12 August 2009

MUSLIMAH & GAMBAR : ada apa dengannya?

Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfa'at bagi orang-orang yang beriman. (QS. 51:55)



Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, (QS. 103:2)
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (QS. 103:3)

Sekadar peringatan dan pesanan........

Terkadang bila melayari weblog-weblog para sahabat, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog,myspace, facebook dll,para muslimah yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.Tidak kira usia dan status sama ada remaja,dewasa,pelajar sekolah atau universiti.

Tidaklah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, wahai muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi! Manakala yang berniqab(purdah) pula, saya kurang yakin, tetapi wajarkah mata kamu ditatap oleh jutaan manusia sedalam-dalamnya padahal mereka tiada hak dan tidak berhak?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian.Maafkan saya, tetapi saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?

Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur ،"Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. "

Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup atau berniqab. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak syahwat di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda­. Lebih lebih lagi jika rupa parasnya menawan. Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka pesan saya, hati-hatilah!

PENYELESAIANNYA:

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat serta bertujuan menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnya anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Dan lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.Ingat, wajah anda, anugerah Allah.Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja iaitu seorang lelaki yang bernama suami.....Jadilah wanita solehah...

Di kala engkau digelar solehah...
Engkaulah perhiasan dunia terindah...
Yang menjaga hak Tuhan dengan istiqamah...
Membuatkan cinta menjadi penuh berkah.....

Wallahu Ta'ala A'la wa A'lam...

P/S: Walau apa pun caranya, bantulah saya sebar-sebarkan ini, tak kira nak copy paste ke apa. Yang penting, kita sama-sama amal dulu, baru sebarkan.... 

Peace! 

10 comments:

  1. Wanita itu adalah aurat. Saya amat kagum dengan seorang rakan yang telah menolak tawaran untuk bergambar di dalam majalah sekolah kerana takut akan dosa. Walaupun pendapat beliau agak berbeza dengan saya, namun, saya amat menghormati beliau. Kini beliau sudah berpurdah dan amat 'ghaddul basar'. Moga allah merahmati beliau.

    Wallahua'lam.

    'Ala kulli hal, mabruk alaik kerana tinta yang dicorakkan amat berguna untuk panduan kini dan selamanya.

    Assalam.

    ReplyDelete
  2. saya amat setuju dgn pendapat beliau...
    krn sy prnh jmpe kalangan pljr yg mmbeli majalah sekolah hanya untuk melihat an-nisa'..Astaghfirullah..!

    ReplyDelete
  3. tp cemane kalo laki2 ltak gambo plak??
    ingat pompuan xde nafsu ke?? ade ape nisa' beli majalah sbb nk cari lelaki yg encem2...h0h0..
    spatutnye buat lar tuk laki skaliy......

    ReplyDelete
  4. sy kagum dengan anda...walaupun masih muda bagi saya tetapi kata-kata anda menampakkan kematangan diri anda, saya x sangka pulak dengan meletakkan gambar2 sekdar berkongsi bersama teman boleh menimbulkan pelbagai spekulasi...pe pown se terima pandangan anda dengan hati terbuka, insyaAllah..

    ReplyDelete
  5. huhu.
    wanita adalah sesuatu aset yg bernilai dlm dakwah islam,ttp wanita juga boleh mnjadi racun yg berbisa....
    coz kita x fhm akan tujuan kita di sini...tggungjwb yg x telaksana lagi..
    amanah yg tertanya2 lagi...
    urm
    pemasalahan umat...
    u know why??
    mmg la barat x mmpu nk memesongkn majoriti umat islam time perang dlu,ttp dia mmpu utk meggulingkn pemikiran umat islam agar mnjadikn islam itu agama tradisi=nama sja islam ttp perbuatan x...
    pemikiran kita tlh jatuh dlm gemgaman pnjajah setelah ia d timpa kemerosotan fikiran,kebekuan akal,keruntuhan moral...

    teruskan usaha murni mu wahai shabat....

    ReplyDelete
  6. tahniah azam...

    bagus posting...
    dapat membuka semua mata muslimah tak terkecuali akak juga...

    berdakwahlah selagi mana kita mampu..walau dihujungnya kematian

    ReplyDelete
  7. Ya, benar, wanita mmg sgt perlu ada sifat malu, alam maya bkn tmpt untuk 'free show' letak gmbr sesuka hati, posing sana sini, cuba fikir, seorg suami yg soleh reda x klu isterinya buat mcm tu?..

    lg2 klu xde suami, kta milik Allah, malu lah dgn SANG Pemilik kita. muslimah tu mahal. jgn kita murahkan.bezakan diri kita dgn wanita lain.kene ade prinsip

    Memang, Barat berjaya menghakis sifat malu para muslimah. Jauh beza dgn muslimah pada zaman kegemilangan Islam abad pertama dulu.

    ReplyDelete
  8. tiba-tiba terkeluar air mata ni.
    thanks sedar kan eja sekali lagi..
    tanpa teguran ni,mungkin eja terus leka..terus alpa..thanks azam.

    ReplyDelete
  9. syukran, sedey ble tgk sahabat2 yg sudah dikikiskan rasa malu utk menayangkan gambar comelnya di fb.....:(

    ReplyDelete

Paterikan nama anda di sini. Saya akan jejaki. Moga ikatan terus bersemadi..

Related Posts with Thumbnails