05 May 2011

Perkenalan: Maahad Buuth Al-Islamiah Sekolah Saya di Mesir

Bismillah..

(Maaf, awal perbualan sengaja dipotong) =D

"Alhamdulillah, saya sihat macam biasa Zam, lama tak jumpa..last jumpa pun time PMR, tiga tahun lepas.. Sekolah mana sekarang?" Soal sahabat lama Azam ketika dia pulang ke Malaysia baru-baru ini disebabkan pergolakan yang berlaku di Mesir. Sudah lama mereka tidak bersua.

"Itulah, lama benar kita tak bersua.. Tak sangka Allah takdirkan untuk kita bertemu di sini. Saya sekarang belajar di Mesir.."

Seperti lazimnya, apabila terdengarnya perkataan 'Mesir', rasa kagum dan takjub menyergah diri si pendengar. Mata bundarnya makin membesar, senyumannya makin melebar..

"Perghh, MasyaAllah! Hebatnya anta.. muda lagi dah belajar di Mesir.. anta di Al-Azhar ya?

"Eh, takde lah.. Ana masih di sekolah menengah Al-Azhar.. Mesir yang hebat, Al-Azhar yang hebat.. ana biasa-biasa saja.. Tiada apa-apa sangat.."

"Subhanallah!! Kira mantap juga dapat sekolah menengah di sana...wah!.. pertama kali dengar ni.. Apa nama sekolahnya?"


**************

Sebenarnya saya ingin menceritakan banyak, dari bidayah kehidupan seorang remaja 16 tahun yang terkapai-kapai di bumi seribu menara Mesir, termasuk tentang Maahad Buuth ini, hingga dia berjaya ke universiti Al-Azhar di dalam sebuah cerpen bersiri.. Namun, saya masih belum ada masa untuk melengkapkannya.. Mungkin setelah saya benar-benar menjejak kaki di Al-Azhar.. Mudah-mudahan Allah bantu..

Justeru, di ruang ini saya hanya menceritakan sedikit sahaja dahulu tentang tempat saya meneguk dan menghirup ilmu di Bumi Kinanah..

Al-kisah, usai mendapat keputusan PMR pada 2008, saya berkelana di bumi seribu menara menyambung perjuangan, mencari keikhlasan..

Mungkin ramai yang masih belum kenal mahupun dengar tentang maahad atau sekolah ini, jadi di sini, saya akan perkenalkan secebis tentang Maahad Al-Azhar ini..


Maahad Buuth: 2009

Maahad Buuth Al-Azhar ini terletak di kota Kaherah Mesir, lebih kurang 5 minit dari Universiti dan Masjid Al-Azhar(jika menaiki kenderaan).

Sekolah ini juga adalah seperti International School jika di Malaysia.. Ianya merupakan sebuah sekolah menengah di bawah Al-Azhar. Bahkan gaji guru-guru dan yurannya juga ditanggung Al-Azhar.. Saya hanya perlu beli kitab-kitabnya sahaja setiap tahun..

Benar! Saya tidak perlu membayar satu sen pun untuk yuran persekolahan ^^..

Dari segi tempoh pembelajaran pula, para pelajar perlu mengambil masa 6 tahun, 3 i'dadi(menengah rendah) dan 3 thanawi(menengah tinggi) untuk menamatkan pembelajaran..

Bagaimanapun, para pelajar boleh mengambil peperiksaan tahdid mustawa(penentuan tahap), juga dikenali sebagai exam loncat jika ingin menyingkatkan tahun pembelajaran.

Syukur, saya dapat loncat terus ke tahun kelima, iaitu 2 thanawi pada ujian tahdid mustawa tahun lalu dan saya kini berada di tahun akhir Maahad Buuth Al-Islamiyah Al-Azhar ini.. Jadi, saya belum boleh bergelar seorang 'azhari', saya masih berstatus 'bakal mahasiswa Al-Azhar'.. Doakan saya dapat menjejak Al-Azhar hujung tahun ini..

Seterusnya, sijil lulusan sekolah ini adalah salah satu wasilah untuk memasuki Menara Gading Al-Azhar selain dengan menggunakan sijil STAM.. Malah lulusan dari sekolah ini adalah lebih mudah..

Ramai para pelajar yang telah menjadi mahasiswa Al-Azhar pada umur yang cukup muda. Mereka mula bersekolah di sini pada umur yang muda, lalu mengambil ujian loncat tahun..

Tidak hairanlah ada seorang sahabat saya yang telah pun bergelar mahasiswa Al-Azhar pada umur 16 tahun!

Di samping itu, jika lulusan dari sekolah ini mendapat keputusan yang bagus, mereka boleh memilih mana-mana Universiti di negara arab termasuk Universiti Ummul Qura, Mekah untuk menyambung pelajaran..




Saya tidak pasti entah berapa puluh bangsa yang belajar di sini. Mereka datang dari seluruh benua dan pelosok dunia termasuk Amerika, England, France, Russia, Somalia, Turkey, Uzbekistan, India, China dan lain-lain.. Hanya lebih kurang 40 pelajar Malaysia yang belajar di sini..

Maka tidak hairanlah apabila sekolah ini menjadi sesak hampir setiap hari. Kelas saya sendiri pun hanya memuatkan 40 orang pelajar, tetapi nama yang tertera di dalam senarai nama penghuni kelas adalah seramai 80 orang lebih! huhu, ya... siapa lambat berdiri.. =(

 Sekolah ini tidaklah canggih mana..





Kuno: Pihak Al-Azhar ingin menyajikan mujahadah dan terbiyyah kepada para pelajar untuk menghasilkan ulama-ulama yang benar-benar berwibawa dalam menerajui ummah..

Saya rasa beginilah sekolah nenek moyang kita dahulu.. Sakit pinggul jika duduk lama di samping mejanya yang kurang rata.. penuh mujahadah!!

Kadang-kadang saya pun hampir putus asa bersabar... Allahumma sallim sallim... ^^

Kelas saya di kala sesak: Para pelajar tengah menunggu ustaz.. Sabar je lah...fuh~

Bagaimana nak mendaftar masuk sekolah ini?

Hmm.. Syarat-syaratnya adalah mudah, tidak perlu keputusan yang cemerlang, hanya 1 juz Al-Quran paling kurang, boleh menulis tulisan arab dan mempunyai asas-asas ilmu bahasa arab.. mudah kan?

Ya, memang ianya kelihatan mudah, tetapi urusannya yang payah.. Saya sendiri mengambil masa 5 bulan untuk benar-benar terdaftar dalam Maahad Al-Azhar ini..

Itu saja yang saya boleh kongsi kali ini, insyaAllah saya akan bercerita lagi tentang sekolah ini di masa mendatang.. =)

Berminat untuk bermujahadah di sekolah ini? Ingin belajar di Al-Azhar, tapi tiada sijil STAM? Sebarang pertanyaan lanjut, sila layari website sahabat saya Ustaz Syihab di http://syihab-educonsult.blogspot.com

atau tonton video promosi kami di:



26 comments:

  1. bittaufiq...allahumma faqqihna fiddin..

    ReplyDelete
  2. Semoga cemerlang SPM.
    Siiru 'ala barakatillah..

    ReplyDelete
  3. Salam alaik.

    oh, itu Maahad Buuth rupanya. Tgk gmbr baru tau (=

    moga Azam bergelar mahasiswa Azhari hujung tahun ni.

    Terselit rasa 'bangga' melihat remaja seusia Azam gigih mencari ilmu di bumi Anbia ni. Teruskan langkah, teguhkan perjuangan (=

    ReplyDelete
  4. salam , syukran akhi singgah di blog ana :) .. alhamdulillah atas persoalan akhi itu, jujur ana menjawab.. ana tidak mendapat didikan formal seperti akhi , mungkin apa yang ana bakal katakan ini tidak begitu berhikmah.

    Begini ya,pertama-tamanya ana tujukan pesanan itu untuk tuan punya blog,iaitu ana.. maklumlah manusia mudah lupa,kerana kekerapan ana menjengah belog membuatkan ana rasa ianya tempat yang sesuai untuk ana ingatkan diri sendiri :)

    Berbalik kepada soalan akh tadi,ingatan ana tidak sebrapa ini lupa di mana ana membacanya,cuma yang ana pasti ianya sebuah pesanan,mungkin dhif sanad nya.Zauj ana pernah berpesan,jika dhaif kita hanya boleh guna untuk diri sendiri,tidak untuk di gunakan untuk tujuan perbahasan dan lain-lain...

    Maafkan ana .. atas jawapan yang panjang lebar ini,jika da kesilapan dari pihak ana dan zauj,berbesar hati ana jika akhi mahu memberi teguran dan tunjuk ajar. :) Maafkan ana yang cetek ilmu ini tidak dapat memberi jawapan yang tepat :)... masih belajar.. dan terus belajar insyAllah..

    ReplyDelete
  5. Allah hu akbar..
    syukur alhamdulillah.dlam usia yg muda,ustaz melangkah jauh dari shbt2 seusia ustaz.

    subhanallah..kagum ana dgn semangat dan iltizam yg tinggi dlam diri ustaz.ana ingin kongsi bersama.
    ya Allah..

    doakan ana ya.bercita-cita untk mendalami ilmu Islam sperti ustaz.amiin.

    ReplyDelete
  6. salam...
    moga perjuangan anda dalam menuntut ilmu di bumi mesir sentiasa dlm barakah Allah..
    sy kagum melihat semangat anda..
    teruskan perjuangan

    ReplyDelete
  7. Semoga berjaya. Ada rzeki kita jumpa di Msir nanti ye~ (^_^)

    ReplyDelete
  8. Salam. Anankanda Azam, Anak Pak Chik mendapat tawaran melalui Maahad Darul Ummah,Perak ingin mendapat sedikit Info ttg Buuth Al Azhar ini, iaitu ttg tempt tinggalnya, kewangan, dan pengerusan diri di sana. Anak Pak Chik ini perempuan tamat PMR sekolah menegah biasa aliran agama kerajaan. tk

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum.. insyaallah bulan 7 ne saye akan berlajar di Maahad Buuth Al-Islamiah di mesir.. saye perlukan tunjuk ajar dari anta... so saye harap saye dpat jumpa saudara di sana.. insyaallah...

    ReplyDelete
  10. Salam shbt2 mohon bantuan dan tunjuk ajar dari kalian tentang selok belok serta prosedur pendaftaran kemasukan ke mahad buuth. Insyaallah saya dan beberapa rakan yang lain akan berangkat ke sana pada 22 september 2012 ini, untuk memudahkan hubungan sila berhubung melalui fb kami Muhammad Shauqi Elias, Azman Jemang, Izzul Islam. Bantuan dari kalian amatlah dihargai, dengan ini kami dahului dengan ucapan terima kasih.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum... ustaz azam,tumpang tanya,adakah sekolah ini menerima pelajar perempuan,anak saya berminat dengan sekolah ini...

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum,,saya pian n 14 tahun..dulu belajar di indonesia..then skrg abes blajar daa..saye tringin nak Bljr di Uviver Al-Azhar..tapi saye minat nak bljr di Sekolah yg abg tunjuk kan niy..sye x slalu on di Internet.tpi sye mntk jase baek abg tok mcg dgn sye.ukan nak usha tpi nak tnye :D..assalam.. (0129167397)

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum .. Alhamdulillah , Barak Allah fik .. Semoga mendapat Mardhatillah :)

    ReplyDelete
  17. Hajat untuk mengahantar anak lelaki di situ. Beliau dalam proses pengajian Maahad Tahfiz dan Idadi Moga di permudahkan dia lebih awal menyambung disana. InsyaALLAH

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum, Ustaz /Tuan. Anak sy ingin memohon masuk ke maahaad Buuth di Mesir pd thn depan. Bagaimana kah caranya utk anak belajar disana. Berapa bayaran yg diperlukan utk proses kemasukan dan tempat tinggal? Tlg, berikan jwp dgn segera. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  19. syarat untuk masuk mahad buuts level sma apa aja? dan pengetesan masuk level di mahad buuts indikatornya apa? syukron...

    ReplyDelete
  20. ya Allah, orang yg nulis ini masih aktif gak ya.. udh tahun 2020 nih

    ReplyDelete
  21. ASSALAMUALAIKUM SAYA NAK TANYA MAAHAD BUUTH BOLEH TAK BAGI SAYA CARA NAK DAFTAR UNTUK TAHUN 2021 TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  22. Salam adik Azam, boleh berikan email. Utk berhubung. Sy mahu tanya berkaitan Buuth

    ReplyDelete

Paterikan nama anda di sini. Saya akan jejaki. Moga ikatan terus bersemadi..

Related Posts with Thumbnails