31 July 2011

Saya Ingin Menuju Ke Puncak

El-salam.

Result exam dah keluar, alhamdulillah saya telah graduate Maahad Buuth Al-Azhar dengan berjaya. ^_____^

InsyaAllah Oktober ini saya akan ke menara gading dan bergelar mahasiswa azhari secara rasminya..

Rindunyaa pada pembaca semua.. =-)

Asif ya, kebelakangan ini saya sangat sibuk. Saya perlu urus kepulangan adik ke Malaysia, jadi tour guide saudara-mara yang datang dari Australia, mengurus sendiri pendaftaran ke kuliah serta persediaan-persediaan untuk ke menara gading disamping kelas pengajian dan talaqi yang sudah mula aktif.. Persediaan untuk menghadapi bulan ramadhan tidak kurang juga..  fuhh..capek benerr!

Post kali ini tiada apa-apa yang penting dan menarik pun, santai je.. saya cuma ingin menghilangkan kerinduan kepada para pembaca dan meluahkan sedikit kasih sayang.. hehe.. saja nak bercerita sedikit.. moga ada manfaatnya juga.. =-)

Tahun lalu, saya pernah merancang untuk aktif dalam berblogging, menyebarkan blog ini dengan lebih luas, hari-hari update dan sering menulis cerpen mula cuti musim panas tahun ini kerana saya anggarkan saya akan punyai banyak masa lapang pada waktu tersebut.. Tetapi rupanya anggaran saya tersasar.

Saya sangat tidak menyangka masa cuti 3 bulan ini masih tidak memberi ruang untuk saya mula bergiat dalam penulisan. Saya sebenarnya ada merancang untuk membuat sebuah cerpen bersiri dan sebuah novel, namun ianya terhalang dek kesempitan masa.

Saya sebenarnya ingin menjadi blogger dan penulis yang aktif dalam masa terdekat ini, tetapi apabila saya fikir kembali, banyak tanggungjawab dan prioriti lain yang masih perlu dilaksanakan dahulu sebelum mula bergiat dalam blogging.

Actually, boleh saja saya post artikel ringkas di laman ini. Ada saja sedikit waktu yang terluang. Tetapi tak tahulah mengapa saya rasa tak berpuas hati dengan post yang kurang manfaat dan kualiti. Saya ni jenis yang memerlukan waktu berjam-jam untuk membuat sebuah penulisan. Kerana saya nak pastikan penulisan kali ini lebih baik dari penulisan sebelumnya, dan penulisan kali depan lebih baik dari penulisan kali ini.

Kebelakangan ini, saya pernah mendapat ilham untuk melaksanakan misi untuk mempromosikan blog dan menjadikan blog saya lebih terkenal. Ini kerana saya ingin cuba mengekalkan dan berpegang teguh dengan tujuan saya menulis di laman ini. Iaitu berkongsi ilmu dan manfaat yang saya dapat kepada seramai manusia yang mungkin dan kalau boleh satu dunia mendapat manfaat dari perkongsian dan penulisan saya..

Bukanlah bermaksud saya sukakan glamour dan popularity, sebaliknya saya terfikir, jika laman saya menjadi terkenal, maka lebih ramai yang dapat mencerna manfaat dan perkongsian saya, lebih ramai mad'u yang dapat saya capai..

Ibarat apabila kita berada di puncak, lebih ramai orang yang berada di bawah bukit boleh mendengar kita berbanding apabila kita berada di bawah bukit ataupun di tengah bukit. Inilah cara Rasulullah dalam berdakwah. Dalam kita-kitab sirah juga ada menyatakan tentang kisah Rasulullah sanggup mendaki sebuah bukit untuk mendapatkan lebih banyak perhatian dan menyeru setiap kabilah di mekah ketika itu.

Ya. Sepertimana cara dakwahnya Nabi, saya menulis bukan untuk diri sendiri semata-mata, tidak juga untuk sahabat sekeliling saya sahaja, tetapi untuk seluruh umat di dunia ini.

Namun saya tangguhkan misi saya tersebut kerana saya merasakan belum masanya lagi.

Untuk mendaki sebuah bukit yang banyak ranjaunya hingga sampai ke puncak, kita memerlukan masa. Dan saya masih kesuntukan masa untuk melakukan itu. Masa saya masih terpaut erat dengan ilmu-ilmu di Al-Azhar.

Saya rasa diri saya masih belum punya ilmu yang cukup untuk menjadi seorang penulis yang hebat dan popular.

Ringkasnya, melalui post ini saya ingin mengisytiharkan bahawa saya kini tengah berusaha untuk sampai ke puncak. Saya ingin menjadi seorang ulama terhebat dalam tempoh 20 tahun dari sekarang. Sedangkan Imam Abu Hanifah belajar bersama gurunya Hammad selama 40 tahun. Jadi, saya rasa tiada masa untuk saya membuang masa lagi. Mungkin ini belum masanya untuk saya bergiat dalam penulisan. Saya perlu mengumpul bekalan untuk berada di puncak agar mudah untuk saya menyampaikan, lebih ramai juga yang dapat menerima...insyaAllah 'azza wajalla..

Nota:

1) Tidak bergiat dalam penulisan bukanlah bermaksud berhenti dari menulis ya.. huhu.. insyaAllah Azam akan cuba menulis seperti biasa(tidak sering update dan mungkin menulis sebulan sekali saja) hihi.. cumanya di sini azam ingin memberitahu tentang hasrat azam untuk mula aktif dalam bidang penulisan ditangguhkan.. Azam ingin lebih fokus dalam menuntut dan menerima ilmu dari menyampaikan ilmu.. insyaAllah.. 

2) Kini, Azam tengah sibuk dengan persediaan ke kuliah. Azam perlu mendarahdagingkan 30 juz Al-Quran di dalam kepala sebelum menjejak kuliah. Selain itu azam juga perlu menghafal beberapa matan dalam ilmu agama seperti matan Abi Syuja'  dan Zubad Ibni Ruslan dalam fiqh, matan Jauharah dalam akidah, matan Baiquniah dalam mustalah hadith, matan Tuhfatul Atfal dalam tajwid, matan Alfiyyah Ibnu Malik dalam nahu dan matan Tayyibatun Nasyr dalam qiraat 10..

Doakan cita-cita azam tercapai ya. Mudah-mudahan cita-cita azam disusuli usaha yang gigih..



Salam Ramadhan semua! ^_~

Sambung Bacaan>>>

09 July 2011

Sikit-Sikit Fasal COUPLE: Bila Nak Habis??

Bismillah..

Post-post sebelum ini kebanyakannya panjang-panjang dan berat-berat..huhu..jadi hari ini Azam nak tulis sikit saja.. nak muntahkan sedikit reaksi..

Saya tengok status-status dan post-post di group FB, blog, cerpen, novel, forum, dan seumpamanya kebelakangan ini sangat banyak membicarakan soal CINTA MANUSIA, tak kurang juga mengenai COUPLE.
Kenapa tak habis-habis lagi? Kalau kita asyik cerita pasal couple saja, masyarakat akan dikelilingi dengan info-info couple, couple haram, couple tak boleh, no couple before nikah, masalah couple dikalangan remaja..bla bla bla..

Kalau perkara ini berterusan, kita akan mudah terpengaruh untuk 'try' couple, nak tahu apa bestnya couple ni sampai ramai sangat orang bincang.. manusia ini lemah.. nafsu kita biasanya cenderung untuk melakukan larangan Allah..

Contohnya seperti cenderungnya Nabi Adam untuk mendekati pohon terlarang dan memakan buah khuldi sedangkan sangat banyak pohon yang buahnya lebih lazat di syurga..

Nafsu kita memang diciptakan begitu..

Walaubagaimana kita bagitahu orang bahawa couple itu haram pun, bukan semuanya boleh dengar dan patuh..

Sebab itu peranan kita sebenarnya sekarang adalah membumikan cinta dan keagungan Allah dalam diri manusia agar cinta mereka pada makhluk hilang. Bila dah jadi begitu, baru mereka tiada nafsu nak fikir tentang couple ni. Baru mereka dapat patuh bahawa couple itu haram.

Tolonglah, wahai sahabat sekalian, kurangkan bercerita mengenai couple dan cinta makhluk..

Banyak lagi maklumat dan isu lain yang perlu kita ketahui dan ambil berat..

Kalau nak bercerita tentang cinta, boleh.. tapi jangan cerita tentang cinta makhluk.. Cerita tentang cinta Tuhan, keagungan Tuhan, cinta Nabi dan para sahabat, cinta ali bait(keturunan nabi) atau cinta blog saya ke lagi bagus...hehe..



Bila kita banyakkan berbicara tentang cinta Sang Pencipta, maka jiwa kita dan masyarakat bahkan akan terisi dengan cinta dan keagungan Allah.

Isi jiwa dengan cinta dan kebesaran Allah, nescaya cinta pada makhluk kan sirna..~

Sambung Bacaan>>>

07 July 2011

Fakta Dan Impak Tidur Dalam Kehidupan

Bismillah.
Gambar Hiasan. Sumber: Google
Bangun-bangun tidur pagi tadi, saya terdetik nak bertafakur sejenak.

Dalam 18 tahun saya wujud di dunia ini, agak-agak dah berapa lama saya tidur?

Cuba kita sama-sama hitung dan anggarkan, berapa lama kita dah tidur sejak kita lahir?

Okay, kebiasaannya, rata-rata manusia di dunia ini membahagikan 24 jam kepada 3 bahagian, dan 1/3 daripadanya adalah untuk tidur.

So, daripada 24 jam dalam sehari, kita menghabiskan masa lebih kurang 8 jam hanya untuk tidur. Natijahnya, 1/3 daripada hayat kita adalah dihabiskan untuk tidur.

Jadi, daripada 18 tahun saya hidup, selama 6 tahun saya dah habiskan hanya untuk tidur!! T_T

Ya. Sedar tak sedar, jika seseorang itu hidup 60 tahun, sebenarnya dia telah menghabiskan masa selama 20 tahun hanya untuk tidur!!

So, berdasarkan kenyataan di atas, tidur adalah satu kerugian masa bagi manusia, setuju?

Ehh.. Tidak sama sekali! Ianya bergantung kepada tujuan dan cara kita tidur. Adakah kita tidur sepertimana yang Nabi ajar ataupun sebaliknya.

Kita tidur untuk hidup, bukan hidup untuk tidur! Kita diciptakan untuk tidurkah?

Jadi, bagaimana untuk kita jadikan tidur ini tidak merugikan masa?

Ianya tidak lain dan tidak bukan dengan menjadikan tidur ini satu ibadah kepada Allah.

Kerana Allah ciptakan kita hidup adalah untuk ibadah. Ya, dengan tidur pun kita boleh dapat pahala sebenarnya..

Hmm.. Bagaimana pula untuk menjadikan tidur satu ibadah?

Mudah saja, hanya dengan menjaga adab-adab tidur. Hanya dengan meneladani cara Rasulullah tidur.

Adab-Adab Tidur

1. Berwudhu’ (Hadisnya akan disebutkan dalam adab keempat)

2. Membaca surah Al-Mulk dan As-Sajadah

Daripada Jabir r.a “Adalah Rasulullah SAW tidak tidur hingga baginda membaca surah As-sajadah dan surah Al-Mulk

Berkata Abu zubair : “Kedua-dua surah ini lebih baik dari semua surah dalam Al-Quran sebanyak 70 kebaikan, dan sesiapa yang membaca keduanya, dicatatkan untuknya 70 kebaikan, ditingkatkan untuknya 70 darjat dan dihapuskan darinya 70 kesilapan(dosa)” {HR Bukhari, Ahmad, Tirmizi dan Nasai}

3. Solat sunat witir

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang takut kalau tidak bangun di akhir malam, maka hendaklah berwitir di permulaan malam dan barangsiapa yakin ia mampu bangun di akhir malam, maka hendaklah berwitir di akhir malam, karena sesungguhnya solat di akhir malam itu disaksikan oleh para malaikat dan yang sedemikian itulah yang lebih utama." (Riwayat Muslim)

4. Berbaring pada sisi kanan dan membaca doa tidur

Dari al-Bara' bin 'Azib r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku:

"Jikalau engkau mendatangi tempat tidurmu, maka berwudhu'lah dulu sebagaimana wudhu'mu untuk bersembahyang, kemudian berbaringlah pada sisi tubuhmu sebelah kanan dan ucapkan, "Ya Allah, saya menyerahkan jiwaku padaMu, saya hadapkan wajahku padaMu, saya aturkan urusanku padaMu, saya tempatkan punggungku padaMu. Demikian itu adalah karena kecintaan serta ketakutanku padaMu. Tiada tempat berdiam dan tiada pula tempat menyelamatkan diri daripadaMu, melainkan kepadaMu. Saya beriman kepada kitab yang Engkau turunkan serta kepada Nabi yang Engkau utus.. Jadikanlah ucapan(di atas) itu sebagai kalimat-kalimat yang terakhir sekali engkau ucapkan sebelum tidur." (Muttafaq 'alaih)

Dalam riwayat yang lain dari lafaz Bukhari, tambahan “Sesiapa yang membacanya dan mati pada malam itu, maka ia mati dalam keadaan fitrah(Islam).

5. Tidak tidur secara meniarap

Dari Ya'isy bin Tikhfah al-Ghifari r.a, katanya:

"Ayahku berkata “Pada suatu ketika saya berbaring dalam masjid atas perutku(meniarap), tiba-tiba ada seorang lelaki yang menggerak-gerakkan saya dengan kakinya, lalu berkata: "Sesungguhnya cara tidur yang sedemikian ini adalah cara berbaring yang dibenci oleh Allah."

Ayahku berkata: "Kemudian saya melihat orang itu, rupanya ia adalah Rasulullah s.a.w." {Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad sahih}

6. Membaca doa apabila bangun dari tidur

Dari Hudzaifah r.a., katanya: "Nabi s.a.w. itu apabila ke tempat tidurnya di waktu malam, beliau meletakkan tangannya di bawah pipinya lalu mengucapkan,"Ya Allah, dengan namaMulah saya mati dan hidup," dan apabila baginda bangun, lalu mengucapkan,"Segenap puji bagi Allah yang memberikan kehidupan kepada kita sesudah mematikan kita dan kepadaNya tempat kembali." (Riwayat Bukhari)

7. Memaafkan semua orang sebelum tidur

Diceritakan dalam sebuah hadis yang panjang bahawa seorang sahabat ditunjukkan Rasulullah bahawa dia adalah orang yang pertama masuk syurga, antara amalan rahsianya adalah menghilangkan rasa benci dan dengki serta memaafkan seluruh manusia yang membuat kesilapan padanya setiap kali sebelum tidur.

8. Meniatkan solat tahajud/qiyamullail sebelum tidur

Walaupun seseorang itu tidak terbangun untuk berqiyamullail, tetapi oleh kerana niatnya sahaja, dia tetap mendapat pahala sempurna sepeti mana dalam sebuah Hadis Qudsi yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah Ta'ala itu mencatat semua kebaikan dan keburukan, kemudian menerangkan yang sedemikian itu. Maka barangsiapa yang berkehendak mengerjakan kebaikan, kemudian tidak jadi melakukannya, maka dicatatlah oleh Allah yang Maha Suci dan Tinggi sebagai suatu kebaikan yang sempurna di sisiNya, dan barangsiapa berkehendak mengerjakan kebaikan itu kemudian ia jadi melaksanakannya, maka dicatatlah oleh Allah sebagai sepuluh kebaikan di sisiNya, hingga menjadi tujuh ratus kali lipat, bahkan dapat sampai menjadi berganda-ganda yang amat banyak sekali...(hingga akhir hadis) {Muttafaq'alaih}

Dan beberapa adab lagi..(jika ada sila tambah) =-)

Kepentingan Tidur Dalam Meningkatkan Kualiti Amalan 

Islam adalah agama yang seimbang dan syumul. Seperti mana maklum, tidur pun ada garis panduannya dalam Islam.

Islam tidak terkecuali untuk mementingkan tidur dan istirehat secukupnya agar ibadah dan aktiviti seharian akan dapat dilakukan dengan baik.


Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda:

Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk bermungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.

Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang.

Dalam sebuah hadis yang lain disebutkan tentang kisah Abu Darda’ yang tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya telah menegurnya dengan berkata:

“Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya.”

Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: “Benarlah Salman.” (HR Bukhari)

Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan.

Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab r.a(isteri baginda) agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabi pun terus memberi arahan:

“Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan apabila sudah mengantuk/penat hendaklah tidur/rehat.” (HR Bukhari Muslim)

Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang.

Sunnah Tidur Tengahari(qailullah)

Tidur pada waktu siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Namun sebaliknya Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.

Di dalam kitab Misykatul Masabih disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:

“Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailullah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya.”

Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata:

“Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor.”

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji...

Dan sebagai bonus kerana kalian sanggup membaca artikel yang berjela panjangnya ini, hehe.. Saya akan kongsikan juga artikel menarik yang saya jumpa di laman Facebook, boleh rujuk: Link

JANGAN SELALU TIDUR LAMBAT! Nak tahu KENAPA?

Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.

Punca utama kerosakan hati adalah:

1. Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama.

2. Tidak buang air kecil di pagi hari.

3. Terlalu banyak makan.

4. Tidak mengambil sarapan.

5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.

6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.

7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.

8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.

Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastikan tubuh kita menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Kerana ....

Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:

Malam (9pm - 11pm): Adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am - 3am): Proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am): Proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am - 7am): Proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.

Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat...


Baby ni tidur cute sangat, saja letak sini sebagai hiasan..hehe.. Sumber: google


Justeru, cuba muhasabah kembali sudah berapa lama kita tidur tanpa menjaga adab-adabnya? Sudah berapa banyak tidur yang tidak dihitung menjadi ibadah kepada Allah?

So, apa tunggu lagi? Jom tidur! Jika ikut sunnah, dapat juga pahalanya..

Tapi jangan tidur lewat! Nanti terlajak subuh pula..tahajud pula hilang ke mana..

Salam dari Kota Fustat, Bumi Kinanah Mesir. ^_^

Rujukan:
-Sahih Bukhari
-Adabul Mufrad (Imam Bukhari)
-Misykatul Masabih (Imam At-Tibrizi)
-Nuzhatul Muttaqin syarah Riadhus Salihin (Imam An-nawawi)
-Ihya’ Ulumuddin (Imam Al-Ghazali)

Sambung Bacaan>>>

04 July 2011

Teknik Efektif Berjaya Dalam Ujian Iman

Bismillah.

Setiap kali peperiksaan ataupun ujian dalam pembelajaran kita sama ada PMR, SPM, Ujian pertengahan dan hujung semester di Universiti dan seumpamanya, kita sering risau dan prihatin tentangnya. Kita sering bertungkus-lumus membuat persediaan untuk berjaya dalam setiap ujian semester kita ataupun paling kurang sekadar lulus dalam setiap peperiksaan yang kita hadapi.

Bagaimanapun, sedarkah kita bahawa sebenarnya ada lagi ujian yang lebih penting untuk kita ambil berat?

Bahkan ianya adalah yang terpenting kerana yang menguji kita bukan daripada makhluk, tetapi daripada Tuhan Yang Menciptakan kita sendiri.

Tambahan pula ujian ini juga bukan kita hadapi setiap tahun mahupun setiap bulan tetapi ianya lebih dahsyat kerana kita menghadapinya setiap hari!

Jika tak percaya cuba tanya diri sendiri, apakah ujian yang kita hadapi setiap hari?

Apabila kita didatangkan dengan bisikan syaitan dan nafsu ingin melanggar larangan Allah, meninggalkan perintah Allah, bukankah itu ujian?

Apabila kita didatangkan dengan awek-awek cun dan seksi, ataupun jejaka-jejaka tampan dan hot, bukankah itu juga ujian?

Ya.

Itu semua adalah ujian-ujian iman yang kita hadapi hampir setiap masa.

Kita cenderung untuk berjaya dan lulus dalam setiap ujian pembelajaran dan ujian dunia tetapi tidak terfikirkah untuk berjaya juga dalam ujian iman, kubur dan akhirat kelak?

Bagaimana?

Tidak mahukah kita untuk berjaya dalam setiap ujian dari Tuhan ini?

Jika tidak, maka anda bukanlah seorang yang layak untuk meraih syurgaNya.

Sebaliknya jika anda mahu, maka boleh teruskan pembacaan demi menggapai firdausNya. huhu. InshaAllah.. =)

Hmm, sebelum kita teruskan, saya ada nak jelaskan sedikit..

Ujian-ujian iman ini seperti mana kita maklum, ada banyak jenisnya. Umumnya adalah melalui godaan nafsu dan syaitan.

Namun, untuk meringkaskan post ini, saya hanya ingin fokuskan ujian iman yang berkaitan dengan pandangan mata yang mana ia juga didasari oleh bisikan nafsu dan syaitan.

Maklumlah, antara godaan dan ujian yang paling payah sekali adalah menjaga mata ataupun pandangan..

Lagi-lagi bagi saya sendiri yang tinggal di negara arab ini. Gadis-gadis mesir bukan seperti yang kita bayangkan dahulu, bahawa mereka semua memakai purdah dan menjaga aurat... Tak!

Actually ramai juga yang 'tabarruj', seksi dan tidak menutup aurat di Mesir. Tambahan pula segelintir masyarakat di mesir adalah beragama kristian.

Bayangkan orang arab dah lah lawa-lawa, kemudian pakai seksi lagi.. Astaghfirullah...

Luntur iman dibuatnya..

Jadi, apakah yang perlu dilakukan apabila menghadapi ujian iman seperti ini? Bagaimanakah untuk kita berjaya menghadapinya?

Ada banyak resepi dan teknik untuk berjaya dalam menghadapi ujian iman ini, antaranya adalah:

Teknik 1: Segera Mengalihkan Pandangan

Kadangkala kita tidak sengaja melihat sesuatu yang diharamkan oleh Allah Ta'ala. Kita 'ter'nampak aurat wanita contohnya, maka pertama sekali kita perlu segera alihkan pandangan.

Dari Jarir bin Abdullah r.a. berkata,

“Saya pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang pandangan yang tidak sengaja. Lalu beliau memerintahkan agar aku mengalihkan pandanganku.” (HR Muslim, Abu Daud, dan Tirmidzi)

Nabi SAW bersabda juga,

“Penyakit yang timbul dari pengaruh jahat pandangan mata memang ada. Seandainya ada yang dapat mendahului qadar, tentulah itu pengaruh pandangan mata kerana itu apabila kamu disuruh mencuci mata maka cucilah!” (HR Muslim)

Rasulullah SAW bersabda lagi,

“Pandangan(mata) itu adalah satu anak panah yang beracun daripada panah-panah iblis. Oleh itu barangsiapa meninggalkannya, lantaran takut kepada Allah, maka Allah akan memberi balasan iman kepadanya, maka ia akan memperoleh kemanisan iman dalam hatinya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Rasulullah juga pernah berpesan kepada Saidina Ali r.a.,

“Wahai Ali, janganlah kamu ikuti pandangan (pertama) itu dengan pandangan (berikutnya). Pandangan (pertama) itu adalah boleh buat kamu, tapi tidak dengan pandangan selanjutnya. Kerana pandangan pertama untukmu (dimaafkan) dan pandangan kedua tidak untukmu (tidak dimaafkan).” (Hadis riwayat Abu Daud).

Berdasarkan hadis-hadis di atas, dapat difahami bahawa apabila kita terpandang kepada perkara yang haram, maka dilarang mengulangi pandangan itu. Kita harus mengawasi pandangan mata kita, jangan sampai pandangan yang pertama disusuli pandangan yang berikutnya.

Teknik 2: Segera Beristighfar Kepada Allah

Oleh kerana kita terpandang perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah, maka kita perlu segera memohon ampun kepada Yang Maha Pengampun.

Teknik 3: Terus Menundukkan Pandangan Setelah Berjaya Melepasi Ujian Yang Pertama

Allah Ta'ala berfirman, "Hendaklah mereka menahan (menundukkan) pandangannya..."{An-Nur:30}

Teknik 4: Menyebut Nama Allah Sebanyak-banyaknya

"Hai orang-orang yang beriman. apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung." {Al-Anfal: 45}

Ya. Kita perlu tahu bahawa 'musuh' di dalam ayat ini juga termasuk musuh-musuh iman seperti pornografi, free sex dan sebagainya.

Teknik 5: Taat Kepada Allah dan RasulNya serta Bersabar Dengan Ujian-ujian Tersebut

Sambungan ayat surah Al-Anfal tadi adalah:

"Dan taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."{Al-Anfal: 46}

Teknik 6: Selalu berdoa pada Allah.

Selain sentiasa berdoa pada Allah setiap kali selepas solat supaya Allah jaga iman kita, saya ada teknik saya sendiri untuk berjaya dalam ujian iman ini..

Nabi s.a.w. pernah berdoa: "

"Ya Allah, tidak ada kehidupan yang kekal melainkan kehidupan di akhirat."  (Muttafaq 'alaih)

Alhamdulillah, setelah saya cuba tanamkan doa yang nabi ajar ini dalam hati saya, apabila saya ternampak awek-awek yang jelita, saya akan segera berdoa seperti yang nabi doa di atas dan terus memikirkan bahawa secantik mana pun awek dunia, kecantikan mereka hanya sementara. Awek akhirat (bidadari syurga) adalah jauh lebih cantik dan kekal.. Nak pilih mana?

Okay. Alhamdulillah, setelah kita berjaya menghadapi ujian iman, ketahuilah juga bahawa Allah takkan sia-siakan usaha kita ini.

Ada hadiah, anugerah dan ganjaran lumayan yang Allah sediakan hanya kepada mereka yang berjaya dalam ujian-ujian iman ini.

Tahniah! Anda mendapat A+ dalam ujian iman ini.

Anugerah Allah Bagi Sesiapa Yang Lulus Ujian Iman

1. Mendapat kemanisan dalam amal ibadah.

Rasulullah SAW bersabda,

“Tidaklah seseorang Muslim melihat kecantikan seorang wanita, kemudian dia menundukkan pandangannya, melainkan Allah akan menggantikannya dengan kemanisan dalam beribadah.” (HR Imam Ahmad)

2. Hati dan jiwa akan bercahaya dengan cahaya hidayah dan keimanan, lalu menjadikan kita lebih semangat untuk beramal dan sangat takut untuk melakukan maksiat.

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang menundukkan pandangannya daripada melihat kecantikan wanita, maka Allah akan menghasilkan cahaya di dalam hatinya" (HR Muslim)

3. Mendapat ketenangan jiwa

4.Mendapat naungan di padang mahsyar

Rasulullah SAW bersabda,

"Ada tujuh golongan yang akan dapat diberi naungan oleh Allah dalam naunganNya pada hari tiada naungan
melainkan naunganNya (pada hari akhirat)...

Salah satunya adalah, "Seorang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan wajah, lalu ia berkata: "Sesungguhnya saya takut kepada Allah (ataupun sebaliknya yakni yang diajak itu ialah wanita oleh seorang lelaki)..."(Muttafaq'alaih)

5. Ilmu mudah masuk ke dalam minda dan seterusnya memudahkan untuk kita beramal dengannya.

6. Menguatkan ingatan.

7. Meningkatkan rasa cinta dan rindu pada Allah dan hari akhirat.

Berkata Imam Mujahid Rahimahullah,

"Menahan pandangan daripada melihat perkara-perkara yang haram dapat melahirkan rasa cinta pada Allah"

Dan banyak lagi... ^_^

Sama-sama kita cuba teknik-teknik ini demi meraih semua anugerah di atas di samping memburu redha dan syurgaNya.

Selamat mencuba dan semoga berjaya!!

Mohon disebarkan kepada sahabat-sahabat yang lain juga ya. Shokran. =)

Rujukan Utama:

1. Sahih Bukhari
2. Sahih Muslim
3. Nuzhatul Muttaqin syarah Riadhus Shalihin karya Imam An-Nawawi

Dan beberapa kitab lain (lupa namanya kerana terbaca di perpustakaan beberapa hari yang lalu) =(

Nota: fuh~ hampir 4 jam saya habiskan untuk menyiapkan entri ini. Sebenarnya lebih panjang tetapi saya ringkaskan sedikit demi keselesaan pembaca. Moga bermanfaat.

Sambung Bacaan>>>

03 July 2011

Transformer dan Kita


Transformers 3 Dark Of The Moon dah keluar. Apa pendapat saya? Ops, rahsia.. huhu..

Erk.. ehh.. opss.. apa dah berlaku, apa dah berlaku nih? cerita transformers baru keluar lagi ke?

Ya, memang dah keluar beberapa hari yang lalu.. Tapi, mengapa tetiba Azam Husni berbicara tentang Transformers ni, sedangkan umat tengah sakit, nak main-main apa lagi? salah blog? kena hack?

Hehe, taklah... meh baca sikit ni, ini masih saya.. ya, saya Azam Qaradhawi bin Husni... yang ingin cuba menulis dengan cara yang berbeza dari sebelumnya, yang lain sedikit dari biasanya..

Saja ja buat tajuk begini nak cari perhatian sikit..hehe.. Tapi memang jujur saya mengaku, saya minat juga filem transformer ni :D.. 

Waktu form 2 (time Transformers 1 keluar) saya siap pecah record, daripada tak pernah tengok wayang langsung selama hidup, demi transformers yang saya minat sejak dari kecil ni, saya sanggup senyap-senyap fly dari asrama pergi KLCC naik teksi waktu weekend (lebih kurang 10 minit je dari sekolah lama) huhu, astaghfirullah, memang zaman jahiliyyah.. Then lepas tu saya menyesal tak buat lagi, lagi-lagi sebab kena 'sound' dengan ayah...hihi.. 

Tak elok tau pergi panggung wayang, maksiat di mana-mana, syaitan pula bertepuk tangan gembira, saya dah ada pengalaman, saya tahulah...bukan main cakap saja.. =)

Okey, sebenarnya melalui entri ini, saya nak clarify sedikit pada pembaca semua tentang sedikit perubahan yang telah berlaku pada saya..

Saya nak jadi transformer!

Hmm, senyum lah sikit.. ^_^ haa, kan sweet/macho tu... tapi tak boleh kalahkan saya lah..hehe B)

Saya nak orang enjoy baca penulisan saya, tak nak kerut-kerut, serius begitu... Jom!

Bismillah..

Definisi Transformer

Em, perasan tak tajuk entri di atas saya sengaja tak letak 's' di hujung Transformer? Padahal sebenarnya nama asal filem robot itu adalah Transformers. Ya, sepertimana maklum, 's' di hujung menunjukkan plural ataupun jamak.


Actually saya tak sengaja terbaca kata  'transformer' di dalam Kamus Dewan(edisi keempat). Rupanya transformer pun ada dalam Kamus Dewan, mungkin telah dimelayukan..

Menurut Kamus Dewan, transformer merujuk kepada sejenis alat untuk mengubah arus elektrik (seperti mengubah voltan dll), alat ubah ataupun pengubah..

So, apa pula kaitannya dengan saya? hmm..

Menjadi Seorang Transformer Diri dan Society

Cuba kita lihat sejenak apa yang dah berlaku pada masyarakat dan dunia kini.. Dahsyat dan parah kan?


So, takkan kita biarkan saja? mana pergi akal waras kita? Mana hilang cinta kita pada mereka?


Tak takutkah dengan sabda Rasulullah S.A.W ini?

"من أصبح لا يهتم بالمسلمين فليس منهم"
(قال السيوطي في (جمع الجوامع): رواه الحاكم عن ابن مسعود وتعقبه، والبيهقي وابن الجار عن أنس)


"Barangsiapa yang menyambut paginya sehari-hari dalam keadaan tidak ambil peduli ttg umat Islam maka dia bukan dikalangan umat Islam"{HR Al-Hakim dan Al-Baihaqi}


Ya, benar lagi membenarkan. Bagaimana kita boleh bergelar seorang muslim, sedangkan rasa ambil berat tentang umat Islam yang lain tidak ada dalam nubari kita, bahkan Sikap 'nafsi-nafsi' terus membengkak dalam diri kita... Bagaimana?

Maka, sebab itulah wajibnya untuk kita seru masyarakat kembali kepada jalan Allah, ubah mereka, islah mereka. Itu adalah prioriti utama kita sebagai umat Islam yang sebenar-benar Islam.

Namun pertama sekali, kita perlu ubah diri sendiri dahulu kerana, "Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri..." (Ar-Ra'd: 11)

Justeru, melalui entri ini, saya nak ajak kalian untuk sama-sama kita menjadi transformer. Bukan jadi macam transformers robot tu.. haha..mustahil.. transformer ni bukan badan yang berubah, tapi pemikiran, cara berfikir, kesedaran dan jiwa yang berubah.

Saya nak seru kalian untuk jadi transformer diri pertamanya, paling kurang hari ini lebih baik dari semalam dan besok lebih baik dari hari ini.

Kemudian baru kita jadi transformer keluarga, sahabat, masyarakat dan seluruh umat.

Saya nak sama-sama kita aplikasikan 'Change Youselves To Change The World' sepertimana yang tertera di banner Tafakur Kehidupan di atas.

Tak kiralah dengan apa cara dan wasilah sekalipun, yang penting kita sentiasa berfikir dan bertindak. Bukan dengan terkurung di dalam bilik, goyang kaki berblogging dan chatting saja!

Dengan kata lain, di samping menjadi pengislah dan transformer di alam realiti, saya nak kita jadikan juga blog dan alam maya ini sebagai salah satu elemen untuk mengubah masayarakat, dan ia bukan bermaksud mengabaikan pula tanggungjawab kita yang lebih utama, iaitu sebagai musleh dan da'ie di alam realiti sehari-hari.

Sama-sama hulurkan tangan pada saya, saya seorang saja mana boleh ubah, kita sama-sama okay? mashyi keda?

Jom jadi transformer!

Yalla beena!! ;)

Nota: Saya kini dalam proses pembikinan lagu sulung saya bertajuk 'Penawar Hati'. Doakan segalanya berjalan lancar ya.. Saya akan kongsikan di laman daif ini setelah siap insyaAllah. =)


Sambung Bacaan>>>

01 July 2011

Jangan Tinggalkan Amalan Hanya Sebab Rasa Tak Ikhlas!

Bismillah.

el-salaaaamu'alaykum semua... ^^

fuh~*melepaskan nafas berat* lega...

Gambar hiasan semata-mata (sumber: sheikh google) hehe..
Akhirnya, exam terakhir saya di Buuth International Islamic School ini sampai kepada penghujungnya, pressure dah deteriorate..tp still ada lagi..sebab result keluar dua minggu lagi inshaAllah.. doakan.. =-)

Lama tak menulis ni, rindu lah dengan blog ni, dengan para pembaca semua..huhu..

Alhamdulillah, banyaaak sgt perkara menarik yg berlaku pada saya pada bulan Jun lalu yg tak sempat sy kongsikan kerana exam..

Saya akan cuba ceritakan satu satu insyaAllah, dgn taufikNya..

Mudah-mudahanhan dgn perkongsian-perkongsian dan ilmu di laman picis ini, manfaat akan bercambah, pahala dan saham akhirat bertambah..

hmm, nak post apa dulu ya? huhu..

Oh ya...nak cerita sikit, waktu exam, saya dapat banyak idea dan ilham yang mencurah-curah dari Allah..

Mungkin sebab banyak sangat membaca.. hmm.. itulah, waktu exam baru nak banyak membaca, nampak sangat kita biasanya semangat tuntut ilmu bila dah dekat nak exam kan?

Saya ada terfikir tentang hikmah mengapa Allah menyembunyikan tarikh ajal kita dan hari kiamat bila saya bertungkus-lumus membuat persediaan final exam ini..

Antara sebab dan hikmahnya adalah apabila kita tahu bila tarikh kita exam contohnya, kita boleh nak tangguh-tangguh dalam persiapan dan persediaan exam, sebab kita rasa lambat lagi, so bila dah dekat baru study betul-betul...

Tetapi ajal kita yg Allah tak bagitahu bila, kita tak boleh tangguh-tangguh dalam membuat persediaan dan bekalan kerana bila-bila saja kita boleh didatangi malaikat Izrail dan dicabut nyawa, bila-bila saja kita boleh mati!! T_T

Itulah, sukarnya untuk kita ikhlas menuntut ilmu semata-mata kerana Allah.. Manusia ini memang cenderung kepada asbab. Contohnya kita solat sebab nak dapat pahala, kita belajar sebab nak lulus peperiksaan dan dapat pekerjaan dan sebagainya..

Tetapi hakikatnya, peringkat ikhlas yang murni dan yang tertinggi adalah, "Melakukan setiap perkara dan meninggalkan setiap perkara kerana Allah semata-mata", bukan kerana nak dapat pahala, juga bukan kerana syurga.(Dipetik dari kata-kata Imam Fudhail ibn 'Iyadh rahimahullah dalam kitab Al-Azkar Nawawi, bab Ikhlas)

Sebab itu kita perlu selalu betulkan niat, dan jangan pula disebabkan kita tidak boleh ikhlas dalam sesuatu amalan, kita meninggalkan amalan tersebut!

Contohnya, biar saya kongsikan perbualan adik perempuan saya dengan seorang kakak yang tidak bertudung:

"Kenapa adik pakai purdah?"

"hmm, begini, saya pakai purdah sebab takut jadi fitnah kepada kaum lelaki kak.."

"Tapi semalam adik tak pakai pun?"

"Ohh, semalam saya belum dapat hidayah, lagipun abang sulung saya baru pulang dari mesir baru menyarankan saya untuk mula berjinak-jinak dengan purdah.. Jadi mulai hari ini, saya ingin berubah dan mula memakai purdah.."

"oh, begitu..bagusnya adik..semoga ikhlas..."

"erm, kak... maaf, kenapa pula akak tak pakai tudung ye?"

"(tersentak) hihi, akak sebenarnya nak pakai tudung, tapi bila akak tengok ramai kawan-kawan akak yang pakai tudung tapi tetap perangai buruk jugak, maksiat jugak, couple jugak, pegang-pegang tangan lelaki jugak.. so, lebih baik akak tak pakai tudung tapi akak tak buat semua tu... buat apa nak pakai tudung tapi tak ikhlas? Allah kan tak terima amalan yang tak ikhlas..."


Lagi sekali gambar hiasan (takda kena mengena sebab takda idea nak letak apa) =D Tapi statement dia best!


Kemudian adik perempuan kesayangan saya rasa buntu dan mengadu pada saya tentang ini...

Lalu saya cuba menjawab,

"Habis tu, kalau rasa tak ikhlas nak solat, tak payah solat?

Begini, adinda boleh cuba fahami kata-kata Imam Ibnu 'Atha'illah As-sakandari ini :

"Jangan meninggalkan zikir lantaran kamu tidak dapat selalu ingat kepada Allah ketika berzikir, sebab kelalaianmu terhadap Allah S.W.T ketika berzikir lebih teruk/bahaya daripada kelalaian engkau terhadap Allah ketika tidak berzikir.

Mudah-mudahan Allah menaikkan darjat kamu daripada zikir dengan kelalaian kepada zikir yang disertai ingat kepada Allah, dan mudah-mudahan Allah akan mengangkat kamu daripada zikir yang berserta kehadhiran Allah di dalam hati kepada zikir di mana lenyapnya segala sesuatu selain Allah (martabat tertinggi dalam berzikir), dan hal yang sedemikian itu tidaklah sukar bagi Allah S.W.T."
{Al-Hikam: 47}

Ya, ini adalah tentang amalan yang sunat, berzikir.. Apatah lagi amalan yang wajib seperti solat dan menutup aurat, lagi lah kita tak boleh tinggalkan walaupun tak ikhlas..

Janganlah disebabkan kita rasa tak ikhlas menutup aurat yang mana adalah merupakan perkara yang wajib dalam agama, kita tinggalkan amalan tersebut..Itu adalah kerja syaitan..

Memang telah menjadi suatu kebiasaan bagi setiap manusia pada awal-awal melakukan suatu amalan itu kita tak dapat ikhlas, tetapi ia tidak bermakna kita takkan boleh ikhlas!

Ikhlas itu datang selepas konsistensi(istiqamah). Ikhlas ini ibarat benih yang baru kita hendak tanam.

Mula-mula, hari pertama dan kedua memang benih ikhlas belum bercambah, tetapi itu tidak bererti ikhlas takkan boleh tumbuh dengan subur, kan?

Kita perlu selalu menyiramnya secara berterusan dan istiqamah, baru ianya kan tumbuh dengan subur dan sehat dan jika kita teruskan lagi menyiramnya, tumbuhan itu kan terus subur meninggi malah dihiasi pula dengan bunga-bunga yang mekar indah..

Sebaliknya jika kita berhenti dari menyiramnya, berhenti dari melakukan sesuatu amalan, maka bagaimana ikhlas kan subur?

Maka benarlah kata-kata hikmah Ibnu 'Atha'illah As-sakandari tersebut yang mengatakan:

"Mudah-mudahan Allah menaikkan darjat kamu daripada zikir dengan kelalaian kepada zikir yang disertai ingat kepada Allah, dan mudah-mudahan Allah akan mengangkat kamu daripada zikir yang berserta kehadhiran Allah di dalam hati kepada zikir di mana lenyapnya segala sesuatu selain Allah (martabat tertinggi dalam berzikir), dan hal yang sedemikian itu tidaklah sukar bagi Allah S.W.T."

Ya, darjat keikhlasan kita akan meningkat jika kita terus-menerus melakukan amalan itu dengan istiqamah. Daripada beramal untuk mendapat pahala kepada beramal untuk mendapat syurga, dan daripada beramal untuk meraih syurga kepada beramal semata-mata kerana Allah..

Saya sebenarnya sangat takut sekiranya ilmu yang saya tuntut di kota fustat ini adalah tidak berpaksikan ikhlas kerana Allah. Mudah-mudahan ilmu yang saya tuntut di sini adalah ikhlas kerana Allah, bukan sebab imtihan dan malah makin mendekatkan diri saya kepada Allah..

Berapa ramai manusia di dunia ini yang menuntut ilmu tetapi malah makin menjauh daripada Allah.. Na'uzubillah..

Sama-sama kita berdoa kepada Allah 'Azza wajalla untuk sentiasa mengurniakan ikhlas dalam setiap amalan kita..

Allahummarzuqnal ikhlas..Ameeeen.. =-)

Nota:

-Saya mulai hari ini akan cuba try test ujarrib update hari-hari walaupun masih sibuk dengan kelas pengajian yang dah kembali aktif di Masjid Al-Azhar. Masa kosong tak boleh dibiarkan kosong.. ^^

-Salam Isra' Mi'raj semua, bagaimana dengan solat kita? jangan tangguh-tangguh dan lengah-lengahkan solat ya, sangat banyak hadis-hadis yang menunjukkan Nabi sangat menyarankan dan menitikberatkan kita sebagai umatnya untuk solat di awal waktu kerana tiada sebab untuk kita melengah-lengahkan temu janji kita dgn Allah S.W.T 5 kali sehari...takkan hanya kerana sibuk dengan dunia, tanggungjawab kita dengan Sang Pencipta kita dilupakan? ditangguhkan?

"Peliharalah semua solat dan solat Al-wusta(asar) dan laksanakanlah solat dengan khusyu'"(2:238)

Sambung Bacaan>>>

Paterikan nama anda di sini. Saya akan jejaki. Moga ikatan terus bersemadi..

Related Posts with Thumbnails