24 October 2009

Nukilan jiwa


Kelana Masih Jauh

“Qaaluu Alam takun Ardhullahiwasi’atan fatuhaajiru fiiha”
maksudnya:“Mereka(para malaikat)berkata bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu”An-nisa’:97

Entah dari mana ia bermula, bingkai waktu tidak menggambarkan titik mukaddimah musafir ini, sebuah musafir cinta~
Kerana cintaku kepada Allah aku bermusafir,melihat,bertafaqur tentang kebesaranNya, kerana cintaku pada ilmulah aku mengembara jauh. Juga kerana cintaku pada umat, aku berkelana sejauh ini. 9 bulan aku di sini, namun, aku masih terkapai-kapai kesesatan di lautan ilmu, mencari arah tuju,panduan dan bantuan.

ke manakah destinasiku??
Jauh lagikah?
Sebuah destinasi yang masih kelam ini tentunya penghujungnya hanya kematian yang sentiasa makin hampir.

Tuntutlah ilmu dari buaian hinga ke liang lahad....

Kerana hanya kematian yang memisahkan kita antara dunia dan akhirat. Begitu jugalah dengan amal. Amal dunia dan akhirat tiada pemisahnya kecuali niat. Amal dunia akan dinilai oleh Allah sebagai amal akhirat apabila kita melakukannnya sesuai dengan tuntutan agama dan niat ikhlas beribadah kerana Allah. Dan sejak itulah, aku yang baru lagi dalam menjadi hamba kepada ilmu Allah, sentiasa berusaha untuk mengikhlaskan niat, tidak kira ilmu agama atau akademik, niatnya hanya kerana Allah, moga Allah memberi ganjaran kepada kita sebagai khadimul’ilm(orang yg berkhidmat kepada ilmu) dan talibul’ilm(penuntut ilmu).

Dan moga diberi hidayah agar menjalankan tanggungjawab kepada ilmu itu sebaik-baiknya, tanggungjawab yang sangat berat sebenarnya, bersungguh dengan ilmu, beradab dengan ilmu, mengamalkan ilmu, menyampaikan ilmu, berdisiplin dengan ilmu dan seterusnya...
Sanggupkah aku??


MASA

Abdullah ibn abbas meriwayatkan yang Nabi Muhammad SAW berkata: “ Kebanyakan manusia kehilangan dua rahmat iaitu kesihatan dan masa untuk melakukan kebaikan.” –Bukhari
Yang menjadi milik kita hanyalah masa; malah orang yang tidak memiliki apa apa memilikinya- Baltasar Gracian

Ya...
Aku bungkam memikirkan tentang pengurusan masaku...kelas masih belum bermula..
Aku risau, masaku kosong....sesungguhnya aku berada dalam kerugian!
Aku hanya memiliki masa, namun tidak pandai menggunanya?? Alangkah ruginya....
Aku mengejar masa?? Tidak!
Aku perlu berlari bersama-sama dengan masa....
Jom isi masa sebaik-baiknya...
Tapi bagaimana?

erkk..

KELIRU??

Macam mana ni?? Nak ambil kuliyah medic ke ushuludin, Syariah, lughah, dakwah atau dirasat Islamiyah?
Perlu set dari sekarang....
Kalau nak ambil medic kena belajar bidang sains lebih sikit,,
Kalau agama, kena belajar bidang agama banyak sikit, x ada pelajaran sains...
Lepas tu nak ambil pecahan agama yang mana satu?? Syariahkah?? Atau Dirasat Islamiyah?? Atau......
Erghhh...
Banyak Ustaz dah aku minta saranan, apatah lagi ibu bapa....Namun...
Ada sesiapa boleh bantu??
Sekarang ni hanya Allah tempat meminta bantuan..

Istikharah....
*************************************************************

Ya Allah kuatkan cintaku kepadaMU sebagaimana kuatnya cinta Para Nabi dan Sahabat RasulMU..
Ya Allah, Penuhilah jiwaku dengan cahaya cintaMU,
Ya Allah lindungi aku dari kemurkaanMU , redhailah aku,
Ya Allah Ikhlaskanlah hatiku,

Tiada sebarang daya untuk melakukan kebaikan dan tiada upaya meninggalkan kejahatan kecuali dengan petunjuk,cahaya hidayahMu....

“Sekiranya aku menyembahMu kerana aku menginginkan syurgaMu, maka masukkanlah aku ke nerakaMU
Sekiranya aku menyembahMu kerana takut akan nerakaMu, maka masukkkanlah aku ke dalamnya”.-
doa rabiatul adawiyah
Kerana aku hanya ingin beribadah keranaMu.Menuntut ilmu keranaMu...
Hanya keranaMu.....

1 comment:

  1. Kita menghadapi situasi yang sama. Moga Allah permudahkan~ moga link ini membantu serba serbi http://senikehidupan.wordpress.com/2010/04/28/episod-159-pilihan-yang-memeningkan/

    Apa yang penting, jangan ceburi suatu ilmu kerana minat semata2. Kelak akan hilang jua minat itu jika dilanda sedikit angin ribut taufan. Untuk pilih yang terbaik, banyakkan istikharah dan berusaha untuk mengkaji. Pilih dan moga terus istiqamah. Yakin. Selamat maju jaya kepada penulis. Wassalam

    ReplyDelete

Paterikan nama anda di sini. Saya akan jejaki. Moga ikatan terus bersemadi..

Related Posts with Thumbnails