Bismillah..
Tidak banyak yang aku boleh kongsikan. Mungkin secebis yang terkoyak dari buku setebal kamus.. Aku bukan dalam mood menulis, keadaan huru-hara begini, minda penuh dengan gundah dan ngeri. Mungkin fobia yang bercambah juga akan tertancap di raga... Ya Rabb...
Terimalah perkongsian yang ada, taipan rangkaian abjad ini saja yang berjaya meloloskan diri dari benak yang serabut.. Coretan ini saja yang termampu.. =( Apa-apa pun, segala yang saya tulis adalah berdasarkan berita yang sampai kepada saya melalui sahabat dan televisi... Saya cuma berkongsi apa yang saya tahu. InsyaAllah benar...Tegur saja jika ada kesilapan..
28 januari 2011
Sedar. Mataku yang terkatup kubuka. Pagi sudah, Alhamdulillah. Aku masih lagi diberi kehidupan.
Semalam aku hampir tidak dapat lena setelah mendengar perintah berkurung diisytihar.
Sekelip mata saja keadaan sudah terbalik. Daripada aman menjadi hiruk-pikuk. Aku seperti tidak dapat percaya. Aku mencuba, dan aku masih sukar untuk percaya. Realitikah ini?
Semalam juga adalah kelas yang terakhir sebelum cuti semester bermula. Baru saja aku ingin merancang bagaimana aku menghabiskan cutiku kali ini apabila dunia tempat kuberinjak porak peranda.
Apa yang berlaku di Bumi Kinanah?
Internet sudah hampir seminggu diputuskan. Apa yang berlaku pada dunia? Aku perlu segera mendapat berita.
Terkesima dibuatnya apabila kubuka televisi channel Al-Arabiya. Aku cuba sedaya upaya menenangkan mindaku, memujuknya bahawa ini adalah mimpi ngeri yang separa realiti. Sukar untuk menelan keadaan yang berlaku...
Tentera? Kereta kebal? Kebakaran? Perusuh? Kematian? Darah?
Begini sekalikah jadinya? Memang aku sudah maklum, beberapa hari yang lalu, sebelum facebook disekat daripada diakses, saya mendapat puluhan mesej dari orang yang tidak dikenali...
Dan bermula pada 25 Januari, demonstrasi dan tunjuk perasaan daripada rakyat yang ingin protes dengan pemerintahan kuku besi di sini telah mula timbul. Rakyat turun membawa sepanduk seperti ‘Berambus Mubarak!’ Mereka sudah tidak tahan hidup sengsara selama 30 tahun di bawah pemerintahan zalim Hosni ‘La’ Mubarak (Hosni ‘tidak’ diberkati)....
Tapi, aku sangat tidak sangka keadaan akan menjadi sekritis ini..
Ya Allah selamatkanlah...........
29 januari 2011
Aku buka Handphone, terpapar ‘No network coverage’..
Huh?
Aku tanya orang lain. Semua sama. Internet dah dipotong, kini talian telefon bimbit pula disekat?
Huuuh, serabutnya....
Hari ini aku nak buat apa?
Kelas talaqi dan pengajian dibatalkan, jalan-jalan ditutup, kedai-kedai juga tidak terkecuali.
Ya Allah, kini baru aku sedar, betapa besarnya nikmat keamanan...betapa tidak bersyukurnya kita dengan keamanan yang Allah beri.. selama ini...
Keamanan di tangan Allah. Bila-bila saja Allah boleh merenggutnya. Mata hatiku seolah-olah baru celik dari terpejam lama.. antara nikmat Allah yang paling besar.. Keamanan..
Pagi itu aku buka lagi televisi yang sedia ada di bilik pantri tingkat 6 Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah yang lebih dikenali sebagai ARMA yang mungkin singkatan daripada Asrama Malaysia, tempat aku bermastautin di bumi Mesir ini..
Qaddarallah Ma sya’a fa’ala...
Macam-macam telah berlaku.. aku rasa tidak mungkin pula untuk kularik semuanya menjadi susunan huruf dan kata di sini.. Tapi aku tetap ingin berkongsi..
Apa yang berlaku hari ini pula?
Mungkin banyak perkara yang berlaku terlepas dari pengetahuanku..Yang aku tahu melalui televisi, demonstrasi makin rancak, perusuh anti-mubarak makin ramai dan ganas. Malah mereka telah merebak ke kota di Alexandria Mansurah dan Terusan Suez. Beberapa bangunan dan pejabat terbakar di kota Tahrir kaherah. Museum terletaknya mumia fir’aun juga dengarnya turut dibakar para perusuh.
Dan yang paling dahsyat sekali adalah tentang 6000 banduan terlepas, meloloskan diri...kini berkeliaran di sekeliling Mesir..
Dunia juga telah banyak bersuara, huru-hara di mesir kini menjadi buah mulut dunia.. Rumah Putih di Amerika tidak terkecuali bersuara. Clinton, Obama turut berucap. Israel juga menyibuk ingin masuk campur. Dah mula lah tu.... nak mula buat agenda baru lagikah?
Moga-moga Al-Azhar tidak termasuk dalam agenda mereka.. Al-Azhar perlu kekal teguh demi keharmonian umatislam...
30 Januari 2011
Bekalan makanan makin berkurangan.. Hari ini start beli indomee dan telur banyak-banyak..
Keluarga masih belum telefon, mereka masih belum tahukah??? Mungkin tak masuk.....hmm.
Hari ini agak kecoh sedikit. Ketika mendengar taklimat di dewan tadi, dengarnya lapangan terbang kota juga turut dikepung perusuh dengan alasan ‘tak nak bagi Presiden Mubarak lari’... agak pelik... Begitu sirius sekali mereka menentang..
Para penjenayah dan perompak pula mula memainkan peranan. Keadaan negara yang tidak stabil seolah-olah merupakan peluang keemasan yang terbentang luas.. Polis dan tentera yang disibukkan dengan para perusuh memberi ruang pada mereka bermaharajalela...
Selain itu, berita tentang rompakan dan pecah rumah di kawasan penempatan pelajar Malaysia di Hayyu Asyir juga menggemparkan..
Warden Malaysian Hall memberi arahan kepada para penghuni untuk lebih berhati-hati dan membuat jadual giliran mengawal di DMAK..
Sheikh Azhar dan mufti mula bersuara, mereka menyarankan untuk kita banyak berdoa serta memuji para pemuda mesir yang membantu menjaga keamanan, megawal kawasan sekitar dari penjahat dan pengganas..
Hari ini, ramai banduan berjaya ditangkap kembali..Bunyi jet dan helikopter berlegar, tembakan dan ledakan kedengaran...Tetapi bukan peperangan yang tercetus, hanya sebagai ancaman kepada yang menentang kerajaan..
Al-jazeera diband sebentar hari ini.. saya buka channel lain katanya kerana Al-jazeera menyebarkan berita-berita palsu.. Wallahua’lam.. tapi saya lebih percaya Al-Jazeera daripada kebanyakan channel lain yang pro-kerajaan..
Rakyat dan para pemuda menjadi hero turut membantu menjaga keamanan sekitar.. menjaga trafik..menangkap banduan, menjaga keamanan dan menangkap orang yang melanggar undang2..
Sumber gambar: http://totallycoolpix.com/2011/01/the-egypt-protests/

Lelaki ini bukan mati, hanya tidur. Pelik, tengah huru-hara boleh tidur? haha..

Mudah mudahan anda selamat
ReplyDelete:)
dik, tadi akak check nama-nama pelajar dari ARMA yang terlibat dalam evakuasi ke Jeddah.. nama adik Azam tak ada pun :(
ReplyDeletekakak doakan adik sentiasa terpelihara oleh-Nya.. update status semasa ya adik...
ya, ana check juga. tak jumpa nama akhi .
ReplyDeleteinsyaAllah,kami semua sentiasa doakan kalian. Semoga Allah melindungi :)
Salam akhi, Alhamdulillah. Perkongsian yang bermakna untuk tatapan kami di Malaysia.
ReplyDeleteSyukran
Semoga Allah rahmati kalian semua yang berada di bumi Anbiya'
BroHamzah
Cari kat mana? mungkin itu senarai yang telah berlepas.. kami masih menunggu penerbangan..Insyaallah nama saya ada. Shokran atas doa2 kalian yang sentiasa dipanjatkan.. Ameen2 ya robbal'Alameen..
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteMudah mengikuti info Azam. seronok membacanya! boleh diketengahkan menjadi novel yang baik. Oh ye, anak mak cik Hayazif atau kwan2 panggil dia Tak seng!juga berteduh di ARMA. Ada waktu sampaikan salam ibunya ini ye. Teruskan menulis untuk tatapan kami di Msia!
Cari di: laman web PMRAMM.
ReplyDeleteSalam, ustaz.
ReplyDeleteAna nk minta tolong ustaz keluarkn hujah ustaz,
mengenai barat yang sedang menguasai minda umat islam skrg.
Cth penguasaan yg dimaksudkn, adalah dgn hiburan2 yg tidak putus2 dr barat yg sdg ditiru org melayu kita. Syukran ust.
Kepada hamba Allah: Saudara/saudari boleh download dan tonton video-video 'The Arrival' di link http://www.4shared.com/dir/21383094/16daf589/The_Arrivals_Malay_Sub.html (ada subtitle)
ReplyDeleteTentang mind control ni ada di video part two.. Adalah lebih baik jika lihat kesemuanya, 52 part, satu part 8 minit... Kebanyakannya tentang pembongkaran agenda-agenda musuh-musuh islam, Ketibaan Nabi Isa, Imam Mahdi, Dajjal dan lain-lain.. Dipersilakan.. =)