana tau? Alhamdulillah, inshaAllah.. Ameeen 10x ^_^

    ReplyDelete
  8. selamat bertransform...
    mau transform juga...
    to be a better mujahidah..
    insyaAllah..
    fvf-cpb;mndah namanya..
    baca trus terlintas syeikh qardhawi..

    keep it up !

    ReplyDelete

Paterikan nama anda di sini. Saya akan jejaki. Moga ikatan terus bersemadi..

Related Posts with Thumbnails