26 December 2010

Bencana 26 Disember: Sudah lupakah?

Bismillah..

Sebahagian dari kepulauan ini musnah dilanda bencana ngeri 26 Disember

Maaf sebab lambat post. Sebenarnya nak post semalam, tapi sebab kesibukan menghimpit, tertangguh sehari pun takpa lah.. 

Waktu tengah kelas pagi tadi, saya salin nota yang ustaz tulis kat papan hijau depan.. Tapi bila mana pen mencoret 26 Disember, saya terpaku...

Hari ni 26 Disember.. macam ada satu peristiwa penting... 

Apa ya?

Oh ya lah... takkan dah lupa kot!

Peristiwa dahsyat 6 tahun lalu....

Pada 26 Disember 2004 apakah yang berlaku?

Pada pagi selepas hari Krismas, ketika ramai yang masih bersuka ria menghabiskan cuti mereka, ketika ada yang membuat parti bogel di pantai-pantai, ketika ada juga yang masih terlena dalam dakapan pasangan tidak halal masing-masing(na'uzubillah)....Ketika itulah bala yang tak disangka-sangka menghancurkan mereka...dalam keadaan yang sungguh menyayatkan..

Ya...inilah tarikh di mana dunia dikejutkan dengan bencana ngeri Tsunami. Aceh merupakan yang terparah dan lebih 200 000 insan terkorban...Tsunami ini merupakan antara bencana yang terdahsyat dalam sejarah.

Mana boleh lupa tarikh ni...Lebih-lebih lagi sebab saya pernah ke sana setahun selepas Tsunami berlaku..

Biar saya kongsi sedikit pengalaman saya ketika ke Banda Aceh pada 2005..

Ketika itu saya baru habis peperiksaan UPSR apabila ayah saya mengajak saya untuk menemani beliau yang merupakan salah seorang tokoh yang bertanggungjawab untuk membangunkan semula negara Aceh sebagai negara Islam. 

Walaupun hampir setahun berlalu, Banda Aceh, kawasan paling parah ditimpa Tsunami ini tetap kelihatan menyedihkan. Bumi di sini masih punah. Mayat masih banyak bergelimpangan di jalanan hinggakan bila saja tingkap kereta di buka, bau meloyakan menusuk hidung. Hampir saja termuntah...

Sungguh ngeri dan menyedihkan. Seolah-olah baru semalam berlakunya Tsunami..Ini sudah setahun, saya tak boleh bayang bagaimana keadaan di sini pada awal-awal kejadian...

Tujuan kami adalah ke sebuah masjid yang dikatakan masih teguh berdiri sedangkan di sekelilingnya ranap dihancur badai Tsunami..

Jalanan masih banyak yang rosak dan ditutup kerana masih dibaik pulih.. Kesan bencana yang begitu dahsyat menyebabkan kerja-kerja baik pulih dan pembangunan semula mengambil masa yang lama..

Jadi kami terpaksa melalui jalanan yang masih rosak. Dengan kereta pacuan empat roda, jalan yang penuh dengan sisa-sisa Tsunami tetap kami rempuh..

Pokok-pokok yang tercabut dari akarnya, sisa-sisa rumah-rumah yang hancur, kenderaan-kenderaan yang tayarnya di atas, mayat-mayat, besi-besi bangunan dan harta benda yang telah musnah menghiasi pemandangan. Malah saya tergamam seketika apabila terlihat sebuah kapal yang besar berada jauh dari pantai..

Sayu.

Setelah berjam-jam lamanya, akhirnya saya sampai ke masjid yang sebelum ini hanya saya lihat di tv sahaja. Bagai tidak percaya. Benar-benar berlakukah bencana ini? Jika tidak mengapa saya sudah menjejak di sini kan...huhu

Saya pernah jejak masjid ni. Pengalaman yang tak terlupa~

Saya lihat sekeliling... benar-benar ngeri.. lebih ngeri dari yang saya bayangkan..lebih teruk dari yang terpapar di televisyen..

Walaupun sudah ada sedikit pembangunan dan perubahan, sekeliling masjid ini masih benar-benar bagai padang jarak pandang tekukur..

Subhanallah...Apabila Allah hendak menunjukkan kekuasaanNya, tiada yang mustahil, namun berapa ramai sangat insan yang berfikir? Kita malah terus membuat dosa, tidak mengambil iktibar atas bencana yang telah berlaku..

Begitulah...waktu kejadian, ramai yang lari ke rumah Allah selamat, kerana rumah Allah yang paling selamat...

Ketika semuanya ranap di serang badai yang mengganas
Rumah Sang Kuasa masih tersergam gah
Maka beruntunglah bagi sesiapa yang ambil iktibar
Apabila kuasa Allah jelas terserlah...

Jadi, mengapakah bala menggerunkan ini menimpa negara Islam seperti Aceh, tetapi bukan negara kafir seperti Amerika? Tidak adilkah Allah?

Saya nak cerita panjang lagi, dan nak kupas juga tentang hikmah di sebalik bencana ini sebenarnya... tapi masa tak mengizinkan...jadi, bagi sesiapa yang ada banyak masa, cubalah buat entri tentang persoalan ini...saya paskan kepada kalian..

insyaAllah kalau saya ada masa, saya sambung lagi...

Marilah sama-sama kita bertafakur insafi diri, muhasabah, ambil iktibar atas bencana menyayat hati ini dalam memperingati tragedi 26 Disember 2004 ini serta insan-insan yang tekorban dan yang kehilangan ahli keluarga...

Ya Allah, matikanlah kami dalam husnul khatimah dan janganlah Engkau matikan kami dalam su'ul khatimah..

Ameen...

Jangan pernah lupakan mereka..
Mari ambil iktibar supaya bencana yang menimpa mereka tidak menjadi sia-sia.. 


Nota tambahan: 
-Antara sebab saya tak dapar lupakan peristiwa ini juga adalah kerana saya berdarah Aceh..
-Sebenarnya banyak gambar waktu saya ke Aceh yang nak dikongsi, tapi semuanya tertinggal kat komputer di rumah saya di Tanah Melayu sana.. :(

7 comments:

  1. Berdarah aceh..

    Saya sudah jatuh hati

    :(

    ReplyDelete
  2. seronok dapat pergi ke kawasan bencana

    //cuma..xsuka bila gambar orang sedih atau menanges diambil. sebab seolah2 mengeksploitasikan kesedihan orang tu.. hurm~

    ReplyDelete
  3. Allah...Ana pun terlupa akhi azam. Terima Kasih Ya Allah kerana mengingatkan ana....

    ReplyDelete
  4. To Anony: Malangnya kalau sudah jatuh hati...huhu..

    To Thaaqhib: taklah seronok sangat, ngeri tu, tak boleh lupa..gambar2 di atas pun bukan saya yg ambil, cari kt internet ja sebagai hiasan...huhu..

    ReplyDelete
  5. Itulah. Kita, bila susah menangis. Bila tak susah, buat perangai selalu...

    ReplyDelete
  6. Salam azAm..

    TQVM for this reminder. Janganlah kita termasuk di dalam golongan:

    "Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya ..." (an-Nahl: 83)

    syukran juga tegur ana entri baru yang panjang. hehe

    +)

    ReplyDelete

Paterikan nama anda di sini. Saya akan jejaki. Moga ikatan terus bersemadi..

Related Posts with Thumbnails