05 May 2010

Perkongsian : My Final Exam!

Masjid Al-Azhar menjadi pusat ketenangan untuk bersendirian tika Imtihan menjelma

Bismillah.

Lega. Usai imtihan syafawi(lisan) yang mengecewakan pada 29/4 yang lalu, kini saya bakal 'dilanda' imtihan bertulis pula 9/5 ini.

Sangat menggerunkan!

Ini kali pertama saya menghadapi peperiksaan bertulis selama aku berada di sini. Moga Allah mudahkan.

Di sekolah saya, peperiksaan hanya ada sekali sahaja dalam setahun, tiada peperiksaan pertengahan. Hanya pada hujung penggal.

Berbeza dengan di Malaysia, di sini juga sesi persekolahan bermula pada sekitar bulan 10 dan berakhir pada bulan 6.

Jadi, Peperiksaan yang bakal saya duduki akan menentukan samada saya berjaya untuk ke tahun seterusnya atau tidak. Lagipun, tahun depan adalah tahun terakhir di Maahad. Tak sabar rasanya ingin ke kuliah Al-Azhar.

Doakan saya semua!

Diharap selama saya tiada di alam maya ini, post-post yang lalu digali semula dan dimanfaatkan..


Jadual Imtihan ana yang menakutkan!

Sambung Bacaan>>>

Puisi : Oh Mentari

Kita lihat Matahari, sanggupkah kita berkorban sepertinya? Mengapa tidak!-picture by TenOfSwords from deviantArt-


Oh Mentari
Kuingin jadi laksanamu
Berbakti tanpa jemu

Oh Mentari
Kau berkorban membakar diri
Agar sejagat hidup tersinari

Oh Mentari
Tanpamu membahang
Tiadalah rembulan mengambang

Oh Mentari
Kau umpama guru
Tanpamu umat haru-biru

Oh Mentari
Tak pernah ingkar titah
Akur memuji Allah

Oh Mentari
Namamu As-syams tersimpan
Dalam kitab suci Al-furqan

Oh Mentari
Tak pernah pinta
Apa imbalan dari kita

Oh Mentari
Manusia kian berganda
Jasamu dibalas noda

Oh Mentari
Kau pingin sekali meledak
Meranap umat yang rosak

Oh Mentari
Kau berjasa
Pada cakerawala

Oh Mentari
Kau milik Yang Esa
Menanti waktu binasa

Oh Mentari
Terbitnya kau kerinduanku
Terbenamnya kau kegusaranku

Mari jadi seperti Matahari, yang banyak berjasa dan berkorban demi umat..

Nota: Saya tak pasti, ini boleh dikira puisi ke? haha, masih berlatih dan bertatih lagi... 

Sambung Bacaan>>>

Paterikan nama anda di sini. Saya akan jejaki. Moga ikatan terus bersemadi..

Related Posts with Thumbnails