07 July 2011

Fakta Dan Impak Tidur Dalam Kehidupan

Bismillah.

Gambar Hiasan. Sumber: Google
Bangun-bangun tidur pagi tadi, saya terdetik nak bertafakur sejenak.

Dalam 18 tahun saya wujud di dunia ini, agak-agak dah berapa lama saya tidur?

Cuba kita sama-sama hitung dan anggarkan, berapa lama kita dah tidur sejak kita lahir?

Okay, kebiasaannya, rata-rata manusia di dunia ini membahagikan 24 jam kepada 3 bahagian, dan 1/3 daripadanya adalah untuk tidur.

So, daripada 24 jam dalam sehari, kita menghabiskan masa lebih kurang 8 jam hanya untuk tidur. Natijahnya, 1/3 daripada hayat kita adalah dihabiskan untuk tidur.

Jadi, daripada 18 tahun saya hidup, selama 6 tahun saya dah habiskan hanya untuk tidur!! T_T

Ya. Sedar tak sedar, jika seseorang itu hidup 60 tahun, sebenarnya dia telah menghabiskan masa selama 20 tahun hanya untuk tidur!!

So, berdasarkan kenyataan di atas, tidur adalah satu kerugian masa bagi manusia, setuju?

Ehh.. Tidak sama sekali! Ianya bergantung kepada tujuan dan cara kita tidur. Adakah kita tidur sepertimana yang Nabi ajar ataupun sebaliknya.

Kita tidur untuk hidup, bukan hidup untuk tidur! Kita diciptakan untuk tidurkah?

Jadi, bagaimana untuk kita jadikan tidur ini tidak merugikan masa?

Ianya tidak lain dan tidak bukan dengan menjadikan tidur ini satu ibadah kepada Allah.

Kerana Allah ciptakan kita hidup adalah untuk ibadah. Ya, dengan tidur pun kita boleh dapat pahala sebenarnya..

Hmm.. Bagaimana pula untuk menjadikan tidur satu ibadah?

Mudah saja, hanya dengan menjaga adab-adab tidur. Hanya dengan meneladani cara Rasulullah tidur.

Adab-Adab Tidur

1. Berwudhu’ (Hadisnya akan disebutkan dalam adab keempat)

2. Membaca surah Al-Mulk dan As-Sajadah

Daripada Jabir r.a “Adalah Rasulullah SAW tidak tidur hingga baginda membaca surah As-sajadah dan surah Al-Mulk

Berkata Abu zubair : “Kedua-dua surah ini lebih baik dari semua surah dalam Al-Quran sebanyak 70 kebaikan, dan sesiapa yang membaca keduanya, dicatatkan untuknya 70 kebaikan, ditingkatkan untuknya 70 darjat dan dihapuskan darinya 70 kesilapan(dosa)” {HR Bukhari, Ahmad, Tirmizi dan Nasai}

3. Solat sunat witir

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang takut kalau tidak bangun di akhir malam, maka hendaklah berwitir di permulaan malam dan barangsiapa yakin ia mampu bangun di akhir malam, maka hendaklah berwitir di akhir malam, karena sesungguhnya solat di akhir malam itu disaksikan oleh para malaikat dan yang sedemikian itulah yang lebih utama." (Riwayat Muslim)

4. Berbaring pada sisi kanan dan membaca doa tidur

Dari al-Bara' bin 'Azib r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku:

"Jikalau engkau mendatangi tempat tidurmu, maka berwudhu'lah dulu sebagaimana wudhu'mu untuk bersembahyang, kemudian berbaringlah pada sisi tubuhmu sebelah kanan dan ucapkan, "Ya Allah, saya menyerahkan jiwaku padaMu, saya hadapkan wajahku padaMu, saya aturkan urusanku padaMu, saya tempatkan punggungku padaMu. Demikian itu adalah karena kecintaan serta ketakutanku padaMu. Tiada tempat berdiam dan tiada pula tempat menyelamatkan diri daripadaMu, melainkan kepadaMu. Saya beriman kepada kitab yang Engkau turunkan serta kepada Nabi yang Engkau utus.. Jadikanlah ucapan(di atas) itu sebagai kalimat-kalimat yang terakhir sekali engkau ucapkan sebelum tidur." (Muttafaq 'alaih)

Dalam riwayat yang lain dari lafaz Bukhari, tambahan “Sesiapa yang membacanya dan mati pada malam itu, maka ia mati dalam keadaan fitrah(Islam).

5. Tidak tidur secara meniarap

Dari Ya'isy bin Tikhfah al-Ghifari r.a, katanya:

"Ayahku berkata “Pada suatu ketika saya berbaring dalam masjid atas perutku(meniarap), tiba-tiba ada seorang lelaki yang menggerak-gerakkan saya dengan kakinya, lalu berkata: "Sesungguhnya cara tidur yang sedemikian ini adalah cara berbaring yang dibenci oleh Allah."

Ayahku berkata: "Kemudian saya melihat orang itu, rupanya ia adalah Rasulullah s.a.w." {Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad sahih}

6. Membaca doa apabila bangun dari tidur

Dari Hudzaifah r.a., katanya: "Nabi s.a.w. itu apabila ke tempat tidurnya di waktu malam, beliau meletakkan tangannya di bawah pipinya lalu mengucapkan,"Ya Allah, dengan namaMulah saya mati dan hidup," dan apabila baginda bangun, lalu mengucapkan,"Segenap puji bagi Allah yang memberikan kehidupan kepada kita sesudah mematikan kita dan kepadaNya tempat kembali." (Riwayat Bukhari)

7. Memaafkan semua orang sebelum tidur

Diceritakan dalam sebuah hadis yang panjang bahawa seorang sahabat ditunjukkan Rasulullah bahawa dia adalah orang yang pertama masuk syurga, antara amalan rahsianya adalah menghilangkan rasa benci dan dengki serta memaafkan seluruh manusia yang membuat kesilapan padanya setiap kali sebelum tidur.

8. Meniatkan solat tahajud/qiyamullail sebelum tidur

Walaupun seseorang itu tidak terbangun untuk berqiyamullail, tetapi oleh kerana niatnya sahaja, dia tetap mendapat pahala sempurna sepeti mana dalam sebuah Hadis Qudsi yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah Ta'ala itu mencatat semua kebaikan dan keburukan, kemudian menerangkan yang sedemikian itu. Maka barangsiapa yang berkehendak mengerjakan kebaikan, kemudian tidak jadi melakukannya, maka dicatatlah oleh Allah yang Maha Suci dan Tinggi sebagai suatu kebaikan yang sempurna di sisiNya, dan barangsiapa berkehendak mengerjakan kebaikan itu kemudian ia jadi melaksanakannya, maka dicatatlah oleh Allah sebagai sepuluh kebaikan di sisiNya, hingga menjadi tujuh ratus kali lipat, bahkan dapat sampai menjadi berganda-ganda yang amat banyak sekali...(hingga akhir hadis) {Muttafaq'alaih}

Dan beberapa adab lagi..(jika ada sila tambah) =-)

Kepentingan Tidur Dalam Meningkatkan Kualiti Amalan 

Islam adalah agama yang seimbang dan syumul. Seperti mana maklum, tidur pun ada garis panduannya dalam Islam.

Islam tidak terkecuali untuk mementingkan tidur dan istirehat secukupnya agar ibadah dan aktiviti seharian akan dapat dilakukan dengan baik.


Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda:

Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk bermungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.

Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang.

Dalam sebuah hadis yang lain disebutkan tentang kisah Abu Darda’ yang tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya telah menegurnya dengan berkata:

“Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya.”

Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: “Benarlah Salman.” (HR Bukhari)

Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan.

Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab r.a(isteri baginda) agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabi pun terus memberi arahan:

“Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan apabila sudah mengantuk/penat hendaklah tidur/rehat.” (HR Bukhari Muslim)

Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang.

Sunnah Tidur Tengahari(qailullah)

Tidur pada waktu siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Namun sebaliknya Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.

Di dalam kitab Misykatul Masabih disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:

“Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailullah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya.”

Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata:

“Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor.”

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji...

Dan sebagai bonus kerana kalian sanggup membaca artikel yang berjela panjangnya ini, hehe.. Saya akan kongsikan juga artikel menarik yang saya jumpa di laman Facebook, boleh rujuk: Link

JANGAN SELALU TIDUR LAMBAT! Nak tahu KENAPA?

Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.

Punca utama kerosakan hati adalah:

1. Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama.

2. Tidak buang air kecil di pagi hari.

3. Terlalu banyak makan.

4. Tidak mengambil sarapan.

5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.

6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.

7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.

8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.

Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastikan tubuh kita menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Kerana ....

Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:

Malam (9pm - 11pm): Adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am - 3am): Proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am): Proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am - 7am): Proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.

Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat...


Baby ni tidur cute sangat, saja letak sini sebagai hiasan..hehe.. Sumber: google


Justeru, cuba muhasabah kembali sudah berapa lama kita tidur tanpa menjaga adab-adabnya? Sudah berapa banyak tidur yang tidak dihitung menjadi ibadah kepada Allah?

So, apa tunggu lagi? Jom tidur! Jika ikut sunnah, dapat juga pahalanya..

Tapi jangan tidur lewat! Nanti terlajak subuh pula..tahajud pula hilang ke mana..

Salam dari Kota Fustat, Bumi Kinanah Mesir. ^_^

Rujukan:
-Sahih Bukhari
-Adabul Mufrad (Imam Bukhari)
-Misykatul Masabih (Imam At-Tibrizi)
-Nuzhatul Muttaqin syarah Riadhus Salihin (Imam An-nawawi)
-Ihya’ Ulumuddin (Imam Al-Ghazali)

7 comments:

  1. Assalamualaikum, mohon share di fb sekiranya ada info dan ilmu yang bermanafaat di blog ini.

    ReplyDelete
  2. Wa'alaykum el-salam. Boleh inshaAllah, tetapi sertakan juga link blog ini ya. Moga manfaat di blog ini dicerna bersama. =-)

    ReplyDelete
  3. fuh.

    lengkap dengan pukul berapa ke pukul berapa, dengan proses dlm badan.

    syukran berkongsi! penting ni.

    ReplyDelete
  4. Slm. pjgnya... bgus... tp org cam sy bca sbhagian je. sbb tak dpt fokus. bg sy tidur tu tak sia2... bila penat bekerja, tidur sgtlah pntg. utk recharge semula tenaga...

    ReplyDelete
  5. Fungsi tubuh badan ketika kita tidur itu dapat dari mana ya?

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas perkongsian..^_^

    ReplyDelete

Paterikan nama anda di sini. Saya akan jejaki. Moga ikatan terus bersemadi..

Related Posts with Thumbnails