18 April 2010

Generasi Singa Berubah Kancil

Bismillah

Video memaparkan pembongkaran propaganda yahudi terhadap dunia Islam 
Theodore Hertzel - pencetus idea penubuhan negara Yahudi ( Penulis buku Negara Yahudi : 1895 ) pernah berucap di Persidangan Yahudi di Basle, Switzerland pada 1897:

"Misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam..jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan jabatan..jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil..laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran.." 
Kurun demi kurun, generasi demi generasi, tranformasi zaman membawa umat Islam makin tenggelam dalam kehinaan, lari dari hakikat kemuliaan Islam itu sendiri.

Kita imbau kembali zaman pemerintahan para sahabat, bagaimana singa-singa pahlawan didikan Rasulullah seperti Umar Al-Khatab meneruskan penyebaran Risalah Rasulullah dengan peluasan kuasa dan pentadbiran yang gemilang. Bagaimana kepahlawanan Uthman bin Affan, yang menjadi orang Islam pertama ketika itu yang membina kapal layar untuk mengembangkan agama. Begitu juga Amru bin Al-Ash yang berjaya menguasai Mesir dalam menjulang panji Islam.

Kerana mereka rasa nilai dan kepentingan agama kita, mereka telah terjun ke tengah-tengah kegelapan dan kehancuran manusia untuk meneruskan tugas memancarkan cahaya kebenaran dan mengembangkan risalah Islam dengan mujahadah dan dakwah yang paling cemerlang.

Selepas kewafatan Rasulullah, mereka bertebaran di segenap pelosok bumi laksana sinar matahari untuk menawan beberapa negeri di timur dan barat, meranapkan segala taghut yang makin membiak, membawa rahmat ke seluruh dunia dan memimpin manusia kepada syurga.

Namun, Di tahun-tahun yang terakhir sebelum abad pertama Islam berlalu, penyelewengan mula menyerap masuk ke dalam generasi baru yang bakal menggantikan generasi pertama Islam yang megah itu. Keazaman di dalam dakwah dan memerangi musuh mula kendur sedangkan mereka sepatutnya meneruskan dakwah dan jihad untuk menghapuskan saki baki taghut yang masih ada.

Maka sejak itu, musuh-musuh Islam bagai kelawar di tengah malam yang gelap, mereka mula giat menyebar ideologi yang bertentangan dengan Islam, berusaha menimbulkan penyelewengan, fitnah dan perang saudara sehingga menjatuhkan negara-negara Islam satu demi satu seterusnya memecah-belahkan Islam.

Di zaman moden ini pula, kita dengan jelas dapat melihat bagaimana umat Islam mula tunduk kepada perancangan yahudi dan orang kafir.Mereka berjaya menyuntik budaya kuning, hiburan, dan media massa kepada umat Islam.

Mereka menghasut dan mengumpan para pemimpin Islam dengan material duniawi, menggunakan majalah, akhbar dan seluruh media massa untuk menghapuskan pemikiran Islam yang sebenar, menghakis nilai-nilai agama di dalam pendidikan, serta mencipta sisitem-sistem politik, ekonomi dan pendidikan yang kononnya sebagai sistem Islam. Hinggakan orang yang terperangkap dengan perancangan mereka itu merasa bangga dan seronok, menyangka mereka telah bebas dari kekangan dan belengu kekolotan.

Lalu akhirnya, sinar cahaya Islam pudar, kekayaan Islam dirampas, iman menjadi lemah, neraca kehidupan mereka bertukar dan hukum al-Quran telah ditolak ke tepi. Musuh-musuh Islam juga mendidik anak-anak orang Islam dengan pemikiran yang bertentangan dengan Islam, berlindungkan pelbagai nama dan label yang kelihatan Islami.

Orang Islam yang sukakan maksiat pada hari ini adalah mangsa sistem pendidikan ciptaan mereka, untuk ditukarkan menjadi jauh dari Islam pada mulanya, supaya mereka akan mudah dijadikan kuda tunggangan, lalu orang seperti mereka dijadikan pemimpin umat Islam oleh musuh-musuh tersebut.

Mereka saling merancang dan merangka konspirasi dengan teliti untuk membuat kerosakan dan mengubah masyarakat supaya menjadi sampah-sarap yang tenggelam di dalam lumpur noda dan kehinaan. Masyarakat akan sentiasa disibukkan dengan kepayahan mencari sesuap makanan dan kemegahan kuasa dan jawatan. Akibatnya mereka menjadi penat dan letih dengan perut dan seks dan tiada masa lagi untuk mendengar nasihat dan petunjuk atau kembali kepada agama.

Demikianlah cara dan taktik mereka. Taktik-taktik kotor, memerangi masjid dengan tempat tari-menari, menggantikan isteri-isteri dengar pelacur-pelacur, menyerang akidah menggunakan professor-professor palsu dan sebagainya.

Begitulah tanpa disedari, Islam yang dahulunya bagai singa-singa pahlawan yang berani, kini berjaya dijinakkan dan berubah menjadi kancil yang pengecut dan lemah.

Beransur-ansur, manusia diresapi kehinaan tanpa disedari. Mereka membentuk para belia dengan pelbagai taktik dan strategi yang bertujuan untuk mematikan hemah yang mulia dan memadamkan semangat juang agar kekuasaan sentiasa berada di tangan mereka yang zalim itu.

Mereka sedar bahawa para remaja dan belialah asas pendirian sesebuah umat itu. Maka, mereka merancang untuk menjinakkan anak-anak singa, para remaja terlebih dahulu.

Lantaran itu, untuk menyempurnakan ‘penghinaan’ terhadap umat Islam, melalui kuasa mereka, mereka mendidik anak-anak singa dan pejuang-pejuang muda supaya tunduk kepada hiburan, mengikut hawa nafsu, tenggelam dalam keseronokan syahwat, jawatan dan kemewahan.



Seterusnya mereka padamkan sejarah singa-singa pahlawan Islam yang gemilang, mereka lenyapkan peradaban dunia Islam yang gagah. Mereka hapuskan kisah kisah para ulama’ kerana bimbang ia akan menjadi lampu penyuluh untuk generasi baru muslim, ditakuti menunjukkan jalan kerja kepada mereka semula.

Maka, benarlah kandungan syair seorang penyair islam Muhammad Iqbal Rahimahullah tentang strategi busuk mereka:



Zaman satu bangsa yang hina,
tidak pernah sunyi dari ilmuan, sasterawan dan orang yang arif bijaksana.
Mereka dipecahbelahkan dengan berbagai ideologi,
tetapi semua ideologi itu tertumpu kepada satu rencana.
Mereka ajar anak singa agar menjadi kijang yang pengecut,
dan mereka hapuskan kisah-kisah singa pada bicara zaman silam.
Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan.
Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan.

Rancangan mereka telah benar-benar berjaya. Inilah mercu tanda perancangan kaum Yahudi dan Kristian. Mereka asuh anak-anak singa Islam menjadi kijang yang pengecut. Mereka padamkan kisah singa-singa Islam dari kalangan para ulama’, ahli zuhud dan para pejuang Islam dari sejarah abad pertama Islam.

Akhirnya, sistem pendidikan jahiliyah dan taghut Yahudi Kristian ini telah melahirkan kijang-kijang yang pengecut, tidak lagi mampu menerkam. Kijang-kijang ini tidak mahu lagi memikul apa-apa tanggungjawab dan sentiasa cuba melarikan diri seboleh-bolehnya….

Inilah generasi baru dari putera-putera Islam…!

Mereka itu adalah anak-anak singa yang bertukar menjadi kijang yang pengecut. 
Sebenarnya mereka itu adalah putera-putera muslimin yang merdeka lagi gemilang.

Mereka diperhambakan dengan dunia, lalu mereka bergembira dengan kehinaan mereka itu.


Sedarkah kita dengan apa yang telah berlaku kini?

Sampai bila kita akan terus menjadi kancil?

Bangkitlah, Sedarlah...

Bahawa kita umat Islam merupakan generasi singa yang gemilang!
Bukan kancil yang kecundang!

Sebagai penutup, jika kurun yang lepas telah menyaksikan luka-luka yang memeritkan pada seluruh dunia Islam. Bahkan serangan musuh Islam telah sampai ke kemuncaknya. Sungguhpun begitu, cubaan untuk menanganinya semula telah dilakukan oleh mereka yang mempertahankannya.

Walaupun kemenangan belum diperolehi, tapi sekumpulan pemuda Islam telahpun terdidik dan bangkit sedar. Keazaman mereka telah mantap. Ini semua meyakinkan lagi kepada kita bahawa Islam pasti menang dalam kurun ini ..

Insya Allah !


Rasulullah bersabda:


“..........Aku mewasiatkan kamu supaya bertaqwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu(para sahabat) yang masih hidup nanti, necaya dia akan melihat banyak perselisihan/perpecahan. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa' Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut).........”
(Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi. Al-Tirmizi berkata ia hadis sahih.)


Video propaganda zionis terhadap umat Islam melalui stick figures


Rujukan:

1. Pemuda Muslim dalam menghadapi cabaran masa kini: karya Abdullah Nasih Ulwan
2. Al-Munthalaq: karya Muhammad Ahmad al- Rasyid
3. Tanggungjawab Pemuda Islam Hari ini: karya Abul A’la Al-Maududi.
4. http://www.amconmag.com/article/2005/sep/26/00007/
5. Islamicthinkers.com

No comments:

Post a Comment

Paterikan nama anda di sini. Saya akan jejaki. Moga ikatan terus bersemadi..

Related Posts with Thumbnails