19 December 2009

HIJRAH

Bismillahirrahmanirrahim


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu. (Bukhari & Muslim)

Firman Allah :


والذين ءامنوا وهاجروا وجــهدوا فى سبيل الله والذين ءاووا ونصروا أولئك هم المؤمنون حقا لهم مغفرة ورزق كريم

Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia(Al-Anfal:74)



قال الرسول : المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ - رواه البخاري وأبو دأود والنسائي

Maksudnya: Seorang muslim ialah orang yang menyelamatkan saudaranya muslim yang lain melalui lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah daripadanya.


Muhasabahlah..Hijrahlah..Berubahlah..
Pertama sekali mari kita sama-sama betulkan niat,kita berhijrah hanya kerana Allah, melamar keredhaannya dan mengikut qudwah RasulNya.
Sempena menghayati perjuangan hijrah Rasullullah dan para sahabat, sama-sama kita berusaha meningkatkan amalan,iman dan akhlaq.
Kerana dengan adanya hijrahlah Islam berkembang.
Dengan adanya hijrahlah Islam masih kekal sehingga sekarang..
Dengan pengorbanan merekalah kita dapat merasai kelazatan nikmat Iman dan Islam..
Ayuh sama-sama bina dan tanam azam baru di tahun baru ini..


Sedikit petikan menarik dari halaqah.net





"Antara pengajaran penting yang dapat kita ambil daripada Hijraturrasul s.a.w ialah erti persaudaraan yang sebenar yang ditanam dalam diri umat Islam sehingga perpecahan dan perbalahan sesama sendiri antara penduduk asal Madinah Aus dan Khazraj dapat diselesaikan serta persaudaraan antara anak tempatan Madinah yang dipanggil Ansor dengan umat Islam yang berhijrah dari Mekah yang digelar Muhajirin dapat disatukan dengan baik atas dasar Islam.

Apabila Islam dijadikan pegangan utama maka segala masalah dapat diselesaikan termasuk membuang sikap dendam dan bermusuh serta hasad dengki yang membahayakan.

Kita dapat saksikan melalui catatan sejarah di mana bangsa arab Madinah yang terdiri daripada 2 suku bangsa yang berpengaruh iaitu Aus dan Khazraj berbalah sesama sendiri yang menyebabkan golongan yahudi yang merupakan penduduk minoriti Madinah pada masa itu dapat hidup senang dan menguasai ekonomi Madinah.

Yahudi mengambil kesempatan atas perbalahan itu di mana satu golongan yahudi memberi bantuan kepada Aus dan satu golongan yang lain memberi bantuan kepada Khazraj. Yahudi telah menjual senjata kepada golongan yang berbalah ini yang menyebabkan mereka dapat mengaut keuntungan di atas perpecahan orang lain.

Oleh itu menjadi suatu yang tidak pelik apabila zionis yahudi pada hari ini menggunakan kuasa besar terutama Amerika Syarikat dalam menjajah bumi umat Islam di mana musuh Islam ini tidak berjaya melakukan penjajahan baru melainkan dengan mewujudkan perpecahan di kalangan umat Islam dengan meniup kembali semangat asobiyyah.

Bumi Afghanistan diranapkan selepas umat Islam berpecah dari dalam dan luar negara. Begitu juga Iraq berjaya ditakluki setelah hancurnya kesatuan umat Islam. Malah hukuman gantung terhadap Saddam Husin bekas Presiden Iraq merupakan antara usaha dalam menambahkan lagi permusuhan antara umat Islam yang sedia bertelagah sesama sendiri.

Berlakunya peperangan membolehkan musuh Islam menjajah dan menjual senjata mereka untuk mengaut sebanyak mungkin keuntungan. Tindakan zionis yahudi memberi sokongan terhadap Parti Fatah yang telah kalah sebelum ini dalam pilihanraya Palestin untuk menggulingkan kerajaan HAMAS merupakan antara usaha musuh Islam itu bagi memastikan Israel terus selamat daripada sebarang penentangan.

Akhirnya musuh Islam bersorak riang atas perpecahan umat Islam, menjajah setelah kita berpecah, mengaut keuntungan atas perbalahan sesama sendiri yang tidak berkesudahan. Jika Rasulullah s.a.w berjaya membuang semangat asobiyyah dan menangani masalah perpecahan sesama sendiri dengan menjadikan Islam sebagai asas perpaduan maka umat Islam hari ini pun wajib kembali kepada ajaran Islam yang sebenar agar kesatuan kita semakin rapat dan kuat sehingga musuh tidak lagi berani memperkotak-katikkan kita sesuka hati mereka"....



No comments:

Post a Comment

Paterikan nama anda di sini. Saya akan jejaki. Moga ikatan terus bersemadi..

Related Posts with Thumbnails