Saraf di mindaku tidak dapat mengenalpasti di mana pendahuluannya,tiada skop waktu yang tepat dalam memoriku. Namun kembara itu adalah titik permulaan penulisan ini.Usiaku sudahpun mencecah pertengahan belasan tahun. Tidak hairanlah seorang pemuda sepertiku dibayangi imaginasi,ilusi dan fantasi.Berazam ingin menjadi itu dan ini.Dan ketika itulah, ketika akal dangkalku masih disalut angan kasmaran, aku melangkau garis khatulistiwa merentas lautan ke timur laut benua Afrika. Cabaran,dugaan,kepayahan berputar-putar di benakku. Apakah bentuk cabaran yang bakal kuhadapi?? Namun aku yakin di sana ada sensasinya. Maka dengan burung besi itu, sengaja pergi seketika membawa diri ke bumi lain. Mindaku melakar sesuatu..
Unta-unta kafilah di tanah tandus,
Sahara kontang berpasir halus,
Lautan indah membawa angin segar,
Piramid bersejarah berdiri tegar,
Nil mengalir tiada hujungnya,
Bumi Anbiya’ sentiasa diberkatiNya.
Mesir..aku datang padamu, sambutlah aku dengan penuh berkah…..
Di kala pesawat mendarat, hatiku berdegup hebat,entah takjub,entah bahagia,ataupun gentar mendepani masalah yang mendatang. Aku terkedip-kedip, yang jelas saat itu statusku berubah. Daripada ‘anak watan’ kini bertukar ‘anak dagang’. Berdagang itu bukanlah suatu kerja,tetapi status baru bagi seorang tamu asing sepertiku,yang bakal ‘menumpang’ di tanah orang. Lantaran itu, kelana ini sudah kudasari dengan prinsip dan jati diri yang utuh. Aku sedar diri ini adalah insan mentah daripada segala cabaran dan pengalaman bahkan kehidupan. Hakikat tetap hakikat, ia menyatakan bahawa aku sedang membesar. Sudah pasti aku mahu mengerti apa sebenarnya erti kehidupan. Sudah tentu juga aku mahu faham apa yang dikatakan ‘berdikari’. Ku jejakkan langkah pertamaku ke tanah baru ini dengan lafaz Alhamdulillah…
MABRUK KEPADA PENULIS. MOGA ALLAH MUDAHKAN SEGALA URUSANMU.
ReplyDeletebarokallahu feek .. seeru `ala barokatillah :)
ReplyDeletekata abgku tatkala ku sbg musafir dr sa`udi ke mEsir cuti semester lps :
datang ke mEsir ini salah satu antara dua
..." datang ingin menjadi spt Nabi Musa `a.s atau datang ingin mengikut Fir`aun ..."
Robbuna faqqihna fid deen :)