Bismillahirrahmanirrahim
Ketika saya dalam kerunsingan, bungkam memikirkan kelemahan diri dan ketiadaan semangat untuk belajar serta merudumnya keghairahan untuk berkhidmat kepada ilmu….
Saya terbaca satu artikel di dalam sebuah buku motivasi yang sempat kubawa dari Malaysia yang bertajuk Hidup Bukan Rahsia,fikirkanlah,! Karya Zabrina Abu Bakar…Saya adaptasi dan ringkaskan sedikit isi artikelnya:
Jika saya berjumpa dengan seseorang(iaitu diri saya sendiri) yang mempunyai karakteristik, kelakuan dan sikap seperti yang saya miliki itu, adakah saya sanggup mengahwininya?
Jika disuruh bertafaqur, merenung sejenak tentang kelakuan yang saya miliki ketika ini; dan bukannya kelakuan atau akhlaq yang ingin saya miliki di masa depan. Saya perlu menilai, memikirkan sikap dan tabiat yang saya miliki hari ini….sekarang…
Jika direnung lebih dalam…
Saya mula berfikir, adakah saya sanggup mengahwini diri saya sendiri?? Saya hairan apabila jawapan saya yang paling jujur adalah, ‘ye kot’ ataupun ‘mungkin’ dan bukannya ‘tentu sekali’ atau ‘mestilah’..Dan kemudian saya bertanya kepada diri saya sendiri apakah yang perlu saya lakukan untuk menukar jawapan ‘mungkin’ itu kepada sudah ‘tentu’. Ya! Sudah tentu dengan memperbaiki diri kita. Berusaha melakukan perubahan. Transformasi..
Jika menggunakan soalan yang lebih sesuai bagi pemuda belia seperti saya, Adakah saya suka pelajar seperti saya? Mahukah saya menjadi kawan kepada orang seperi saya? Ataupun Sanggupkah saya menyayangi seseorang seperti diri saya sendiri. Ataupun Mahukah saya mempunyai anak seperti saya sendiri?
Jika difikirkan, jawapan-jawapan yang saya berikan bagi soalan-soalan tersebut memang menggelikan. Kerana hakikatnya saya hanyalah insan biasa yang mempunyai banyak kelemahan dan saya rasa tentu saya akan menjadi lebih baik jika saya dapat melakukan perubahan.
Itulah pentingnya untuk kita muhasabah, merenung tabiat dan kelemahan kita..
~itulah ertinya sebuah TAFAKUR KEHIDUPAN..
15 December 2009
Sanggupkah kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment