Bismillah..
Tetiba terngiang-ngiang tentang pengajian dan talaqi-talaqi di Masjid Al-Azhar.. Dah hampir tiga minggu terpaku di bumi melayu ini menjenguk-jenguk kerinduan pada bumi 'Seribu Menara', digelar lantaran terlalu banyaknya menara-menara azan. Entah bila daku akan ke gudang ilmu itu kembali... Ya Rabb..
Pernah suatu hari ketika mengikut pengajian rutin di Masjid Al-Azhar yang percuma kepada siapa saja yang gila ilmu, Sheikh Ahmad Al-Hajeen, seorang pakar bidang Fiqh As-syafi'ie ketika itu sedang mengajar kitab agung mazhab Al-syafi'ie: Al-Iqna', karya Imam Al-khatib Al-syirbini, syarah kepada matan Al-ghayah wa At-taqreeb karya Al-Qadhi Abi syuja' (Ahmad bin Husain bin Ahmad Al-Ashbahani)...
Sebelum kelas bermula, Sheikh menceritakan sedikit tentang kisah menarik Imam Al-Allamah Abi Syuja'..
Al-Allamah Al-Qadhi Abi Syuja' adalah seorang yang dipanjangkan umurnya oleh Allah Ta'ala sehingga lebih dari 160 tahun, namun demikian tak satu anggota badan dan pancaindera pun yang terganggu ditelan zaman. Giginya masih kuat dan putih tersusun rapi. Matanya masih kekal celik tanpa berkaca mata seperti saya...
Ketika ditanya tentang nikmat dan kurnia Allah itu kepada beliau, Al-Qadhi Abi Syuja' hanya menjawab ringkas:

"Aku menjaga anggotaku (dari maksiat) sewaktu muda, maka Allah menjaganya di waktu aku tua"
Lantaran itu, selaku insan yang masih muda, ayuh kita jaga diri kita, anggota kita, pancaindera kita yang dipinjamkan Allah ini dari segala noda dan maksiat agar Allah sentiasa menjaga kita terutamanya di waktu tua berkedut kelak..
Benarlah sabda Baginda Rasulullah ketika menasihati Abdullah Ibnu Abbas Radhiallahuanhuma:
"Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah.
Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya)."
(HR Al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih)

masyaALLAH
ReplyDelete