26 May 2011

Coretan & Perkongsian Sebelum Imtihan

Bismillah..


At Ramses, Cairo: Azam Husni menjadi journalist Azhar? Taklah!.. jalan-jalan je, release tension2 di musim exam.. :D

Di Mesir, musim exam telah bermula. Para pelajar kini hampir semuanya tengah bersiap siaga menghadapi imtihan atau pun peperiksaan hujung semester masing-masing yang akan bermula beberapa minggu lagi.

Ada juga sesetengah yang imtihan mereka telah pun bermula seperti sahabat-sahabat saya yang menceburi bidang perubatan. Sama-sama kita doakan mereka ya..

Kerancakan talaqi-talaqi(pengajian) kitab yang dibuka untuk umum di Masjid Al-Azhar dan dewan talaqi Madhyafah kini kian sirna. Ini kerana banyak kelas-kelas pengajian yang telah mula tawaquf(berhenti) seketika untuk memberi ruang kepada para pelajar fokus dengan persediaan menghadapi imtihan..

Semalam, kelas talaqi hadis kegemaran saya iaitu 'Sunan At-tirmizi' bersama Al-Allamah Al-Muhaddith Sheikh Usamah Sayyid Al-Azhari telah mula ditangguhkan hingga usai imtihan.

Saya sebagai seorang yang 'gila' dengan ilmu hadis berasa berat hati untuk meninggalkan pengajian bersama Sheikh Usamah yang dikagumi dan dicintai.. Nampaknya lepas ni, makin payahlah untuk saya menatap wajah-wajah para ulama Al-Azhar yang penuh cahaya itu..

Ya, sejak saya meneguk ilmu di sini, saya mula sedar bahawa sebenarnya menatap wajah ulama juga adalah salah satu cara untuk menenangkan jiwa. Kadangkala bila saya resah, saya ikut pengajian di Masjid Azhar untuk mencari ketenangan, menatap wajah para masyaikh..

Sungguh, benarlah kata ahli ilmu bahawa melihat wajah ulama juga adalah satu ibadah!


Alhamdulillah..

Em, saya ingin kongsikan sedikit tentang kalam Sheikh Usamah.. Biasanya sebelum beliau mula mensyarahkan hadis-hadis di dalam Sunan At-Tirmizi, beliau sering memberi nasihat dan menceritakan tentang kisah-kisah ulama terdahulu..

Kata beliau: "Kita sebagai penuntut ilmu, lagi-lagi sebagai seorang mahasiswa Al-Azhar pelu menitik beratkan 3 perkara ini iaitu:

Ilmu. Dakwah. Ibadah.

Seorang penuntut ilmu itu harus mementingkan dan mengambil berat terhadap 3 perkara ini jika benar-benar ingin menjadi seorang ulama. Ini kerana ulama-ulama dari salafussoleh hingga sekarang tidak seorang pun yang meninggalkan dan mengabaikan 3 perkara ini.."

MasyaAllah! Benar! Hakikatnya, seorang penuntut ilmu itu bukan hanya terkunci dengan belajar semata-mata, ianya perlu selari dengan dakwah dan ibadah.. Ilmu kita tuntut, dakwah kita giatkan, ibadah pun kita perbanyakkan..

Kemudian Sheikh Usamah sebut lagi tentang hebatnya guru beliau Sheikh Ali Jum'ah(Mufti Mesir) sewaktu sheikh berguru dengan beliau satu ketika dahulu..

"Sheikh Ali Jum'ah bukan seorang yang faqih dan mengusai bidang fatwa sahaja, bahkan beliau apabila berbicara tentang hadis, seolah-olah beliau paling pakar dalam ilmu hadis, apabila berbicara tentang tafsir, lughah, aqidah, mantik, beliau bagai seorang yang pakar dalam bidang-bidang tersebut. Bahkan apabila beliau ditanya berkenaan tentang ilmu ekonomi, politik, kimia, fizik, sejarah, muzik, beliau seperti seorang yang ahli dalam bidang-bidang tersebut"

Menurut sheikh, sebab itu pentingnya untuk kita berusaha dan belajar bersungguh-sungguh menguasai segala cabang ilmu dan sebenarnya kita tiada masa untuk bermain-main, enjoy dan bermalas-malas..banyak lagi ilmu yang perlu kita kuasai..

Subhanallah! ^^ Kata-kata sheikh terus membakar semangat saya untuk menimba ilmu dengan lebih gigih..


Beginilah cara tuntut ilmu sebenar salafussoleh; duduk di lantai dan mengelilingi sheikh, bukan dengan duduk selesa di atas kerusi! kurang berkatnya di situ.. =)



Berebut nak salam~ Sheikh Muda: Sheikh Usamah adalah sheikh yang termuda di Al-Azhar yang telah pun boleh diberi gelaran 'Al-Allamah' kerana tahap ilmunya yang luar biasa banyaknya..hebat!

Hmm.. Sebenarnya, entri ini adalah yang terakhir sebelum saya menghadapi imtihan. Jadi, saya teruja pula nak kongsi sedikit pengetahuan yang ada sebelum saya 'menyepi' seketika di alam maya ini.. Moga-moga bermanfaat.. =)

Jadual final exam saya pun baru keluar.. fuuh.. cuak dan gubra menyergah jiwa tetiba..huhu..


Exam saya akan bermula pada 8 Jun ini dan berakhir pada 30 Jun..(lama jugak tuh) =(

Justeru saya ingin mengundur diri seketika dari pentas cyber, untuk membuat persediaan final exam ini.. Lagipun, exam ini adalah sangat penting dalam hidup saya, imtihan tahun akhir maahad ini akan menentukan keberadaan saya di universiti seperti mana maklum..

Saya sangat bersemangat untuk mencapai mumtaz pada tahun ini.. Hingga saya berjanji pada ummi saya yang anak sulungnya ini akan memperoleh mumtaz insyaAllah..

Oleh itu, doa-doa kalian yang soleh-soleh dan solehah-solehah sangat saya harapkan.. ^^

Doakan saya berjaya dalam imtihan ini dengan cemerlang.. Ameen.. =)

InsyaAllah, jika panjang umur dan diberi masa dan kesempatan oleh Allah, kita akan berjumpa lagi di teratak bisu ini.. Saya doakan kalian semua sentiasa dalam hidayah, taufiq dan rahmat dari Allah untuk terus berjuang menjalankan tanggungjawab sebagai hamba ilahi yang memburu redha dan syurgaNya..Moga Allah terima..

Nota Tambahan: Tetiba terdetik dalam hati nak buat cerpen lepas exam nih.. tak semena-mena idea gempak2 mencurah datang dari Allah..~ :D

4 comments:

  1. Subhanallah..kagum dgn Syeikh Ali Jum'ah. Dengan fizik, kimia dll pun dah bagaikan pakar.

    Cerpen. Dinantikan..

    ReplyDelete
  2. Salam alaik.

    Ya Rabb, kagum dengan para Ulama yang ada. Subhanallah, terlalu byk ilmu mereka dan terasa kerdilnya diri.

    terima kasih utk perkongsian ni, kena muhasabah diri!

    bittaufiq wannajah Azam.

    p/s : terima kasih titipkan doa di shoutbox, moga Allah selalu rahmati Azam Husni.

    (=

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, adik
    Subhanallah! akak pun kagum dgn Syeikh Ali Jum'ah. Segala cabang ilmu pakar, akak nak jadi mcm tu! Terima kasih dik, entri ni menaikkan semangat!

    buat yang terbaik dlm untuk imtihan, Insya-Allah, mumtaz! dah janji dah tu dgn Ummi ^_^

    p/s: akak pun nantikan cerpen adik. Akak kembali daftar di UIA NIlai Insya-Allah 5/6 ni. Nanti dah siap cerpen, ckp ye dkt akak ^_^

    ReplyDelete
  4. Tahniah, ada karangan mengenai pewaris-pewaris nabi. Ianya akan menjadi kebanggaan saudara. Teruskan. Semoga Allah permudahkan saudara di medan imtihan dunia dan akhirat.

    ReplyDelete

Paterikan nama anda di sini. Saya akan jejaki. Moga ikatan terus bersemadi..

Related Posts with Thumbnails