06 August 2009

Bersendirian di pulau sepi.


-Mengimbau sketsa 4 bulan yang lalu-

Kesunyian menyelubungi sendi-sendi anggotaku. Keluarga, guru-guru tercinta, semuanya di sana..bilakah kita akan berjumpa??

Teman-temanku yang dirindui, gang tahfiz, team futsal asrama, form 3 Al-Shawkani, , senda gurau dan gelak ketawa bersama kalian masih tersimpan dalam kenangan….

Kesepian itu bagaimanapun tidak setanding dengan warga bumi Falestin yang hidup sebatangkara, gundah gulana, tiada sesiapa.Sangat sepi.

Seperti yang dirancangkan, aku perlu ke tempat pendaftaran sekolah untuk menghantar analisa ujian kesihatan. Aku pergi bersendirian oleh kerana sekarang ini, musim peperiksaan mahasiswa Al-Azhar masih berjalan, aku tidak ingin mengganggu mereka. jika tidak, mereka pasti bersedia membantu pelajar termuda di Asrama Malaysia ini.

Bas 926 muncul, aku mengisyaratkannya berhenti, tetapi seperti biasa, kita perlu mengejarnya,lalu ‘meloncat’ ke atasnya kerana bas hanya diperlahankan pemanduan, tidak diberhentikan. Di dalam bas, kesesakan adalah lazim. Aku sudah lali dengan ‘berpenyek-penyek’ dan bersempit-sempit di dalam bas. Rimas pun ada, panas pula membahang dek musim panas yang menggila. Aku bergayut sambil berdiri, seseorang memberi salam, aku menjawab sambil menoleh.Seorang lelaki mesir. Masyarakat di sini memang ramah. Kami berkenalan, mujur dia berbahasa arab fusha(rasmi). Dari sudut luaran,dia kelihatan seperti pekerja biasa. Lama kami berbual, aku terkesima, rupanya dia adalah bekas pelajar berkelulusan P.H.D di Universiti Al-Azhar, bekerja sebagai imam di sebuah masjid. Perkara ini memang biasa, terlalu ramainya Ulama’ di Mesir ini menyebabkan ramai yang berkelulusan tinggi tidak dapat pekerjaan yang lebih sesuai dan lumayan.

Sesampainya di destinasi, aku beratur panjang. 30 minit menunggu, sampai giliranku. Aku memberi apa yang sepatutnya. Dia mengarahkanku untuk menunggu dan kembali dalam masa dua jam. Aku menunggu sambil membaca. Satu jam empat puluh lima minit kemudian, orang itu keluar, aku menghampirinya lalu meneliti segala ucapannya yang laju itu. perkataan ‘bukra’(besok dalam arab ammiyah) yang terpacul dari mulutnya hampir menggelegakkan api kemarahanku. Aku telah mengharungi kesesakan di dalam bas selama 45 minit, menahan kepanasan yang dahsyat, namun….natijahnya ‘BESOK’…mujur hatiku berbisik,”sabar zam, kamu perlu faham, mereka mungkin sangat letih dan serabut. Maklumlah mereka berkerja tanpa kemudahan komputer, apa-apa sahaja perkara atau urusan mereka hanya menggunakan khidmat tangan..Tentu serabut dan pening, lagi lagi jika terlalu ramai yang datang membawa pelbagai urusan seperti sekarang ini”. Aku pulang dengan tabah walaupun hampa, pasti ada hikmahnya. Mungkin di sisi lain, masaku banyak terbuang, tetapi bagiku, jiwaku semakin terdidik.

Entah bagaimana ingin kuungkapkan. Cabaran di sini sebenarnya sangat berat bagi insan remaja yang lemah sepertiku.Bukan satu bukan dua, tetapi berduyun-duyun,bertubi-tubi….Mungkin walau kuungkai semuanya sekalipun,tiada siapa akan faham melainkan dengan melalui dan menyelaminya sendiri. Bahkan setebal kamus sekalipun tidak dapat memuatkan ‘nostalgia perjuangan’ itu.Walaupun penat,tetapi bagiku ia merupakan suatu nikmat. Ya, nikmat dalam berjuang. Kerana setiap perjuangan tidak akan terasa manisnya tanpa pengorbanan dan cabaran.

Sanubariku hampir luluh…’putus asa’ bermain-main di akal mentahku..Namun nun di sudut saluran darah fuadku,ia merintih…..kuatkan jiwaku Ya Rabbul Izzati...

1 comment:

  1. ramai yang memandang mesir dengan perspektif negatif..

    saya juga!!

    cuma..saya sanggup menjadi ahli di mesir..dan ingin mengubahnya

    kerana saya amat yakin. Mesir itu penuh dengan kristal postif.

    Seperti yang sayaf azam juga yakini..

    Maka! berilah kami kepercayaan

    ReplyDelete

Paterikan nama anda di sini. Saya akan jejaki. Moga ikatan terus bersemadi..

Related Posts with Thumbnails