24 June 2010

Menonton Fifa World Cup: Bilakah ianya menjadi HARAM?

Bismillah..

Assalamualaikum, apa khabar sahabat pembaca semua? Terima kasih kerana sudi bertandang ke laman faqir yang tak seberapa ni, saya sangat mengharapkan bimbingan dari saudara dan saudari semua. ^_^

Post kali ni saya ingin mengupas tentang demam World Cup yang sedang membengkak kala ini. Walaupun sedikit terlambat namun saya gahkan juga, moga bermanfaat ;D

Piala dahsyat yang merosakkan dunia -pic by steelgohst in deviantArt

Sekali lagi dunia diserang.

Tetapi kali ini bukanlah diserang musuh sebesar raksasa.

Mahupun musuh yang hebat perkasa.

Akan tetapi kali ini diserang sebiji bola yang saiznya hanya sebesar kepala!

Penyerangan ini diacu pada pemikiran kita. Melalaikan kita.

Kita dibawa ke dunia fantasi, ilusi, khayalan dan hiburan.

Musim World Cup muncul lagi, Palestin tidak dihiraukan lagi.

Berlangsung 4 tahun sekali, Fifa World Cup ataupun Piala bola sepak dunia ini tidak asing lagi bagi kita yang peka dengan semasa. Sukan yang paling mendapat sambutan dikalangan masyarakat dunia ini sememangnya ditunggu-tunggu untuk para pasukan terbaik daripada negara-negara terpilih di seluruh dunia saling beradu dalam merebut gelaran juara dunia dalam sukan bola sepak.

Saya akui, bola sepak merupakan sukan yang paling saya gemari dalam mengisi waktu lapang. Di samping menyihatkan tubuh badan, sukan ini juga merupakan salah satu ibadah yang mendapat pahala jika niatnya betul dan selagi tidak melanggar syariat.

Namun, hakikatnya sangat jauh jurang perbezaan bermain bola sepak dan menonton bola sepak. Jika kita bermain bola sepak, manfaatnya adalah pada diri kita yang bermain. Sebaliknya jika hanya menonton bola sepak, samada menang atau kalah, menyihatkan atau tidak, faedahnya hanya diterima orang yang bermain.

Baru-baru ini, kebetulan ketika saya menjamu selera di dewan makan Asrama Malaysia di bandar Kaherah bumi Mesir ini, kebetulan satu match antara Brazil dan Ivory Coast yang disaksikan puluhan mahasiswa Malaysia di Mesir sedang berlangsung di kaca televisi.

Lama sudah saya tidak menonton World Cup sejak saya berhijrah dari zaman kejahilan saya. Dahulu, saya sangat meminati pasukan Perancis terutamanya pemain handalannya yang beragama Islam, Zinedine Zidane dan Franc Ribery. Bagaimanapun, kini saya telah sedar, menonton bola banyak membuang masa.

Sambil menonton perlawanan tersebut, saya sempat berta’aruf dengan salah seorang mahasiswa yang duduk disamping....

“Allahuakbar.. Allahuakbar..”

Seruan azan dikumandangkan menandakan telah masuknya waktu Isya’.

Ketika inilah Tuhan ingin menguji siapakah yang benar-benar beriman dengan hari akhirat.

“Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat...” (At-taubah:18)

Sesiapa yang berhenti sebentar untuk ke masjid, mereka beruntung besar. Sebaliknya pula akan menyesal dan rugi besar.

Saya lekas menghabiskan makanan.

Seorang dua sahaja yang saya dapati keluar dari dewan makan tersebut.
Seolah-olah yang lain tidak mendengar seruan Tuhan tadi.

Begitu sekalikah sebuah kotak televisi itu memperdaya manusia?

Kotak televisi itu membawa manusia ke alam ilusi. Terus tenggelam...

Saya kecewa, sedih dan geram..

Masakan tidak? Hampir semua para penonton perlawanan bola tersebut adalah mahasiswa, para penuntut ilmu. Sebahagian mereka adalah pelajar agama dan segelintir yang lain adalah pelajar perubatan.

Apa gunanya ilmu yang mereka ada?

Sungguh sia-sia..

Bukankah dengan ilmu kita menjadi lebih dekat dengan Tuhan? Lebih mengenali Tuhan?

Dari Abdullah ibnu abbas radhiallahuanhu berkata bahawa Rasulullah bersabda:

“Sesiapa yang mendengar azan dan tidak pergi menunaikan solat berjamaah tanpa sesuatu sebab(uzur) yang menghalangnya daripada menyertai solat berjamaah, maka solat yang dikerjakannya itu tidak akan diterima.”


Para sahabat bertanya, “Apakah uzur itu?” 

Jawab Rasulullah, “Ketakutan atau sakit.”(Hadith riwayat Imam Abu Daud dan Ibnu Hibban)

Jadi, apa hukumnya jika kita melalaikan solat jamaah dengan menonton bola?

Dalam kitab Fiqhul lahwi wattarwih(Fiqh Permainan dan Hiburan) oleh Dr. Sheikh Yusuf Al-Qardhawi, beliau ada mengatakan:

Nota: Terjemahan dilakukan dengan kefahaman dan terjemahan saya sendiri, moga dibetulkan jika ada kesilapan

Tiada larangan syar’ie dalam permainan bola sepak akan tetapi dengan beberapa syarat yang berikut:

1. Tidak meninggalkan dan melalaikan sama ada kewajiban agama sepeti menunaikan solat wajib tepat pada waktunya, ataupun kewajiban/tanggungjawab duniawi seperti menghadhiri kelas bagi seorang pelajar dan melaksanakan tugas pekerjaan bagi seorang pekerja.

2. Menghormati dan mematuhi peraturan permainannya.

3. Tidak melakukan kekasaran kepada pemain yang lain.

4. Bermain dengan adil dan saksama.


Boleh selagi tidak berlebihan

Dr. Yusuf Al-Qardhawi berkata lagi:

Dan hukum tentang apa-apa perkara yang berkaitan dengan bola sepak ini adalah sama(termasuk menonton bola sepak) walaupun permainan ini mempunyai kepentingan ekonomi yang tinggi, ataupun kepentingan-kepentingan yang lain hinggakan ada sesetengah negara yang hampir menjadikannya sembahan.

Inilah yang wajib kita berhati-hati, sesungguhnya setiap perkara yang dibenarkan yang melampaui batasnya akan menjadi sebaliknya.

Pada asalnya, hukum setiap hiburan dan permainan adalah mubah/harus selagi tidak melampaui batas atau melebih-lebih, sepertimana dalam Firman Allah Ta’ala:

“...Dan makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.”(Al-A’raf:31)

Setiap perkara harus yang dibenarkan adalah terikat untuk tidak melakukannya secara berlebihan. Apabila melebihi batasnya, maka berubahlah ia menjadi sebaliknya iaitu haram mengikut tahap keterlebihannya...



Antara keburukan menonton World Cup:


1. Buang masa
2. Sering menjadi topik perbualan yang sia-sia berbanding topik-topik yang lebih bermanfaat
3. Meninggalkan solat jamaah apabila bersamaan dengan waktu tontonan
4. Solat tidak khusyu’ lantaran terbayang-bayang tentang tontonan bola.
5. Lalai dari mengingati Allah
6. Menjadi dorongan untuk membeli barangan yang berkaitan dengan World Cup seperti (buang duit)
7. Dipengaruhi gaya dan fesyen para pemain
8. Menjadikan pemain bola sebagai idola berbanding para Ulama’
9. Gaya hidup dipengaruhi cinta bola yang dahsyat.
10. Melalaikan diri dari melakukan tanggungjawab yang lebih utama.
11. Mengganggu orang lain dengan sorakan dan jeritan.
12. Menyebabkan diri terlalu fanatik dengan pasukan kesukaan sehingga sanggup menghabiskan masa mencari maklumat tentang mereka sama ada di internet, majalah, surat khabar dsb daripada mencari maklumat ilmiah yang berfaedah.

Begitulah kita lihat bagaimana perhatian umat Islam senang-senang sahaja dialihkan daripada Palestin kepada sebiji bola. Memang betul-betul demam. Seperti sudah tidak waras. Cuba fikir, apa faedahnya terpacak menonton perkara sia-sia itu selama berjam-jam lamanya??

Waraskah seseorang itu jika tidak menghiraukan saudaranya yang menderita dan merana hanya kerana ‘sebutir’ bola?

Disaat Paletin diserang sebutir bom...
Umat Islam pula diserang ‘sebutir’ bola...
Fikir-fikirkan, amal-amalkan dan sebar-sebarkan... >_<

7 comments:

  1. Mantap!

    Ada petikan dari Syeikh Yusoff Al-Qardhawi ,[salah sorang tokoh ana nehh..=)]

    Tahniah sebab tak terlalu taksub kepada bola.

    Ana sgt jarang tengok tapi kalau tengok, sambil buat kerja (drpd melongo dpn TV tak buat apa2)

    Bagaimana umat Islam hndak bangun kalau dengan satu kotak TV sahaja boleh mngawal?

    ReplyDelete
  2. kpd Fakeh: Wahabi? sy sudah penat memikirkan kedegilan mrk..

    kpd Ariffah9: Alhamdulillah, Allah bagi kekuatan untuk tak taasub.. baguslah adik tgk smbl buat kerja, tp bahaya juga tau, klu x focus buat kerja tu, nnt x siap2 pula..huhu

    betul, pemukau paling hebat didunia adalah sebuah kotak tv, membawa kita sprti kita tlh ke alam lain hinggakan mrk percayakan ilusi.

    ReplyDelete
  3. ha, takpa dah siap pun. buat khat je pun. memang siap tepat pada masanya.

    ReplyDelete
  4. ha, takpa dah siap pun. buat khat je pun. memang siap tepat pada masanya. syukran ats peringatan..

    ReplyDelete
  5. =) I like this entry, nk share kat fb ye ^^

    ReplyDelete
  6. Yes please, I'm glad when my posts being spread..
    May Allah bless you!!

    ReplyDelete
  7. Ha,... TAHNIAH KEPADA PENULIS

    ReplyDelete

Paterikan nama anda di sini. Saya akan jejaki. Moga ikatan terus bersemadi..

Related Posts with Thumbnails