04 July 2011

Teknik Efektif Berjaya Dalam Ujian Iman

Bismillah.

Setiap kali peperiksaan ataupun ujian dalam pembelajaran kita sama ada PMR, SPM, Ujian pertengahan dan hujung semester di Universiti dan seumpamanya, kita sering risau dan prihatin tentangnya. Kita sering bertungkus-lumus membuat persediaan untuk berjaya dalam setiap ujian semester kita ataupun paling kurang sekadar lulus dalam setiap peperiksaan yang kita hadapi.

Bagaimanapun, sedarkah kita bahawa sebenarnya ada lagi ujian yang lebih penting untuk kita ambil berat?

Bahkan ianya adalah yang terpenting kerana yang menguji kita bukan daripada makhluk, tetapi daripada Tuhan Yang Menciptakan kita sendiri.

Tambahan pula ujian ini juga bukan kita hadapi setiap tahun mahupun setiap bulan tetapi ianya lebih dahsyat kerana kita menghadapinya setiap hari!

Jika tak percaya cuba tanya diri sendiri, apakah ujian yang kita hadapi setiap hari?

Apabila kita didatangkan dengan bisikan syaitan dan nafsu ingin melanggar larangan Allah, meninggalkan perintah Allah, bukankah itu ujian?

Apabila kita didatangkan dengan awek-awek cun dan seksi, ataupun jejaka-jejaka tampan dan hot, bukankah itu juga ujian?

Ya.

Itu semua adalah ujian-ujian iman yang kita hadapi hampir setiap masa.

Kita cenderung untuk berjaya dan lulus dalam setiap ujian pembelajaran dan ujian dunia tetapi tidak terfikirkah untuk berjaya juga dalam ujian iman, kubur dan akhirat kelak?

Bagaimana?

Tidak mahukah kita untuk berjaya dalam setiap ujian dari Tuhan ini?

Jika tidak, maka anda bukanlah seorang yang layak untuk meraih syurgaNya.

Sebaliknya jika anda mahu, maka boleh teruskan pembacaan demi menggapai firdausNya. huhu. InshaAllah.. =)

Hmm, sebelum kita teruskan, saya ada nak jelaskan sedikit..

Ujian-ujian iman ini seperti mana kita maklum, ada banyak jenisnya. Umumnya adalah melalui godaan nafsu dan syaitan.

Namun, untuk meringkaskan post ini, saya hanya ingin fokuskan ujian iman yang berkaitan dengan pandangan mata yang mana ia juga didasari oleh bisikan nafsu dan syaitan.

Maklumlah, antara godaan dan ujian yang paling payah sekali adalah menjaga mata ataupun pandangan..

Lagi-lagi bagi saya sendiri yang tinggal di negara arab ini. Gadis-gadis mesir bukan seperti yang kita bayangkan dahulu, bahawa mereka semua memakai purdah dan menjaga aurat... Tak!

Actually ramai juga yang 'tabarruj', seksi dan tidak menutup aurat di Mesir. Tambahan pula segelintir masyarakat di mesir adalah beragama kristian.

Bayangkan orang arab dah lah lawa-lawa, kemudian pakai seksi lagi.. Astaghfirullah...

Luntur iman dibuatnya..

Jadi, apakah yang perlu dilakukan apabila menghadapi ujian iman seperti ini? Bagaimanakah untuk kita berjaya menghadapinya?

Ada banyak resepi dan teknik untuk berjaya dalam menghadapi ujian iman ini, antaranya adalah:

Teknik 1: Segera Mengalihkan Pandangan

Kadangkala kita tidak sengaja melihat sesuatu yang diharamkan oleh Allah Ta'ala. Kita 'ter'nampak aurat wanita contohnya, maka pertama sekali kita perlu segera alihkan pandangan.

Dari Jarir bin Abdullah r.a. berkata,

“Saya pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang pandangan yang tidak sengaja. Lalu beliau memerintahkan agar aku mengalihkan pandanganku.” (HR Muslim, Abu Daud, dan Tirmidzi)

Nabi SAW bersabda juga,

“Penyakit yang timbul dari pengaruh jahat pandangan mata memang ada. Seandainya ada yang dapat mendahului qadar, tentulah itu pengaruh pandangan mata kerana itu apabila kamu disuruh mencuci mata maka cucilah!” (HR Muslim)

Rasulullah SAW bersabda lagi,

“Pandangan(mata) itu adalah satu anak panah yang beracun daripada panah-panah iblis. Oleh itu barangsiapa meninggalkannya, lantaran takut kepada Allah, maka Allah akan memberi balasan iman kepadanya, maka ia akan memperoleh kemanisan iman dalam hatinya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Rasulullah juga pernah berpesan kepada Saidina Ali r.a.,

“Wahai Ali, janganlah kamu ikuti pandangan (pertama) itu dengan pandangan (berikutnya). Pandangan (pertama) itu adalah boleh buat kamu, tapi tidak dengan pandangan selanjutnya. Kerana pandangan pertama untukmu (dimaafkan) dan pandangan kedua tidak untukmu (tidak dimaafkan).” (Hadis riwayat Abu Daud).

Berdasarkan hadis-hadis di atas, dapat difahami bahawa apabila kita terpandang kepada perkara yang haram, maka dilarang mengulangi pandangan itu. Kita harus mengawasi pandangan mata kita, jangan sampai pandangan yang pertama disusuli pandangan yang berikutnya.

Teknik 2: Segera Beristighfar Kepada Allah

Oleh kerana kita terpandang perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah, maka kita perlu segera memohon ampun kepada Yang Maha Pengampun.

Teknik 3: Terus Menundukkan Pandangan Setelah Berjaya Melepasi Ujian Yang Pertama

Allah Ta'ala berfirman, "Hendaklah mereka menahan (menundukkan) pandangannya..."{An-Nur:30}

Teknik 4: Menyebut Nama Allah Sebanyak-banyaknya

"Hai orang-orang yang beriman. apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung." {Al-Anfal: 45}

Ya. Kita perlu tahu bahawa 'musuh' di dalam ayat ini juga termasuk musuh-musuh iman seperti pornografi, free sex dan sebagainya.

Teknik 5: Taat Kepada Allah dan RasulNya serta Bersabar Dengan Ujian-ujian Tersebut

Sambungan ayat surah Al-Anfal tadi adalah:

"Dan taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."{Al-Anfal: 46}

Teknik 6: Selalu berdoa pada Allah.

Selain sentiasa berdoa pada Allah setiap kali selepas solat supaya Allah jaga iman kita, saya ada teknik saya sendiri untuk berjaya dalam ujian iman ini..

Nabi s.a.w. pernah berdoa: "

"Ya Allah, tidak ada kehidupan yang kekal melainkan kehidupan di akhirat."  (Muttafaq 'alaih)

Alhamdulillah, setelah saya cuba tanamkan doa yang nabi ajar ini dalam hati saya, apabila saya ternampak awek-awek yang jelita, saya akan segera berdoa seperti yang nabi doa di atas dan terus memikirkan bahawa secantik mana pun awek dunia, kecantikan mereka hanya sementara. Awek akhirat (bidadari syurga) adalah jauh lebih cantik dan kekal.. Nak pilih mana?

Okay. Alhamdulillah, setelah kita berjaya menghadapi ujian iman, ketahuilah juga bahawa Allah takkan sia-siakan usaha kita ini.

Ada hadiah, anugerah dan ganjaran lumayan yang Allah sediakan hanya kepada mereka yang berjaya dalam ujian-ujian iman ini.

Tahniah! Anda mendapat A+ dalam ujian iman ini.

Anugerah Allah Bagi Sesiapa Yang Lulus Ujian Iman

1. Mendapat kemanisan dalam amal ibadah.

Rasulullah SAW bersabda,

“Tidaklah seseorang Muslim melihat kecantikan seorang wanita, kemudian dia menundukkan pandangannya, melainkan Allah akan menggantikannya dengan kemanisan dalam beribadah.” (HR Imam Ahmad)

2. Hati dan jiwa akan bercahaya dengan cahaya hidayah dan keimanan, lalu menjadikan kita lebih semangat untuk beramal dan sangat takut untuk melakukan maksiat.

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang menundukkan pandangannya daripada melihat kecantikan wanita, maka Allah akan menghasilkan cahaya di dalam hatinya" (HR Muslim)

3. Mendapat ketenangan jiwa

4.Mendapat naungan di padang mahsyar

Rasulullah SAW bersabda,

"Ada tujuh golongan yang akan dapat diberi naungan oleh Allah dalam naunganNya pada hari tiada naungan
melainkan naunganNya (pada hari akhirat)...

Salah satunya adalah, "Seorang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan wajah, lalu ia berkata: "Sesungguhnya saya takut kepada Allah (ataupun sebaliknya yakni yang diajak itu ialah wanita oleh seorang lelaki)..."(Muttafaq'alaih)

5. Ilmu mudah masuk ke dalam minda dan seterusnya memudahkan untuk kita beramal dengannya.

6. Menguatkan ingatan.

7. Meningkatkan rasa cinta dan rindu pada Allah dan hari akhirat.

Berkata Imam Mujahid Rahimahullah,

"Menahan pandangan daripada melihat perkara-perkara yang haram dapat melahirkan rasa cinta pada Allah"

Dan banyak lagi... ^_^

Sama-sama kita cuba teknik-teknik ini demi meraih semua anugerah di atas di samping memburu redha dan syurgaNya.

Selamat mencuba dan semoga berjaya!!

Mohon disebarkan kepada sahabat-sahabat yang lain juga ya. Shokran. =)

Rujukan Utama:

1. Sahih Bukhari
2. Sahih Muslim
3. Nuzhatul Muttaqin syarah Riadhus Shalihin karya Imam An-Nawawi

Dan beberapa kitab lain (lupa namanya kerana terbaca di perpustakaan beberapa hari yang lalu) =(

Nota: fuh~ hampir 4 jam saya habiskan untuk menyiapkan entri ini. Sebenarnya lebih panjang tetapi saya ringkaskan sedikit demi keselesaan pembaca. Moga bermanfaat.

8 comments:

  1. Salam, akhi... Perempuan juga kene jage pandangan kn??? Adakah hukum dan teknik die same mcm kaum Adam? tQ.

    ReplyDelete
  2. Wa'alaykum salam.

    Ya, kedua-duanya sama. Post ini adalah untuk umum, tak kira jantina..

    Cumanya daya godaan wanita lebih dahsyat dari lelaki. Sebab itu ayat suruhan kpd wanita dalam surah An-Nur lebih byk dan panjang dari kaum adam.

    Allah SWT berfirman yang bermaksud,

    “Katakanlah kepada orang laki-laki yang
    beriman: Hendaklah mereka menahan (menundukkan) pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”

    Firman Allah lagi,

    “Katakanlah kepada WANITA yang beriman: "Hendaklah mereka menahan (menundukkan) pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan
    janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya….” (Surah An-Nur, ayat 30-31)

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum

    syukran adik ats prkongsian teknik2 yg berguna tersebut..

    nice entry..

    -salam syaaban-

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbt..alhamdulillah masih ada lg permuda yang mencintai agama Allah ini dan sgt menitikberatkan hukum2NYA. terharu. "fastaqim kama umirta!" terusakan menyampaikan kalam da'wah! moga diprmudahkan Allah.
    komen ckit ttg 4 jam yg ust spent: -nak smpaikan sesuatu yg baik memg perlukan peniltian yg mendalam dan sepenuhnya dari hati agar hasilnya nanti akan mudah meresap masuk ke dalam jiwa2 yg membaca. teruskan!

    ReplyDelete
  5. ramai org mengejar banyak A...sehingga lupa ujian menuju akhirt ini,,

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...wah, sungguh jelas dan lebih lengkap...:) syukran Azam..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Paterikan nama anda di sini. Saya akan jejaki. Moga ikatan terus bersemadi..

Related Posts with Thumbnails