Bismillah..
Seperti ulama'-ulama' dulu, daripada menceritakan kisah-kisah dongeng barat, lebih baik kita ceritakan kisah-kisah Islami untuk adik-adik kita..
Abu Laits As-samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyhur pada kurun ke-9 masihi. Antara karyanya yang sangat terkenal hingga kini adalah kitab Tanbihul Ghafilin(Peringatan bagi orang-orang yang lalai).Beliau berkata, suatu ketika dahulu ayahku pernah menceritakan padaku bahawa antara para nabi yang bukan Rasul, ada yang menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi pada suatu malam bermimpi diperintahkan Allah:
"Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat pada lima peristiwa yang engkau akan lihat dan hadapi, pertama: engkau makanlah. Kedua: engkau
sembunyikan. Ketiga: engkau terimalah. Keempat: jangan engkau putuskan harapan. Yang kelima: larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan yang pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh, sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan."
Demi menta'ati perintah Allah, maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur Alhamdulillah.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Namun anehnya tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahMu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung Helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku!"
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pahanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat
daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan lagi perjalanannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ karena tidak tahan menghidu bau yang menusuk hidungnya.
Setelah menempuhi kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya.
Pada malam itu, Nabi pun berdoa:
"Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintahMu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku ertinya."
Dalam mimpi, beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa:
"Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Yang kedua, semua amal kebaikan (budi), walau disembunyikan, ia tetap akan ternampak jua.
Yang ketiga, jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.
Keempat; jika seseorang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuk membantunya meskipun kau sendiri berhajat.
Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (mengumpat/gosip). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
Para pembaca yang dikasihi, kelima-lima peristiwa ini hendaklah kita semaikan pengajarannya dalam diri kita sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari...
smart
ReplyDeleteSay No To Backbiting! :)
ReplyDeletePernah dengar kisah ini. Nabi ini bukan tergolong dari 25 Rasul kah?
Ya, nabi ini tidak tergolong dalam 25 Rasul yang wajib kita ketahui dan imani itu..
ReplyDeletemabruk!!entry ni sangt bagus..
ReplyDeletesubhanallah!
ReplyDeleteinilah cerita yg paling aku suka dan sentiasa akan ingat. aku pernah baca dalam buku himpunan kisah2 sahabat tak silap...time kasih sebab mengingatkan :)
Kita kena marah pada tmpatnye kan. :)
ReplyDeleteTo :::KHALIFATULLAH::: : syukran =) moga tidak sekadar baca, tapi diaplikasi..
ReplyDeleteTo starsyeea: Ya, sama2.. pernah baca dlm buku kisah sahabat? mungkin ada terselit kot.. sebab ni kisah ulama salaf dan para nabi...moga bermanfaat.
To A.D.A.M.: yez, contohnya marah untuk mendidik.. tapi lebih elok tak marah langsung. Tahukan, Nabi kita tak pernah marah-marah..ada cara yang lebih baik daripada marah.. =)
masyaAllah.. cerita yang sangat2 bagus. dik kalau ada lagi cerita2 mcm ni adik share ek.. banyak yang akak tak tahu..
ReplyDelete