24 October 2009

Nukilan jiwa


Kelana Masih Jauh

“Qaaluu Alam takun Ardhullahiwasi’atan fatuhaajiru fiiha”
maksudnya:“Mereka(para malaikat)berkata bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu”An-nisa’:97

Entah dari mana ia bermula, bingkai waktu tidak menggambarkan titik mukaddimah musafir ini, sebuah musafir cinta~
Kerana cintaku kepada Allah aku bermusafir,melihat,bertafaqur tentang kebesaranNya, kerana cintaku pada ilmulah aku mengembara jauh. Juga kerana cintaku pada umat, aku berkelana sejauh ini. 9 bulan aku di sini, namun, aku masih terkapai-kapai kesesatan di lautan ilmu, mencari arah tuju,panduan dan bantuan.

ke manakah destinasiku??
Jauh lagikah?
Sebuah destinasi yang masih kelam ini tentunya penghujungnya hanya kematian yang sentiasa makin hampir.

Tuntutlah ilmu dari buaian hinga ke liang lahad....

Kerana hanya kematian yang memisahkan kita antara dunia dan akhirat. Begitu jugalah dengan amal. Amal dunia dan akhirat tiada pemisahnya kecuali niat. Amal dunia akan dinilai oleh Allah sebagai amal akhirat apabila kita melakukannnya sesuai dengan tuntutan agama dan niat ikhlas beribadah kerana Allah. Dan sejak itulah, aku yang baru lagi dalam menjadi hamba kepada ilmu Allah, sentiasa berusaha untuk mengikhlaskan niat, tidak kira ilmu agama atau akademik, niatnya hanya kerana Allah, moga Allah memberi ganjaran kepada kita sebagai khadimul’ilm(orang yg berkhidmat kepada ilmu) dan talibul’ilm(penuntut ilmu).

Dan moga diberi hidayah agar menjalankan tanggungjawab kepada ilmu itu sebaik-baiknya, tanggungjawab yang sangat berat sebenarnya, bersungguh dengan ilmu, beradab dengan ilmu, mengamalkan ilmu, menyampaikan ilmu, berdisiplin dengan ilmu dan seterusnya...
Sanggupkah aku??


MASA

Abdullah ibn abbas meriwayatkan yang Nabi Muhammad SAW berkata: “ Kebanyakan manusia kehilangan dua rahmat iaitu kesihatan dan masa untuk melakukan kebaikan.” –Bukhari
Yang menjadi milik kita hanyalah masa; malah orang yang tidak memiliki apa apa memilikinya- Baltasar Gracian

Ya...
Aku bungkam memikirkan tentang pengurusan masaku...kelas masih belum bermula..
Aku risau, masaku kosong....sesungguhnya aku berada dalam kerugian!
Aku hanya memiliki masa, namun tidak pandai menggunanya?? Alangkah ruginya....
Aku mengejar masa?? Tidak!
Aku perlu berlari bersama-sama dengan masa....
Jom isi masa sebaik-baiknya...
Tapi bagaimana?

erkk..

KELIRU??

Macam mana ni?? Nak ambil kuliyah medic ke ushuludin, Syariah, lughah, dakwah atau dirasat Islamiyah?
Perlu set dari sekarang....
Kalau nak ambil medic kena belajar bidang sains lebih sikit,,
Kalau agama, kena belajar bidang agama banyak sikit, x ada pelajaran sains...
Lepas tu nak ambil pecahan agama yang mana satu?? Syariahkah?? Atau Dirasat Islamiyah?? Atau......
Erghhh...
Banyak Ustaz dah aku minta saranan, apatah lagi ibu bapa....Namun...
Ada sesiapa boleh bantu??
Sekarang ni hanya Allah tempat meminta bantuan..

Istikharah....
*************************************************************

Ya Allah kuatkan cintaku kepadaMU sebagaimana kuatnya cinta Para Nabi dan Sahabat RasulMU..
Ya Allah, Penuhilah jiwaku dengan cahaya cintaMU,
Ya Allah lindungi aku dari kemurkaanMU , redhailah aku,
Ya Allah Ikhlaskanlah hatiku,

Tiada sebarang daya untuk melakukan kebaikan dan tiada upaya meninggalkan kejahatan kecuali dengan petunjuk,cahaya hidayahMu....

“Sekiranya aku menyembahMu kerana aku menginginkan syurgaMu, maka masukkanlah aku ke nerakaMU
Sekiranya aku menyembahMu kerana takut akan nerakaMu, maka masukkkanlah aku ke dalamnya”.-
doa rabiatul adawiyah
Kerana aku hanya ingin beribadah keranaMu.Menuntut ilmu keranaMu...
Hanya keranaMu.....

Sambung Bacaan>>>

03 October 2009

Hiwayati: Santai dgn Nasyid


Daripada mengisi masa lapang kita dengan berkaroke tak tentu arah ataupun mendengar musik2 yang tiada manfaat dan pastinya merosakkan minda dan hati, elok kita mendengar Nasyid yang menyucikan kalbu dengan alunan dan nada yang indah dan Islami.

Namun seorang pencinta Nasyid memang tidak puas betul kalau hanya setakat nak mendengar saja..

Saya mesti buat lebih dari itu.~buat nasyid sendiri~:D

Adik pertama saya pula rupanya ada mempelajari nasyid percussion. Dia juga sering mewakili sekolahnya dalam pertandingan-pertandingan sebagai percussionist..Saya pun terus bercadang nak ajaknya buat lagu sendiri..kemudian album..hehe..

Kebetulan sewaktu di Mesir, betul-betul di hadapan bilikku tinggalnya seorang ustaz yang telah lama berkecimpung dalam bidang ni~ustaz taha Hassan. Beliau juga pernah berduet dengan In-team dalam satu lagu daripada album terbaru mereka berjudul As-syafiie.
Suatu hari nanti saya mesti berguru dengan beliau, sebab bernasyid ni perlu ada guru, bukan senang nak bernasyid, kene jaga pitcing la, tempo, dan macam-macam lagi.

3 minggu bercuti di Malaysia memang ingin kuambil peluang ini untuk berduet dengan adikku. Namun waktu tidak mengizinkan, dia sangat sibuk membuat persediaan Peperiksaan PMR. Namun saya masih ingat, pernah suatu ketika saya berduet dengannya, lagu berjudul ,’Nostalgia’..Seperti biasa dia akan mengetuk yankee(sejenis percussion) dan saya akan nyanyi..

Sering juga saya mengisi masa lapang saya dengan bernasyid secara acapella(tanpa percussion) kombinasi solo dan harmoni adikku. Seperti lagu kegemaran kami ‘Hasbi Rabbi’

Hasbi rabbi jallallah..
Ma fi qalbi ghairullah..
Nur Muhammad Sallallah..
La ILaha illAllah..


Menghayati lagu ini membuat jiwa kita 'membangun' lagi menyucikan.

Mengisi masa lapang ataupun menjadikan Nasyeed sebagai hobi memang seronok..Berani? Cubalah...

Sambung Bacaan>>>

02 October 2009

Mukjizat Abad 20

Ingin sangat nak kongsi perkara ni…

Ketika ayah yang menjadi perserta Persatuan Ulama Malaysia(PUM) pergi ke Aceh bersama rombongan, untuk menyelesaikan sedikit masalah umat, ayah sempat membelikan sebuah buku yang sederhana tetapi menakjubkan untuk di bawa pulang,lalu menarik minatku untuk membacanya.


‘Mukjizat Abad 20, Doktor Cilik Hafal dan Faham Al-Quran’

Itulah judulnya.Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang kisah ini.

Ringkasnya, Sayyid Muhammad Hussein Tabataba’I,lahir pada 16/2/1991 di kota Qom, Iran. Ketika berusia 2 tahun, beliau di asuh bapanya tanpa paksaan selama 3 tahun untuk mempelajari Al-Quran.
Ketika berusia 5 tahun,Hussein telah menghafal 30 juz berserta terjemahannya. Beliau juga telah diuji di Hijaz College Islamic Unversity,Birmingham England dan telah mendapat Ijazah Doktor Honoris Causa (PHD)dalam bidang ‘Science of The Retention of The Holy Quran’ pada usia 5 tahun.

Bekata-kata dengan Al-Quran

Dalam usia 5 tahun,beliau sendiri sering berkata-kata dengan ayat-ayat Al-Quran sama ada di rumah atau di luar. Ketika beliau pulang dari England ke rumahnya di Iran, ramai yang datang ke rumahnya untuk bersoal-jawab, antara beberapa catatannya adalah:

Penyoal (P): Bagaimana ujian yang kamu lalui di England?

Hussein(H):”Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (94:6)

P: Buat apa engkau ke England?

H: “Hai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari tuhanmu”(5:67)[yang dimaksudkan Hussein adalah dia ke England untuk menyampaikan ayat-ayat Al-Quran].

P: Engkau belum lulus Sekolah Rendah, bagaimana mungkin boleh mendapat gelaran Doktor?

H: “Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikanNya kepada mereka”(3:170)[maksudnya semua itu adalah kurnia Allah].

P: bagaimana untuk kita menuntut ilmu?

H: “Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh(berjihad) untuk Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami” (29:69)[maksud Hussein, bila manusia berusaha mencari dengan bersungguh-sungguh, maka Allah akan membuka jalan ilmu baginya].

P: Jika seseorang menzalimi dan memukulmu, apa yang kau lakukan?

H: “Dan dalam qisas itu ada hidup bagimu”(2:179)[maksudnya,Hussein akan membalas pukulan itu]

P: Bila engkau akan berkahwin?

H: (sambil tersenyum) “Dan apabila anak-anakmu telah sampai umur baligh, maka hendaklah mereka meminta izin”(24:59)[maksudnya, dia akan berkahwin jika umurnya sudah baligh].

Sambung Bacaan>>>

Paterikan nama anda di sini. Saya akan jejaki. Moga ikatan terus bersemadi..

Related Posts with Thumbnails