30 June 2010

Nasyeed: Ummi

Bismillah.



Lasufa A'udu Ya Ummi..
Aku akan pulang wahai ibundaku..

Uqobbilu raksakiz zakii.
Ku kucup kepalamu yang suci..

Air mataku mengalir membasahi pipi, ketika mendengar lagu ini.
Lagu ini aku dedikasikan khas buat ibuku di sana...

Hayatilah...

Lagu: Ummi
Artis: Ahmad Bukhatir

لسوف أعود يا أمي
أقبل رأسك الزاكي
أبثك كل أشواقي
وأرشف عطر يمناك


أمرغ في ثرى قدميك
خدي حين ألقاك
أروي الترب من دمعي
 سرورا في محياكي

فكم أسهرت من ليل
لأرقد ملء أجفاني
وكم أظمأت من جوف
 لترويني بتحناني

ويوم مرضت لا أنسى
دموعا منك كالمطر
وعينا منك ساهرة
تخاف علي من خطر

ويوم وداعنا فجرا
وما أقساه من فجر
يحار القول في وصف الذي
لاقيت من هجري

وقلت مقالة لا زلت
مدكرا بها دهري
محال أن ترى صدرا
 أحن عليك من صدري

ببرك يامنى عمري
إله الكون أوصاني
رضاؤك سر توفيقي
وحبك ومض غيماني

وصدق دعائك انفرجت
به كربي وأحزاني
ودادك لا يشاطرني
به أحد من البشر

فأنت النبض في قلبي
وأنت النور في بصري
وأنت اللحن في شفتي
بوجهك ينجلي كدري

إليك أعود يا أمي
غدا ارتاح من سفري
ويبدأ عهدي الثاني
ويزهو الغصن بالزهر




Oh, ibunda tercinta..
Yang mengasihiku sentiasa..
Yang berdoa untukku sentiasa..
Yang risau akanku sentiasa..
Anakanda tak akan mengecewakanmu..

Baru-baru ni, ibunda tersayang menghubungiku dari Malaysia, beliau menasihatiku untuk tidak lalai dan buang masa, serta tidak tenggelam dengan hawa nafsu dunia..

Ibunda tahu benar, waktu cutiku di Mesir masih panjang.. Sehingga bulan Oktober.
Beliau sangat risau akan anaknya yang hina ini..
Sungguh beruntung aku lahir dari seorang wanita sepertimu..
Nasihatmu akan ku tanamkan dalam jiwaku..
Tanpa keprihatinanmu, aku tidak akan menjadi manusia berguna.
Tanpa pesananmu, aku kan hanyut di alam fana..

Oh ibuku..
Aku dapat rasakan bidadari di syurga juga cemburu padamu..
Betapa indahnya dunia ini, keranamu ibu..

Bertuahnya aku..
Terima kasih ibu...

p/s: Kalau ada perkataan2 arab pada lirik tu yg x faham, tanya saja lah ya. huhu. Malas nak terjemah. Susah betul!... ;D

Sambung Bacaan>>>

24 June 2010

Menonton Fifa World Cup: Bilakah ianya menjadi HARAM?

Bismillah..

Assalamualaikum, apa khabar sahabat pembaca semua? Terima kasih kerana sudi bertandang ke laman faqir yang tak seberapa ni, saya sangat mengharapkan bimbingan dari saudara dan saudari semua. ^_^

Post kali ni saya ingin mengupas tentang demam World Cup yang sedang membengkak kala ini. Walaupun sedikit terlambat namun saya gahkan juga, moga bermanfaat ;D

Piala dahsyat yang merosakkan dunia -pic by steelgohst in deviantArt

Sekali lagi dunia diserang.

Tetapi kali ini bukanlah diserang musuh sebesar raksasa.

Mahupun musuh yang hebat perkasa.

Akan tetapi kali ini diserang sebiji bola yang saiznya hanya sebesar kepala!

Penyerangan ini diacu pada pemikiran kita. Melalaikan kita.

Kita dibawa ke dunia fantasi, ilusi, khayalan dan hiburan.

Musim World Cup muncul lagi, Palestin tidak dihiraukan lagi.

Berlangsung 4 tahun sekali, Fifa World Cup ataupun Piala bola sepak dunia ini tidak asing lagi bagi kita yang peka dengan semasa. Sukan yang paling mendapat sambutan dikalangan masyarakat dunia ini sememangnya ditunggu-tunggu untuk para pasukan terbaik daripada negara-negara terpilih di seluruh dunia saling beradu dalam merebut gelaran juara dunia dalam sukan bola sepak.

Saya akui, bola sepak merupakan sukan yang paling saya gemari dalam mengisi waktu lapang. Di samping menyihatkan tubuh badan, sukan ini juga merupakan salah satu ibadah yang mendapat pahala jika niatnya betul dan selagi tidak melanggar syariat.

Namun, hakikatnya sangat jauh jurang perbezaan bermain bola sepak dan menonton bola sepak. Jika kita bermain bola sepak, manfaatnya adalah pada diri kita yang bermain. Sebaliknya jika hanya menonton bola sepak, samada menang atau kalah, menyihatkan atau tidak, faedahnya hanya diterima orang yang bermain.

Baru-baru ini, kebetulan ketika saya menjamu selera di dewan makan Asrama Malaysia di bandar Kaherah bumi Mesir ini, kebetulan satu match antara Brazil dan Ivory Coast yang disaksikan puluhan mahasiswa Malaysia di Mesir sedang berlangsung di kaca televisi.

Lama sudah saya tidak menonton World Cup sejak saya berhijrah dari zaman kejahilan saya. Dahulu, saya sangat meminati pasukan Perancis terutamanya pemain handalannya yang beragama Islam, Zinedine Zidane dan Franc Ribery. Bagaimanapun, kini saya telah sedar, menonton bola banyak membuang masa.

Sambil menonton perlawanan tersebut, saya sempat berta’aruf dengan salah seorang mahasiswa yang duduk disamping....

“Allahuakbar.. Allahuakbar..”

Seruan azan dikumandangkan menandakan telah masuknya waktu Isya’.

Ketika inilah Tuhan ingin menguji siapakah yang benar-benar beriman dengan hari akhirat.

“Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat...” (At-taubah:18)

Sesiapa yang berhenti sebentar untuk ke masjid, mereka beruntung besar. Sebaliknya pula akan menyesal dan rugi besar.

Saya lekas menghabiskan makanan.

Seorang dua sahaja yang saya dapati keluar dari dewan makan tersebut.
Seolah-olah yang lain tidak mendengar seruan Tuhan tadi.

Begitu sekalikah sebuah kotak televisi itu memperdaya manusia?

Kotak televisi itu membawa manusia ke alam ilusi. Terus tenggelam...

Saya kecewa, sedih dan geram..

Masakan tidak? Hampir semua para penonton perlawanan bola tersebut adalah mahasiswa, para penuntut ilmu. Sebahagian mereka adalah pelajar agama dan segelintir yang lain adalah pelajar perubatan.

Apa gunanya ilmu yang mereka ada?

Sungguh sia-sia..

Bukankah dengan ilmu kita menjadi lebih dekat dengan Tuhan? Lebih mengenali Tuhan?

Dari Abdullah ibnu abbas radhiallahuanhu berkata bahawa Rasulullah bersabda:

“Sesiapa yang mendengar azan dan tidak pergi menunaikan solat berjamaah tanpa sesuatu sebab(uzur) yang menghalangnya daripada menyertai solat berjamaah, maka solat yang dikerjakannya itu tidak akan diterima.”


Para sahabat bertanya, “Apakah uzur itu?” 

Jawab Rasulullah, “Ketakutan atau sakit.”(Hadith riwayat Imam Abu Daud dan Ibnu Hibban)

Jadi, apa hukumnya jika kita melalaikan solat jamaah dengan menonton bola?

Dalam kitab Fiqhul lahwi wattarwih(Fiqh Permainan dan Hiburan) oleh Dr. Sheikh Yusuf Al-Qardhawi, beliau ada mengatakan:

Nota: Terjemahan dilakukan dengan kefahaman dan terjemahan saya sendiri, moga dibetulkan jika ada kesilapan

Tiada larangan syar’ie dalam permainan bola sepak akan tetapi dengan beberapa syarat yang berikut:

1. Tidak meninggalkan dan melalaikan sama ada kewajiban agama sepeti menunaikan solat wajib tepat pada waktunya, ataupun kewajiban/tanggungjawab duniawi seperti menghadhiri kelas bagi seorang pelajar dan melaksanakan tugas pekerjaan bagi seorang pekerja.

2. Menghormati dan mematuhi peraturan permainannya.

3. Tidak melakukan kekasaran kepada pemain yang lain.

4. Bermain dengan adil dan saksama.


Boleh selagi tidak berlebihan

Dr. Yusuf Al-Qardhawi berkata lagi:

Dan hukum tentang apa-apa perkara yang berkaitan dengan bola sepak ini adalah sama(termasuk menonton bola sepak) walaupun permainan ini mempunyai kepentingan ekonomi yang tinggi, ataupun kepentingan-kepentingan yang lain hinggakan ada sesetengah negara yang hampir menjadikannya sembahan.

Inilah yang wajib kita berhati-hati, sesungguhnya setiap perkara yang dibenarkan yang melampaui batasnya akan menjadi sebaliknya.

Pada asalnya, hukum setiap hiburan dan permainan adalah mubah/harus selagi tidak melampaui batas atau melebih-lebih, sepertimana dalam Firman Allah Ta’ala:

“...Dan makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.”(Al-A’raf:31)

Setiap perkara harus yang dibenarkan adalah terikat untuk tidak melakukannya secara berlebihan. Apabila melebihi batasnya, maka berubahlah ia menjadi sebaliknya iaitu haram mengikut tahap keterlebihannya...



Antara keburukan menonton World Cup:


1. Buang masa
2. Sering menjadi topik perbualan yang sia-sia berbanding topik-topik yang lebih bermanfaat
3. Meninggalkan solat jamaah apabila bersamaan dengan waktu tontonan
4. Solat tidak khusyu’ lantaran terbayang-bayang tentang tontonan bola.
5. Lalai dari mengingati Allah
6. Menjadi dorongan untuk membeli barangan yang berkaitan dengan World Cup seperti (buang duit)
7. Dipengaruhi gaya dan fesyen para pemain
8. Menjadikan pemain bola sebagai idola berbanding para Ulama’
9. Gaya hidup dipengaruhi cinta bola yang dahsyat.
10. Melalaikan diri dari melakukan tanggungjawab yang lebih utama.
11. Mengganggu orang lain dengan sorakan dan jeritan.
12. Menyebabkan diri terlalu fanatik dengan pasukan kesukaan sehingga sanggup menghabiskan masa mencari maklumat tentang mereka sama ada di internet, majalah, surat khabar dsb daripada mencari maklumat ilmiah yang berfaedah.

Begitulah kita lihat bagaimana perhatian umat Islam senang-senang sahaja dialihkan daripada Palestin kepada sebiji bola. Memang betul-betul demam. Seperti sudah tidak waras. Cuba fikir, apa faedahnya terpacak menonton perkara sia-sia itu selama berjam-jam lamanya??

Waraskah seseorang itu jika tidak menghiraukan saudaranya yang menderita dan merana hanya kerana ‘sebutir’ bola?

Disaat Paletin diserang sebutir bom...
Umat Islam pula diserang ‘sebutir’ bola...
Fikir-fikirkan, amal-amalkan dan sebar-sebarkan... >_<

Sambung Bacaan>>>

17 June 2010

Al-wahn: Sejenis Penyakit Umat

 Bismillah..
Umat Islam tengah sakit tenat ~pic by eXone in deviantArt

Rasulullah Sallallahualaihiwasallam bersabda:

"Pada suatu hari kelak, umar-umat akan memusuhi kalian(Islam) dari segala penjuru, seperti orang-orang lapar yang merebutkan makanan."

Para sahabat bertanya, "Apakah karena jumlah kami yang sedikit pada masa itu wahai Rasulullah?" 

Rasulullah  menjawab, "Bahkan, jumlah kalian pada waktu itu banyak, akan tetapi kalian hanya bagaikan buih yang terbawa arus air; dan sungguh Allah akan mencabut rasa takut dari dada para musuh kalian; dan sungguh Allah akan mencampakkan wahn di dada kalian. "

Para sahabat bertanya kembali, "Apakah wahn itu wahai Rasulullah?" 

Rasulullah Sollallahualaihiwasallam menjawab, "Cinta dunia dan takut mati." (lihat al-Jami' as-Shaghir: 8183).

Kita umat Islam memang bagai buih di lautan, sangat banyak. Namun sangat lemah.

Parah dalam kesakitan.

Umat Islam tenat sekarang.

Siapa perawatnya? Doktor mana?

Kita....

Kita yang sakit ini, perlu makan ubat-ubat iman. Kapsul-kapsul agama.

Ubat yang paling mujarab ialah Antibiotik Al-Quran dan Panadol Al-Hadis.

Cuba kita rawat diri, kemudian kita perlu juga rawat sahabat kita. Rawat masyarakat.

Rawat dengan baik.

Kita rawat dengan sepenuhnya, sehingga penyakit cinta dunia ini tidak muncul menjangkit lagi.

Kita lihat para doktor di klinik yang merawat para pesakitnya, jika dia sering mengungkit tentang penyakit-penyakit mereka, bagaimana mereka kan sembuh? Bahkan mereka menjadi makin parah.

Tetapi jika kita berbicara kepada mereka tentang mereka akan sembuh, mereka akan sedaya upaya dipulihkan, Nescaya, mereka akan bertambah gembira dan secara tidak langsung, mereka akan cepat pulih...

Apabila dikiaskan dengan umat Islam kini, kita memang dapat lihat banyak berlakunya persengketaan dan perpecahan. Jika kita hanya mengungkit kembali masalah-masalah umat ini dan malah memburukkan lagi dengan kecaman demi kecaman, umat malah akan menjadi semakin sakit..

Sebaliknya jika kita tidak mengungkit tentang masalah umat serta menjalankan usaha dakwah dan nasihat serta saling ingat mengingati, umat akan beransur pulih, sepertimana analogi pesakit tadi.

Begitu juga kita sebagai invidu Muslim, mula dengan diri kita, kita sembuhkan diri, kemudian kita juga perlu menyebar penawar tadi kepada yang lain...

Peace.. ^_^

Sambung Bacaan>>>

08 June 2010

Kesateria Salahuddin Al-Ayyubi akan kembali menggempur

Tugu Salahuddin Al-Ayyubi di Damascus, Syiria

“Hahahaha..”

Ketawa seorang makhluk terhina di muka bumi ini.

Tentera Israel laknatullah itu sedang berdiri di samping kubur seorang pahlawan terhebat umat Islam.

Sultan Salahuddin Al-Ayyubi Rahimahullah.

Lelaki itu memandang bengis pusara mulia itu, hatinya membara geram seperti ingin melumat-lumatkan pusara tersebut.

Kemudian dengan kejinya lelaki itu menginjak-injak ke atas makam wira Islam itu seraya berkata:

“Hoi Salahuddin, kembalilah ke sini lagi sekarang!! Hahahahah....”

Peristiwa ini diceritakan guruku di Maahad. Katanya peristiwa ini berlaku sudah lama. Wallahua’lam.

Pertama kali saya dan sahabat sekelas semuanya mendengar kisah ini, hati kami terbakar, jiwa kami berapi, batin kami membara seolah-olah sudah bersedia untuk memunahkan Israel sehalus-halusnya.

Ya. Kita sedia maklum bukan tentang kehebatan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi menawan kembali Palestin dari tangan musuh-musuh Islam.

Ketika itu, Islam berada di puncak kegemilangan. Tiada siapa berani mengganggu umat Islam lagi. Bahkan mereka para musuh Islam menggigil gentar apabila mendengar saja perkataan Mujahidin Islam.

Namun sedihnya, kini sebaliknya yang berlaku.

Perkataan Israel, Amerika, Britain dan lain-lain pula yang digeruni dan ditakuti. Tiada siapa yang berani menentang mereka. Tiada siapa yang berani menggempur mereka.

Di manakah lagi Salahuddin Al-Ayyubi?

Ke manakah pergi roh-roh jihad Salahuddin Al-Ayyubi?

Perjuangan Salahuddin Al-Ayyubi terkubur begitu sajakah?

Di mana jiwa-jiwa pahlawan seumpama jiwa Salahuddin Al-Ayyubi?

Jawapannya masih dinantikan, dan harapannya adalah ADA.

Kembali pula pada peristiwa keji tadi, kita lihat bagaimana khinzir yahudi tersebut mencabar Salahuddin Al-Ayyubi untuk kembali bangkit dan menentangnya, seolah-olah dia sangat yakin dengan kekuatan dirinya untuk mengalahkan beliau. Seolah-olah pasukan Islam tidak akan menang walaupun dia bangkit kembali memimpin Islam.

Mengapa khinzir itu begitu yakin?

Ya. Ia sangat yakin kerana kejayaannya dan konco-konconya yang telah berhasil melemahkan umat Islam, memecahbelahkan umat Islam dan meracuni fikiran umat Islam serta melumpuhkannya dari kembali bangkit dan gemilang.

Mereka sangat yakin dengan ketidakupayaan kita sebagai umat Islam. Mereka mencabar kita!

Maka, tidak tercabarkah kita?

Saya yakin jika Sultan Salahuddin kembali ke dunia sekalipun, dia akan hampa dan menangis melihat keadaan umat Islam sekarang.

Memang sudah menjadi hakikat bahawa umat Islam kini sangat-sangat lemah, sakit dan parah. Perpecahan semakin teruk. Persengketaan sesama Islam pun sering berlaku.

Cuba kita bayangkan, bagaimana mungkin kita akan kalah dengan jumlah umat Islam dunia yang ratusan juta, yang dalam sehari sahaja dapat menghancurkan bangsa terlaknat Israel yang sangat sedikit itu. Tidak mungkin kita akan kalah bukan?

Tetapi itu hanya akan berlaku jika kita bersatu, bersatu dan bersatu.

Islam memerlukan dan menunggu kedatangan Salahuddin yang baru

Sebagai konklusinya, adalah menjadi tanggungjawab kita seorang individu Islam yang sayang akan saudara-saudara sesama Islam yang lain untuk membantu mereka semampu yang boleh.

Sebagai individu Muslim juga, kita perlu ada kesedaran untuk meningkatkan dan memantapkan iman, amal, semangat dan usaha dalam menjalani kehidupan seharian kita.

Kita juga perlu menjaga masa, yang belajar pula perlu belajar dengan bersungguh-sungguh, serta sentiasa fikirkan dan tanya kepada diri, bagaimanakah untuk memulihkan umat Islam, bagaimana pula untuk menjadikan diri kita berjasa besar pada Islam.

Ya, kita memang yakini dengan kegemilangan Islam yang pasti akan berlaku. Tetapi, yang menjadikan Islam gemilang tidak lain tidak bukan adalah kita sendiri, individu muslim itu sendiri.

Jadi, siapakah yang saya maksudkan dengan tajuk post ini iaitu ‘Kesateria Salahuddin Al-Ayyubi akan kembali menggempur’?

Siapa lagi?

Kita sendiri, bukan orang lain.

Seluruh umat islam dan tidak terkecuali walau seorang, yang perlu menjadi kesateria dan perajurit Salahuddin Al-Ayyubi yang baru, yang akan menggempur musuh Allah sehebat-hebatnya.

Bersediakah kita? Tepuk dada tanya jiwa..

Takbeer!!!

Sambung Bacaan>>>

06 June 2010

Kebinasaan Yahudi pasti berulang

Mari kita hancurkan Israel, Takbeer!!

"Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik"(Al-Maidah:82)

Ketika pemerintah agung dunia Alexander the Great meninggal dunia pada tahun 323 sebelum masihi, kawasan Timur Tengah dunia dibahagi kepada dua, iaitu Empayar Seleucus di bahagian timur(Syria dan sekitarnya) dan Empayar Ptolomeus di bahagian barat kawasan Timur Tengah(Mesir dan sekitarnya termasuk Palestin).

Dalam melebarkan empayar pemerintahan, Dinasti Seleucus dan Ptolomeus sering berperang antara satu sama lain yang berlangsung hampir satu abad. Perang terakhir dua dinasti ini adalah pada tahun 198 Sebelum Masihi melalui perjanjian damai yang mana Raja Antiochus III(pemerintah Seleucus) mengahwinkan puterinya Cleopatra dengan Raja Ptolomeus di Mesir.

Pada sekitar 60 masihi, Penguasa Rom berjaya menakluk Jerusalem yang mana merupakan sebahagian daripada empayar Ptolomeus suatu ketika dahulu. Ketika itu, Perselisihan pandangan Yahudi dengan Roman sering berlaku.

Pertentangan ini terus berlaku dan memuncak hingga tahun 70 M apabila Kaum Zealot(ekstrem Yahudi haluan radikal) melancarkan Pemberontakan Yahudi Pertama (66-73M) kepada Pemerintah Rom.

Apabila kumpulan Zealot Yahudi semakin kuat, mereka berjaya menakluk Jerusalem daripada tentera Roman pada tahun 66M. Tentera Roman segera bertindak mengepung pusat jajahan mereka di Jerusalem selama 4 tahun.

Akhirnya, apabila keangkuhan kaum Yahudi Zealot semakin teruk dan tetap tidak ingin menyerah kalah, bala tentera Roman yang tidak lagi dapat bersabar terus menyerang Jerusalem. Kepungan mereka diakhiri dengan penyeksaan dan penyaliban ribuan orang Yahudi yang dahsyat. Oleh kerana begitu ramai jumlah Yahudi disalib, tidak ada batang kayu lagi yang ada di Jerusalem kerana semua pokok di situ telah ditebang.



Pada waktu pasukan tentera Roman berjaya memasuki Jerusalem, semua bangunan dan kitab-kitab yahudi dihancurkan dan dibakar.Tidak cukup dengan itu, Roman seterusnya meneruskan penindasan ke atas semua yang berbau Yahudi baik di Palestin mahupun di luar Palestin.



 Orang yahudi diseksa dan dibinasakan.

Apabila kita imbau dan rujuk kembali ke belakang, peristiwa kehancuran bangsa Yahudi ini adalah balasan kejahatan dan kekejaman yang telah mereka lakukan kepada para Nabi daripada kalangan mereka sendiri. Mereka sebelum itu telah membunuh Nabi Yahya dan bapanya Nabi Zakaria. Mereka juga berusaha membunuh Nabi Isa, namun Allah Maha Kuasa ke atas segala sesuatu.


"Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami iringi kemudian daripadanya dengan beberapa orang Rasul, dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Maryam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?
Dan mereka (kaum Yahudi) berkata pula: "Hati kami tertutup (tidak dapat menerima Islam)". (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup) bahkan Allah telah melaknatkan mereka disebabkan kekufuran mereka, oleh itu maka sedikit benar mereka yang beriman." (Al-Baqarah:87-88)

Kita dapat lihat dengan jelas, semua perlakuan Bani Israel kembali kepada Bani Israel sendiri. Apabila kita kiaskan pula dengan zaman sekarang, kita sememangnya nampak tentang kekejaman dan keganasan Zionis Yahudi Israel terhadap Islam dan masih belum lagi berlaku kebinasaan dan kehancuran mereka.

Namun kita perlu yakin akan janji Allah bahawa mereka akan binasa di dunia dan akhirat. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk kembali bersatu padu dalam memerangi Israel sedahsyat-dahsyatnya tidak kira samada dari segi ekonomi, media dan sebagainya dengan apa cara sekalipun.


“...Mata nasrullah,Alaaa inna nasrullahi qarib.”

"Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)" [Al-Baqarah : 214]

Rujukan: Al-Quran Al-Karim, Buku-buku tentang Yahudi, karya Muhammad Iskandar: 'Yakjuj dan Makjuj Bencana Di Sebalik Gunung'

Sambung Bacaan>>>

Paterikan nama anda di sini. Saya akan jejaki. Moga ikatan terus bersemadi..

Related Posts with Thumbnails