08 June 2010

Kesateria Salahuddin Al-Ayyubi akan kembali menggempur

Tugu Salahuddin Al-Ayyubi di Damascus, Syiria

“Hahahaha..”

Ketawa seorang makhluk terhina di muka bumi ini.

Tentera Israel laknatullah itu sedang berdiri di samping kubur seorang pahlawan terhebat umat Islam.

Sultan Salahuddin Al-Ayyubi Rahimahullah.

Lelaki itu memandang bengis pusara mulia itu, hatinya membara geram seperti ingin melumat-lumatkan pusara tersebut.

Kemudian dengan kejinya lelaki itu menginjak-injak ke atas makam wira Islam itu seraya berkata:

“Hoi Salahuddin, kembalilah ke sini lagi sekarang!! Hahahahah....”

Peristiwa ini diceritakan guruku di Maahad. Katanya peristiwa ini berlaku sudah lama. Wallahua’lam.

Pertama kali saya dan sahabat sekelas semuanya mendengar kisah ini, hati kami terbakar, jiwa kami berapi, batin kami membara seolah-olah sudah bersedia untuk memunahkan Israel sehalus-halusnya.

Ya. Kita sedia maklum bukan tentang kehebatan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi menawan kembali Palestin dari tangan musuh-musuh Islam.

Ketika itu, Islam berada di puncak kegemilangan. Tiada siapa berani mengganggu umat Islam lagi. Bahkan mereka para musuh Islam menggigil gentar apabila mendengar saja perkataan Mujahidin Islam.

Namun sedihnya, kini sebaliknya yang berlaku.

Perkataan Israel, Amerika, Britain dan lain-lain pula yang digeruni dan ditakuti. Tiada siapa yang berani menentang mereka. Tiada siapa yang berani menggempur mereka.

Di manakah lagi Salahuddin Al-Ayyubi?

Ke manakah pergi roh-roh jihad Salahuddin Al-Ayyubi?

Perjuangan Salahuddin Al-Ayyubi terkubur begitu sajakah?

Di mana jiwa-jiwa pahlawan seumpama jiwa Salahuddin Al-Ayyubi?

Jawapannya masih dinantikan, dan harapannya adalah ADA.

Kembali pula pada peristiwa keji tadi, kita lihat bagaimana khinzir yahudi tersebut mencabar Salahuddin Al-Ayyubi untuk kembali bangkit dan menentangnya, seolah-olah dia sangat yakin dengan kekuatan dirinya untuk mengalahkan beliau. Seolah-olah pasukan Islam tidak akan menang walaupun dia bangkit kembali memimpin Islam.

Mengapa khinzir itu begitu yakin?

Ya. Ia sangat yakin kerana kejayaannya dan konco-konconya yang telah berhasil melemahkan umat Islam, memecahbelahkan umat Islam dan meracuni fikiran umat Islam serta melumpuhkannya dari kembali bangkit dan gemilang.

Mereka sangat yakin dengan ketidakupayaan kita sebagai umat Islam. Mereka mencabar kita!

Maka, tidak tercabarkah kita?

Saya yakin jika Sultan Salahuddin kembali ke dunia sekalipun, dia akan hampa dan menangis melihat keadaan umat Islam sekarang.

Memang sudah menjadi hakikat bahawa umat Islam kini sangat-sangat lemah, sakit dan parah. Perpecahan semakin teruk. Persengketaan sesama Islam pun sering berlaku.

Cuba kita bayangkan, bagaimana mungkin kita akan kalah dengan jumlah umat Islam dunia yang ratusan juta, yang dalam sehari sahaja dapat menghancurkan bangsa terlaknat Israel yang sangat sedikit itu. Tidak mungkin kita akan kalah bukan?

Tetapi itu hanya akan berlaku jika kita bersatu, bersatu dan bersatu.

Islam memerlukan dan menunggu kedatangan Salahuddin yang baru

Sebagai konklusinya, adalah menjadi tanggungjawab kita seorang individu Islam yang sayang akan saudara-saudara sesama Islam yang lain untuk membantu mereka semampu yang boleh.

Sebagai individu Muslim juga, kita perlu ada kesedaran untuk meningkatkan dan memantapkan iman, amal, semangat dan usaha dalam menjalani kehidupan seharian kita.

Kita juga perlu menjaga masa, yang belajar pula perlu belajar dengan bersungguh-sungguh, serta sentiasa fikirkan dan tanya kepada diri, bagaimanakah untuk memulihkan umat Islam, bagaimana pula untuk menjadikan diri kita berjasa besar pada Islam.

Ya, kita memang yakini dengan kegemilangan Islam yang pasti akan berlaku. Tetapi, yang menjadikan Islam gemilang tidak lain tidak bukan adalah kita sendiri, individu muslim itu sendiri.

Jadi, siapakah yang saya maksudkan dengan tajuk post ini iaitu ‘Kesateria Salahuddin Al-Ayyubi akan kembali menggempur’?

Siapa lagi?

Kita sendiri, bukan orang lain.

Seluruh umat islam dan tidak terkecuali walau seorang, yang perlu menjadi kesateria dan perajurit Salahuddin Al-Ayyubi yang baru, yang akan menggempur musuh Allah sehebat-hebatnya.

Bersediakah kita? Tepuk dada tanya jiwa..

Takbeer!!!

8 comments:

  1. ya akhi...

    hidup seorang insan, (seorang muslim) hanyalah untuk membuktikan syhadahnya... sehingga hari terakhir dalam hidup nya....


    memang sesungguhnya kita mengharapkan kemuliaan syahid, namun itu bukanlah pencapaian, tetapi sebuah anugerah....

    ia tidak di raih dengan semangat berkobar-kobar...

    tetapi jiwa yang luhur, ikhlas, taat, dan jiwa selalu dekat dengan tuhannya...



    ayuh kita persiapkan bekalan subuh kita, qiam kita, quran kita seharian....

    meninggalkan yang batil, dan mencari ridho ALLAH yg meluas



    moga ia berguna kemudian hari....



    perjuanagn ini tidak mungkin di pikul oleh jiwa2 yg jauh dari ALLAH... walaupun mulutnya sering berkata begitu....




    aslih nafsak, wad'u ghairak...

    (pesan juga buat diri)

    ReplyDelete
  2. setuju dengan gelap cerah..

    tapi benarlah kata akhi.. umat islam kini amat lemah.. tidak bersatu padu..

    maka, kita sendiri yg perlu brgerak brusaha mmbgkitkan islam kmbali..

    mabruk!

    ReplyDelete
  3. Khaibar khaibar ya yahud.
    Jaisy Muhammad saufa ya'ud.

    ALLAHUAKBAR!!!

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar!!

    Berkobar-kobar nampaknya akhi gelap cerah..
    Nasihat saudara akan sy tanamkan di sanubari.
    Mari sama-sama bangkit memacu ummah.

    Moga Allah beri kekuatan untuk kita aplikasikan dlm kehidupan kita, bkn setakat ucapan & tulisan sja.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum.

    ana suka entry ni

    we muslims,
    can't just sit back
    n wait 4 Salahuddin 2
    indeed,
    kitalah yg kne usaha
    n wujudkan Salahuddin 2!

    Let's do our best
    n Allah will complete the rest!

    ReplyDelete
  6. bismillah.

    saya masih ingat kata-kata senior saya di sekolah.,

    orang yahudi berkata,
    "jangan mimpi lah orang islam nak menang..,
    selagi jumlah org pergi solat jemaah subuh pun tak dapat menandingi jumlah orang pergi solat jumaat"

    jom kita tanya diri kita!

    ReplyDelete
  7. salam 'alaik..

    perkongsian menarik..

    setuju dengan saudara/i ed'sassin,
    wujudkan Salahuddin bukan hanya pada semangat tapi juga pada rohani..
    Itu yang lebih menggerunkan puak Yahudi..

    Bukan hanya kuat bertakbir bergegar-gegar,
    tapi nak kuak selimut waktu subuh pun tak mampu..

    ReplyDelete
  8. UMAT ISLAM PERLU BERSATU DI BAWAH NAUNGAN KHILAFAH.JANGAN TERAPKAN SISTEN KUFUR DALAM MASYARAKAT DAN BERNEGARA.....KUBURKAN SISTEM KUFUR

    ReplyDelete

Paterikan nama anda di sini. Saya akan jejaki. Moga ikatan terus bersemadi..

Related Posts with Thumbnails