27 July 2010

Wali Band: Bukan Kumpulan Muzik Biasa

Bismillah.

Wali Band: Mereka mempunyai cara tersendiri

Jika kumpulan Ungu dari Indonesia merupakan sebuah kumpulan muzik yang menyampaikan mesej-mesej Islam di dalam kebanyakan lagunya, kini Wali Band pula mengikut jejak langkah mereka dengan cara tersendiri. Mana tahu barangkali nama band mereka itu(Wali) diambil dari perkataan bahasa arab yang bermaksud rakan, pemimpin, ataupun orang yang dekat dengan Allah(yang biasanya digelar wali Allah).

Saya mula tertarik dengan kumpulan ini setelah mendengar sebuah lagu yang berjudul 'Aku Cinta Allah'. Sebelum itu, saya memang sering terdengar tentang kumpulan dari negara seberang ini, namun saya tidak berapa ambil peduli tentang mereka kerana menyangka mereka hanya sebuah kumpulan biasa-biasa seperti kumpulan-kumpulan muzik yang lain.


Lagu Aku Cinta Allah: Sedap dan Islami.

Pada hemat saya, muzik-muzik dan lagu-lagu pop lebih diminati ramai berbanding lagu-lagu nasyid. Lagu-lagu tentang cinta juga merupakan antara yang paling disukai ramai. Justeru, Wali Band ini mengambil kesempatan ini untuk turut berperang muzik dengan ahli muzik lain menggunakan bakat hebat yang mereka ada.

Bagi saya juga, mereka merupakan sebuah kumpulan muzik yang bagus kerana ada menyampaikan mesej-mesej agama di dalam lagu-lagu mereka. Walaupun jenis muzik seperti mereka kurang bagus untuk didengari orang Islam, namun saya rasa mereka mempunyai cara mereka tersendiri untuk menyampaikan agama.

Sesuai dengan arus kemodenan zaman ini, mungkin mereka mempunyai matlamat tersendiri melalui penglibatan mereka dalam industri muzik. Mungkin juga mereka mensasarkan para penggemar-penggemar muzik pop sebegini di kalangan remaja yang mana lebih ramai dari penggemar lagu-lagu nasyid untuk menyampaikan mesej agama melalui muzik.

Sepeti mana yang kita maklum, masyarakat juga boleh rosak dengan mendengar muzik-muzik yang tidak elok dan yang bukan-bukan. Lantaran itu, Wali Band ini mengambil langah untuk terjun dalam peperangan muzik ini untuk menumbangkan muzik-muzik yang merosakkan tersebut dengan cara tersendiri.

Wali Band kini mendapat tempat yang sangat luar biasa di kalangan penggemar muzik sama ada di Indonesia dan Malaysia. Kemasyhuran mereka itu semestinya memudahkan mereka untuk menyampaikan mesej-mesej yang baik dan bermakna di kalangan masyarakat.

Antara lagu-lagu mereka yang popular adalah lagu ‘Baik-baik Sayang’ dan ‘Tomat’(Tobat Maksiat). Lagu Baik-baik Sayang adalah antara lagu kesukaan saya. Lagu tersebut nampak seperti lagu cinta yang mengarut, namun sebenarnya lagu itu adalah lagu sedih tentang cinta suami dan isteri.

Saya harap band, ahli muzik dan para artis di Malaysia yang menceburi bidang muzik pop ini mencontohi Wali Band dalam menyampaikan hiburan berbentuk muzik daripada menyampaikan lagu-lagu yang mengarut dan tidak bermakna yang sering kita dengar kala ini.

2 comments:

  1. Salam,Nice post..anis pernah dengar jugak kumpulan wali band..tapi tak tahu pula lagu "aku cinta Allah"..baru jer hendak dengar ni..^_^

    ReplyDelete
  2. malaysia ada m nasir, akhil hayy, yasin, rabbani, mirwana dan ramai lagi. dengar lagu yasin, liriknya mendalam. tak semestinya perlu rancak. hati lembut dengar lagu tenang seperti bali daba - benammi dan maher zain. setakat pendapat peribadi -akak

    ReplyDelete

Paterikan nama anda di sini. Saya akan jejaki. Moga ikatan terus bersemadi..

Related Posts with Thumbnails