25 April 2011

Let Us Recharge Our E-man

Bismillah..

"Marilah kita duduk untuk beriman sejenak"
- berkata Muadz bin Jabal mengingatkan sahabatnya

"Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak-balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak"
- berkata Ibnu Rawahah kepada Abu Darda' sambil memegang tangannya.

Begitulah rutin para sahabat Nabi yang senantiasa ingat-mengingati tentang iman. Sedangkan iman mereka sangat jauh bandingnya dengan kita. Iman para sahabat Nabi telah mencapai tahap kesempurnaan yang mana apabila dinampakkan syurga dan neraka di hadapan mereka, nescaya iman dan keyakinan mereka tidak akan meningkat mahupun berubah. Radhiallahuanhum.

Itu para sahabat. Bagaimana pula dengan kita yang masih cacat imannya ini?

Bateri yang kong perlukan charger. Begitu juga iman.

Manusia boleh bersungguh-sungguh berusaha menuntut ilmu, berusaha mencari rezeki, berusaha mendapat kemegahan dunia, tetapi untuk perkara sepenting iman, tak ingin berusaha meningkatkannya? Tak ingin berfikir tentangnya walau seketika?

Iman Meningkat dan Menurun

Graf Iman: Iman kita sepatutnya begini.
Al-Imam Abu Hanifah dan sebahagian ulama ilmu kalam berpendapat bahawa iman tidak meningkat mahupun menurun.

Manakala jumhur(majoriti) ulama antaranya Imam Bukhari dan Imam Burhanuddin Al-Laqqani(penulis matan Jauharah Tauhid) berpendapat bahawa Iman itu meningkat dan menurun.

Lalu Al-Imam Fakhrurrazi menyimpulkan bahawa masalah khilaf dalam hal ini adalah perbezaan dari sudut lafaz sahaja. Ini kerana ulama yang mengatakan iman itu tidak meningkat dan tidak menurun adalah disebabkan penafsiran mereka bahawa iman itu adalah 'tasdiq' yakni keyakinan di dalam hati.

Sebaliknya ulama yang mengatakan bahawa iman itu meningkat dan menurun adalah kerana mereka menafsirkan iman itu 'tasdiq bil a'mal' yakni keyakinan yang diiringi dengan amalan.

Maka saya sangat tertarik untuk berkongsi tentang kata-kata Imam Nawawi yang indah dan bernas dalam merungkai bab ini:

"Iman adalah ibarat Matahari yang keterikan cahayanya berubah-ubah mengikut litupan awan yang bergerak dan ketebalannya. Jika ada awan yang menghalang matahari, maka cahayanya akan redup."

Ya. Iman memang tidak akan berubah seperti tidaknya Matahari kerana kita memang tetap meyakini dengan keenam-enam rukun iman. Tetapi cahaya iman akan pudar dengan awan-awan gelap noda dan maksiat, yang mana menyebabkan cahaya iman itu tidak sampai ke seluruh anggota badan untuk kita beramal. Sebaliknya jika kita tidak bermaksiat dan sentiasa membersihkan iman dengan zikir dan Al-Quran, maka cahayanya akan tetap terpancar menyilaukan..

Iman Umpama Bateri

Setiap insan pasti akan berasa kekurangan tenaga, letih dan penat. Kita mengumpul kembali tenaga jasmani kita dengan makan, minum, rehat dan tidur. Kita umpama mengecas jasad kita dengan tidur. Tiada manusia yang mampu hidup tanpa tidur.

Soalnya, jika jasmani kita perlu dicas, bagaimana pula dengan rohani kita? Iman kita? Bahkan rohanilah yang patut diberikan lebih keutamaan dan penjagaan. Tanpa kekuatan tenaga rohani, hidup akan menjadi gundah, jasmani akan bekerja tanpa ketenangan dan kebahagiaan.

Iman adalah ibarat bateri dalam diri insan untuk menghidupkan enjin amal. Jika bateri kita tidak dicas, maka kekuatan kita untuk melakukan amal ibadah akan menjadi lemah.

Justeru orang yang benar-benar beriman akan sentiasa memastikan bateri dirinya dalam keadaan yang stabil.

Jadi, apakah charger nya?

Charger E-man



Rasulullah ada bersabda tentang cara untuk kita recharge kembali iman kita dalam hadis daripada Abu Hurairah:

Baginda bersabda, "Perbaharuilah iman kalian!"

Para sahabat bertanya, "Bagaimana untuk kami perbaharui iman kami Ya Rasulallah?"

Rasulullah menjawab, "Perbanyakkanlah kalian menyebut 'La Ilaha illallah'"

(HR Imam Ahmad dengan sanad hasan)

Begitu juga dengan membaca Al-Quran, berzikir, memikirkan dan sering berbicara tentang kebesaran Allah, berbicara tentang hari akhirat dan doa..

Apa kita tunggu lagi? Jom cas.. La Ilaha illallah 100x.. =)

Mari Mencapai Kesempurnaan Iman


{إنما المؤمنون الذين إذا ذكر الله وجلت قلوبهم وإذا تليت عليهم آياته زادتهم إيمانا وعلى ربهم يتوكلون}


"Sesungguhnya orang-orang yang (sebenar-benar)beriman ialah mereka yang apabila disebut nama Allah bergetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka, dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal."{Al-Anfal:2}

Begitulah tahap kesempurnaan iman yang ada dalam diri para sahabat. Sehinggakan apabila terdengarnya nama Allah dalam seruan azan 'Allahuakbar', bergetar hati mereka, lalu dengan segera terus ke rumah Allah tanpa berlengah-lengah.

Bahkan apabila mereka membaca Al-Quran, bertambah-tambah iman mereka sehingga menyebabkan mereka tidak tidur malam dengan tangisan dan pembacaan Al-Quran seperti mana kita tahu bahawa Sayyidina Uthman pernah mengkhatamkan Al-Quran hanya dalam satu rakaat!

Mereka bukan malaikat mahupun Nabi, tetapi mereka hanyalah insan biasa seperti kita.

Justeru, mari kita sama-sama mencontohi mereka, tingkatkan iman kita dengan banyak berzikir, menyebut kalam-kalam dan berbicara tentang keagungan Allah 'Azza wajalla..

Semoga Allah kurniakan kita hakikat iman yg mana jiwa kita bergetar apabila mendengar setiap kalam-kalam Allah..Ameen.

Akhir kalam, setiap abjad dan kalimah yang saya tulis adalah untuk saya sendiri yang tidak stabil imannya ini pertamanya, dan saya berkongsi dan mengajak kalian untuk sama-sama tingkatkan iman kita atas dasar menuju kesempurnaan iman. Ya, kerana saya mencintai kalian. =)


"Tidak beriman(dengan sempurna) setiap daripada kamu sehingga dia mencintai dan mengasihi saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri" -Rasulullah S.A.W.(Muttafaq 'alaih)
Pastikan Iman kita stabil dan sentiasa berusaha mencapai tahap iman 100%

5 comments:

  1. Bismillah.

    Alhamdulillah, bermuhasabah kembali..

    ReplyDelete
  2. Mengguna gambar yang dicuri daripada blog orang lain tanpa kebenaran and tanpa kredit kepada pemilik, haram.

    ReplyDelete
  3. Tuan, saya jumpa digoogle dan telah diedit sendiri...jika jumpa di blog orang lain pun, mungkin mereka yang mengambil dari sini. Bagaimanapun, gambar yang tiada kaitan dengan peribadi(gambar wajah orang) tidak mengapa digunakan dan dipaparkan kembali. Hakikatnya, hati-hati dalam menghalal haramkan sesuatu tanpa ilmu, kerana yang mengharamkan sesuatu itu hanya Allah... mempamerkan gambar hiasan pun dikira mencuri, sedangkan ianya diambil dari tempat waqaf iaitu encik google.. lagipun di atas semuanya kartun, bukan gambar fotografi.

    ReplyDelete
  4. salam, akh

    ana copy entri nie dan kreditkan kepada enta

    ReplyDelete

Paterikan nama anda di sini. Saya akan jejaki. Moga ikatan terus bersemadi..

Related Posts with Thumbnails