Bismillah.
Hari ini Azam tertarik untuk berkongsi tentang perbezaan hukum bersugi ataupun memberus gigi antara Imam As-Syafi'ie dan Imam Malik.
Menurut Imam As-Syafi'ie, hukum membersihkan mulut seperti membersihkan gigi setelah gelincirnya Matahari(waktu tengah hari/zohor) adalah 'Al-Karahah' yakni makruh(tak buat dapat pahala, buat tak dapat apa2 dosa atau pahala).
Pendapat Imam As-syafi'ie ini adalah berdasarkan hadis:
"Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada kasturi di sisi Allah S.W.T" (HR Muslim)
Cara Imam As-syafi'ie menggunakan hadis ini untuk menghukumkan al-karahah adalah, bagi beliau, oleh kerana ganjaran orang yang berpuasa ini sangat besar, iaitu bau mulutnya di sisi Allah lebih harum dari bau kasturi, maka makruh untuk kita mencuci mulut kita kerana menghilangkan bau busuk mulut yang di sisi Allah harum seperti di dalam hadis tersebut..
Sebaliknya Imam Malik pula berpendapat ianya adalah digalakkan dan sunnah!
Dalilnya pula adalah:
"Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada kasturi di sisi Allah S.W.T" (HR Muslim)
Sama bukan?
Huhu... Ya. Begitulah para fuqaha', barangkali dalil dan hujjahnya sama, tetapi cara istinbat dan kefahamannya berbeza..
Imam malik r.a pula berpendapat, jika mulut orang berpuasa yang berbau busuk pun di sisi Allah lebih harum dari bau kasturi, apatah lagi jika seseorang itu mencuci dan membersihkan mulutnya..lagi-lagilah jauh lebih wangi di sisi Allah..
Oleh yang demikian, mencuci mulut seperti menggosok gigi setelah gelincir Matahari adalah sunat ketika berpuasa dalam mazhab Maliki...
Jadi pendapat/ijtihad mana satu yang benar?
Kata ulama, dua-dua benar.. Kita boleh amalkan kedua-duanya, kerana sudah tahu dalil dan faktor hukumnya. Lagipun ini adalah masalah furu'(cabang), jadi tidak mengapa.. Seperti juga hukum niat puasa setiap hari atau sebulan penuh di bulan ramadhan yang berbeza antara Mazhab As-Syafi'ie dan Maliki..
MashaAllah, hebatkan ulama salafussoleh dahulu?
Azam nak jadi seperti mereka...hihi.. 'As-Syafi'ie sogheer' insyaAllah..
Salam Ramadhan dari Kaherah!!
^_^
assalammualaikum
ReplyDeletealhamdulillah..jelas dlm pnyampaiannya,syukan dik.
Salam Ramadhan Al Mubarak buat adik dari Bumi Malaysia.
Alhamdulillah,ilmu mari~~ :)
ReplyDeletemoga apa yang diimpikan tercapai dik,ameen ya rabb.