22 January 2010

Setahun itu Sesaat

22/1/2009 hingga 22/1/2010

Bismillah.

Tidak ku sedari keberadaanku di Mesir menggapai genap sepusingan bumi mengelilingi matahari.
pantasnya bukan secepat kelipan mata, bahkan belum pun sempat memejamkan mata,
tahun kedua mula terbit. huh?

Masih lagi terjunam dalam gaung kejahilan.
Masih lagi sinonim antara dahulu dan sekarang.
Masih tiada perubahan, tiada peningkatan.

Aku berazam menjadi azam yang baru,tetapi apa jadinya?



masih lagi dalam kegelitaan kelemahan. Tiada pembaikan.
penulisan masih serabut,bosan dan tiada sentuhan.

mungkin ketiadaan pembelajarannya atau pun kekurangan latihannya?
dengan siapa aku ingin mohon tunjukkan? Tiada...
memang diri sendiri perlu berupaya mencubanya..
lagi dan lagi..
Sehingga Ianya berhasil..

Aku mendapat semangat~

Tunggulah Para Pembaca sekelian, Aku tak akan kecewakan kalian!
Aku akan kembali dangas nafas baru. Nantikan.


Imtihan Tahriri Lil iltihaq bi sufuf al-marhalah assanawiyyah(13Feb - 17Feb)
Peperiksaan Subjektif Kelayakan Kemasukan Kelas Peringkat Menengah Atas

Peperiksaan ini khas untuk mereka yang ingin loncat kelas..

Hmm,
 

Perkara meloncat kelas ini memang lazim di Maahad-Maahad Mesir, oleh kerana para pelajarnya yang pelbagai peringkat umur, tua dan muda, ada di antara mereka yang tidak cukup syarat atau dokumen untuk ke Jamiah Al-Azhar, maka menjadikan Maahad/Sekolah Menengah untuk mendapatkan syahadah(sijil) lalu memenuhi cita-cita mereka yang mencintai ilmu. Untuk belajar di gudang ilmu Al-Azhar. Justeru, mereka dibolehkan mengambil Peperiksaan loncat untuk mempercepat tempoh mereka untuk ke Universiti, yang paling sekejapnya setahun.

Peperiksaan ini akan menentukan tempoh keberadaanku di Mesir, kerana, dengan adanya peperiksaan ini, aku akan loncat kelas, loncat 2 tahun. jd, lebih singkat tempoh untukku menjejak ke menara gading Al-Azhar..mgkn satu atau dua tahun lagi. InsyaAllah..

Walaupun tidak wajib, kerana merupakan peperiksaan ikhtiari(pilihan), aku perlu mencubanya. Mana tahu rezeki..


Doakanku berjuang walaupun tidak berbekal,
mnjawab soalan peperiksaan yang merungsingkan,
Kesukaran lazimnya memang tidak dapat disangkal,
Namun ku mencuba menempuhnya dengan kudrat yang tersimpan..




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini








Sambung Bacaan>>>

21 January 2010

The aRRiVaLs

Bismillah+ Assalamualaikum.

Dunia kini..

semakin lemah dan nyayuk, parah dan hampir nazak..

Bumi sudah tidak tahan lagi, menahan sabar untuk menghukum manusia.

Apabila tiba waktunya, tiada yang dapat mengelak, tiada lagi pintu maghfirah,

Apakah kita masih bergembira dengan telah jelasnya tanda-tanda Hari Kemusnahan itu?

Ianya tidak lama lagi..

Petandanya sudah jelas.

Apabila manusia berlumba2 membina pencakar langit..
Apabila Al-Quds yang sudah hampir musnah tidak dihiraukan..
Apabila kaum kuffar berjaya mencapai matlamat mereka..
...Rancangan yang sekian lama bertakhta,
menyuntik virus
yang sangat dahsyat kepada umat Islam.


Dan, apabila Al-Masih Dajjal Laknatullah muncul, apakah persiapan kita?

Kita memang manusia alpa...
Moga kita sedar bahawa betapa Dahsyatnya fitnah Dajjal.
Bersedialah!

~The Arrivals~
Namanya

Video-video 52 siri, setiap satunya 8 hingga 10 minit, mengkhabarkan tentang anasir-anasir licik Yahudi selama ini, Membongkarkan tentang organisasi rahsia mereka yang mengawal dunia, kemunculan Imam Mahdi, Al-Masih Dajjal, misteri2 piramid dan kaitannya dengan Dajjal dan sebagainya.



Video yg dibuat oleh org sekumpulan orang barat yg beragama Islam. Video tersebut menggunakan bahasa Inggeris, tetapi atas jasa sahabat saya, telah dibuat subtitle bahasa melayu, khas bg mreka yg kurang faham bahasa Inggeris.

Antara tajuk2 nya~ New World Order, Musical Sorcery, UFO phenomena, The temple of Solomon,Why satanism is practiced by our leaders, The Arrival Of dajjal, Hollywood and the promised land, The media and Islam, dan banyak lagi. Sila ke
http://www.mediafire.com/Fr33DoMFighT3Rz untuk download(pilih folder ketiga)
dan cari di laman sheikh 'you tube' untuk sekadar menonton. Moga disebarkan.

Mudah-mudahan Allah meredhai dan memberi taufiq untuk kita amalkan dan sampai2kan.Ameen



Sambung Bacaan>>>

19 December 2009

HIJRAH

Bismillahirrahmanirrahim


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu. (Bukhari & Muslim)

Firman Allah :


والذين ءامنوا وهاجروا وجــهدوا فى سبيل الله والذين ءاووا ونصروا أولئك هم المؤمنون حقا لهم مغفرة ورزق كريم

Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia(Al-Anfal:74)



قال الرسول : المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ - رواه البخاري وأبو دأود والنسائي

Maksudnya: Seorang muslim ialah orang yang menyelamatkan saudaranya muslim yang lain melalui lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah daripadanya.


Muhasabahlah..Hijrahlah..Berubahlah..
Pertama sekali mari kita sama-sama betulkan niat,kita berhijrah hanya kerana Allah, melamar keredhaannya dan mengikut qudwah RasulNya.
Sempena menghayati perjuangan hijrah Rasullullah dan para sahabat, sama-sama kita berusaha meningkatkan amalan,iman dan akhlaq.
Kerana dengan adanya hijrahlah Islam berkembang.
Dengan adanya hijrahlah Islam masih kekal sehingga sekarang..
Dengan pengorbanan merekalah kita dapat merasai kelazatan nikmat Iman dan Islam..
Ayuh sama-sama bina dan tanam azam baru di tahun baru ini..


Sedikit petikan menarik dari halaqah.net





"Antara pengajaran penting yang dapat kita ambil daripada Hijraturrasul s.a.w ialah erti persaudaraan yang sebenar yang ditanam dalam diri umat Islam sehingga perpecahan dan perbalahan sesama sendiri antara penduduk asal Madinah Aus dan Khazraj dapat diselesaikan serta persaudaraan antara anak tempatan Madinah yang dipanggil Ansor dengan umat Islam yang berhijrah dari Mekah yang digelar Muhajirin dapat disatukan dengan baik atas dasar Islam.

Apabila Islam dijadikan pegangan utama maka segala masalah dapat diselesaikan termasuk membuang sikap dendam dan bermusuh serta hasad dengki yang membahayakan.

Kita dapat saksikan melalui catatan sejarah di mana bangsa arab Madinah yang terdiri daripada 2 suku bangsa yang berpengaruh iaitu Aus dan Khazraj berbalah sesama sendiri yang menyebabkan golongan yahudi yang merupakan penduduk minoriti Madinah pada masa itu dapat hidup senang dan menguasai ekonomi Madinah.

Yahudi mengambil kesempatan atas perbalahan itu di mana satu golongan yahudi memberi bantuan kepada Aus dan satu golongan yang lain memberi bantuan kepada Khazraj. Yahudi telah menjual senjata kepada golongan yang berbalah ini yang menyebabkan mereka dapat mengaut keuntungan di atas perpecahan orang lain.

Oleh itu menjadi suatu yang tidak pelik apabila zionis yahudi pada hari ini menggunakan kuasa besar terutama Amerika Syarikat dalam menjajah bumi umat Islam di mana musuh Islam ini tidak berjaya melakukan penjajahan baru melainkan dengan mewujudkan perpecahan di kalangan umat Islam dengan meniup kembali semangat asobiyyah.

Bumi Afghanistan diranapkan selepas umat Islam berpecah dari dalam dan luar negara. Begitu juga Iraq berjaya ditakluki setelah hancurnya kesatuan umat Islam. Malah hukuman gantung terhadap Saddam Husin bekas Presiden Iraq merupakan antara usaha dalam menambahkan lagi permusuhan antara umat Islam yang sedia bertelagah sesama sendiri.

Berlakunya peperangan membolehkan musuh Islam menjajah dan menjual senjata mereka untuk mengaut sebanyak mungkin keuntungan. Tindakan zionis yahudi memberi sokongan terhadap Parti Fatah yang telah kalah sebelum ini dalam pilihanraya Palestin untuk menggulingkan kerajaan HAMAS merupakan antara usaha musuh Islam itu bagi memastikan Israel terus selamat daripada sebarang penentangan.

Akhirnya musuh Islam bersorak riang atas perpecahan umat Islam, menjajah setelah kita berpecah, mengaut keuntungan atas perbalahan sesama sendiri yang tidak berkesudahan. Jika Rasulullah s.a.w berjaya membuang semangat asobiyyah dan menangani masalah perpecahan sesama sendiri dengan menjadikan Islam sebagai asas perpaduan maka umat Islam hari ini pun wajib kembali kepada ajaran Islam yang sebenar agar kesatuan kita semakin rapat dan kuat sehingga musuh tidak lagi berani memperkotak-katikkan kita sesuka hati mereka"....




Sambung Bacaan>>>

15 December 2009

Sanggupkah kita.

Bismillahirrahmanirrahim

Ketika saya dalam kerunsingan, bungkam memikirkan kelemahan diri dan ketiadaan semangat untuk belajar serta merudumnya keghairahan untuk berkhidmat kepada ilmu….

Saya terbaca satu artikel di dalam sebuah buku motivasi yang sempat kubawa dari Malaysia yang bertajuk Hidup Bukan Rahsia,fikirkanlah,! Karya Zabrina Abu Bakar…Saya adaptasi dan ringkaskan sedikit isi artikelnya:

Jika saya berjumpa dengan seseorang(iaitu diri saya sendiri) yang mempunyai karakteristik, kelakuan dan sikap seperti yang saya miliki itu, adakah saya sanggup mengahwininya?
Jika disuruh bertafaqur, merenung sejenak tentang kelakuan yang saya miliki ketika ini; dan bukannya kelakuan atau akhlaq yang ingin saya miliki di masa depan. Saya perlu menilai, memikirkan sikap dan tabiat yang saya miliki hari ini….sekarang…


Jika direnung lebih dalam…

Saya mula berfikir, adakah saya sanggup mengahwini diri saya sendiri?? Saya hairan apabila jawapan saya yang paling jujur adalah, ‘ye kot’ ataupun ‘mungkin’ dan bukannya ‘tentu sekali’ atau ‘mestilah’..Dan kemudian saya bertanya kepada diri saya sendiri apakah yang perlu saya lakukan untuk menukar jawapan ‘mungkin’ itu kepada sudah ‘tentu’. Ya! Sudah tentu dengan memperbaiki diri kita. Berusaha melakukan perubahan. Transformasi..

Jika menggunakan soalan yang lebih sesuai bagi pemuda belia seperti saya, Adakah saya suka pelajar seperti saya? Mahukah saya menjadi kawan kepada orang seperi saya? Ataupun Sanggupkah saya menyayangi seseorang seperti diri saya sendiri. Ataupun Mahukah saya mempunyai anak seperti saya sendiri?

Jika difikirkan, jawapan-jawapan yang saya berikan bagi soalan-soalan tersebut memang menggelikan. Kerana hakikatnya saya hanyalah insan biasa yang mempunyai banyak kelemahan dan saya rasa tentu saya akan menjadi lebih baik jika saya dapat melakukan perubahan.

Itulah pentingnya untuk kita muhasabah, merenung tabiat dan kelemahan kita..
~itulah ertinya sebuah TAFAKUR KEHIDUPAN..

Sambung Bacaan>>>

24 October 2009

Nukilan jiwa


Kelana Masih Jauh

“Qaaluu Alam takun Ardhullahiwasi’atan fatuhaajiru fiiha”
maksudnya:“Mereka(para malaikat)berkata bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu”An-nisa’:97

Entah dari mana ia bermula, bingkai waktu tidak menggambarkan titik mukaddimah musafir ini, sebuah musafir cinta~
Kerana cintaku kepada Allah aku bermusafir,melihat,bertafaqur tentang kebesaranNya, kerana cintaku pada ilmulah aku mengembara jauh. Juga kerana cintaku pada umat, aku berkelana sejauh ini. 9 bulan aku di sini, namun, aku masih terkapai-kapai kesesatan di lautan ilmu, mencari arah tuju,panduan dan bantuan.

ke manakah destinasiku??
Jauh lagikah?
Sebuah destinasi yang masih kelam ini tentunya penghujungnya hanya kematian yang sentiasa makin hampir.

Tuntutlah ilmu dari buaian hinga ke liang lahad....

Kerana hanya kematian yang memisahkan kita antara dunia dan akhirat. Begitu jugalah dengan amal. Amal dunia dan akhirat tiada pemisahnya kecuali niat. Amal dunia akan dinilai oleh Allah sebagai amal akhirat apabila kita melakukannnya sesuai dengan tuntutan agama dan niat ikhlas beribadah kerana Allah. Dan sejak itulah, aku yang baru lagi dalam menjadi hamba kepada ilmu Allah, sentiasa berusaha untuk mengikhlaskan niat, tidak kira ilmu agama atau akademik, niatnya hanya kerana Allah, moga Allah memberi ganjaran kepada kita sebagai khadimul’ilm(orang yg berkhidmat kepada ilmu) dan talibul’ilm(penuntut ilmu).

Dan moga diberi hidayah agar menjalankan tanggungjawab kepada ilmu itu sebaik-baiknya, tanggungjawab yang sangat berat sebenarnya, bersungguh dengan ilmu, beradab dengan ilmu, mengamalkan ilmu, menyampaikan ilmu, berdisiplin dengan ilmu dan seterusnya...
Sanggupkah aku??


MASA

Abdullah ibn abbas meriwayatkan yang Nabi Muhammad SAW berkata: “ Kebanyakan manusia kehilangan dua rahmat iaitu kesihatan dan masa untuk melakukan kebaikan.” –Bukhari
Yang menjadi milik kita hanyalah masa; malah orang yang tidak memiliki apa apa memilikinya- Baltasar Gracian

Ya...
Aku bungkam memikirkan tentang pengurusan masaku...kelas masih belum bermula..
Aku risau, masaku kosong....sesungguhnya aku berada dalam kerugian!
Aku hanya memiliki masa, namun tidak pandai menggunanya?? Alangkah ruginya....
Aku mengejar masa?? Tidak!
Aku perlu berlari bersama-sama dengan masa....
Jom isi masa sebaik-baiknya...
Tapi bagaimana?

erkk..

KELIRU??

Macam mana ni?? Nak ambil kuliyah medic ke ushuludin, Syariah, lughah, dakwah atau dirasat Islamiyah?
Perlu set dari sekarang....
Kalau nak ambil medic kena belajar bidang sains lebih sikit,,
Kalau agama, kena belajar bidang agama banyak sikit, x ada pelajaran sains...
Lepas tu nak ambil pecahan agama yang mana satu?? Syariahkah?? Atau Dirasat Islamiyah?? Atau......
Erghhh...
Banyak Ustaz dah aku minta saranan, apatah lagi ibu bapa....Namun...
Ada sesiapa boleh bantu??
Sekarang ni hanya Allah tempat meminta bantuan..

Istikharah....
*************************************************************

Ya Allah kuatkan cintaku kepadaMU sebagaimana kuatnya cinta Para Nabi dan Sahabat RasulMU..
Ya Allah, Penuhilah jiwaku dengan cahaya cintaMU,
Ya Allah lindungi aku dari kemurkaanMU , redhailah aku,
Ya Allah Ikhlaskanlah hatiku,

Tiada sebarang daya untuk melakukan kebaikan dan tiada upaya meninggalkan kejahatan kecuali dengan petunjuk,cahaya hidayahMu....

“Sekiranya aku menyembahMu kerana aku menginginkan syurgaMu, maka masukkanlah aku ke nerakaMU
Sekiranya aku menyembahMu kerana takut akan nerakaMu, maka masukkkanlah aku ke dalamnya”.-
doa rabiatul adawiyah
Kerana aku hanya ingin beribadah keranaMu.Menuntut ilmu keranaMu...
Hanya keranaMu.....

Sambung Bacaan>>>

03 October 2009

Hiwayati: Santai dgn Nasyid


Daripada mengisi masa lapang kita dengan berkaroke tak tentu arah ataupun mendengar musik2 yang tiada manfaat dan pastinya merosakkan minda dan hati, elok kita mendengar Nasyid yang menyucikan kalbu dengan alunan dan nada yang indah dan Islami.

Namun seorang pencinta Nasyid memang tidak puas betul kalau hanya setakat nak mendengar saja..

Saya mesti buat lebih dari itu.~buat nasyid sendiri~:D

Adik pertama saya pula rupanya ada mempelajari nasyid percussion. Dia juga sering mewakili sekolahnya dalam pertandingan-pertandingan sebagai percussionist..Saya pun terus bercadang nak ajaknya buat lagu sendiri..kemudian album..hehe..

Kebetulan sewaktu di Mesir, betul-betul di hadapan bilikku tinggalnya seorang ustaz yang telah lama berkecimpung dalam bidang ni~ustaz taha Hassan. Beliau juga pernah berduet dengan In-team dalam satu lagu daripada album terbaru mereka berjudul As-syafiie.
Suatu hari nanti saya mesti berguru dengan beliau, sebab bernasyid ni perlu ada guru, bukan senang nak bernasyid, kene jaga pitcing la, tempo, dan macam-macam lagi.

3 minggu bercuti di Malaysia memang ingin kuambil peluang ini untuk berduet dengan adikku. Namun waktu tidak mengizinkan, dia sangat sibuk membuat persediaan Peperiksaan PMR. Namun saya masih ingat, pernah suatu ketika saya berduet dengannya, lagu berjudul ,’Nostalgia’..Seperti biasa dia akan mengetuk yankee(sejenis percussion) dan saya akan nyanyi..

Sering juga saya mengisi masa lapang saya dengan bernasyid secara acapella(tanpa percussion) kombinasi solo dan harmoni adikku. Seperti lagu kegemaran kami ‘Hasbi Rabbi’

Hasbi rabbi jallallah..
Ma fi qalbi ghairullah..
Nur Muhammad Sallallah..
La ILaha illAllah..


Menghayati lagu ini membuat jiwa kita 'membangun' lagi menyucikan.

Mengisi masa lapang ataupun menjadikan Nasyeed sebagai hobi memang seronok..Berani? Cubalah...

Sambung Bacaan>>>

02 October 2009

Mukjizat Abad 20

Ingin sangat nak kongsi perkara ni…

Ketika ayah yang menjadi perserta Persatuan Ulama Malaysia(PUM) pergi ke Aceh bersama rombongan, untuk menyelesaikan sedikit masalah umat, ayah sempat membelikan sebuah buku yang sederhana tetapi menakjubkan untuk di bawa pulang,lalu menarik minatku untuk membacanya.


‘Mukjizat Abad 20, Doktor Cilik Hafal dan Faham Al-Quran’

Itulah judulnya.Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang kisah ini.

Ringkasnya, Sayyid Muhammad Hussein Tabataba’I,lahir pada 16/2/1991 di kota Qom, Iran. Ketika berusia 2 tahun, beliau di asuh bapanya tanpa paksaan selama 3 tahun untuk mempelajari Al-Quran.
Ketika berusia 5 tahun,Hussein telah menghafal 30 juz berserta terjemahannya. Beliau juga telah diuji di Hijaz College Islamic Unversity,Birmingham England dan telah mendapat Ijazah Doktor Honoris Causa (PHD)dalam bidang ‘Science of The Retention of The Holy Quran’ pada usia 5 tahun.

Bekata-kata dengan Al-Quran

Dalam usia 5 tahun,beliau sendiri sering berkata-kata dengan ayat-ayat Al-Quran sama ada di rumah atau di luar. Ketika beliau pulang dari England ke rumahnya di Iran, ramai yang datang ke rumahnya untuk bersoal-jawab, antara beberapa catatannya adalah:

Penyoal (P): Bagaimana ujian yang kamu lalui di England?

Hussein(H):”Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (94:6)

P: Buat apa engkau ke England?

H: “Hai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari tuhanmu”(5:67)[yang dimaksudkan Hussein adalah dia ke England untuk menyampaikan ayat-ayat Al-Quran].

P: Engkau belum lulus Sekolah Rendah, bagaimana mungkin boleh mendapat gelaran Doktor?

H: “Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikanNya kepada mereka”(3:170)[maksudnya semua itu adalah kurnia Allah].

P: bagaimana untuk kita menuntut ilmu?

H: “Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh(berjihad) untuk Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami” (29:69)[maksud Hussein, bila manusia berusaha mencari dengan bersungguh-sungguh, maka Allah akan membuka jalan ilmu baginya].

P: Jika seseorang menzalimi dan memukulmu, apa yang kau lakukan?

H: “Dan dalam qisas itu ada hidup bagimu”(2:179)[maksudnya,Hussein akan membalas pukulan itu]

P: Bila engkau akan berkahwin?

H: (sambil tersenyum) “Dan apabila anak-anakmu telah sampai umur baligh, maka hendaklah mereka meminta izin”(24:59)[maksudnya, dia akan berkahwin jika umurnya sudah baligh].

Sambung Bacaan>>>

29 September 2009

CINTAi orang yang paling diCINTAi

Seorang sahabat Rasulullah Sallallahualaihiwasallam bernama Abu Dzar Al-Ghifari Radhiallahuanhu pernah mendapat sepucuk surat yang datangnya dari jauh. Penulis surat tersebut hanya ingin meminta nasihat daripada Abu Dzar. Lalu Abu Dzar memberikan jawapan. Di dalam suratnya, dia mengatakan, “jangan engkau memusuhi dan menyakiti orang yang paling engkau cintai.”


Lelaki pengirim surat itu menerima surat jawapan itu. Dia pun membacanya, namun tidak memahaminya. Lelaki itu tertanya-tanya sendiri, “Apa yang dimaksudkan Abu Dzar dengan ‘jangan memusuhi orang yang paling engkau cintai?’ Adakah masuk akal, orang akan memusuhi dan menyakiti orang yang paling dicintainya? Yang aku tahu, orang tidak akan menyakiti orang yang paling dicintainya, malah akan membelanya dengan harta dan nyawanya”.

Akhirnya, lelaki itu menulis surat lagi kepada Abu Dzar, yang terkandung tentang permintaan agar abu Dzar menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan nasihatnya itu sebenarnya.

Dalam surat jawapannya Abu Dzar berkata:
"Sesungguhnya, yang aku maksudkan dengan orang yang paling berharga dan paling engkau cintai adalah dirimu sendiri, bukan orang lain. Engkau mencintai dirimu sendiri jauh melebihi engkau mencintai orang lain. Jadi, ‘jangan menyakiti orang yang paling engkau cintai’ ertinya jangan engkau menyakiti dirimu sendiri. Tidakkah engkau mengetahui bahawa setiap dosa, maksiat dan kejahatan yang dilakukan seseorang akan membahayakan dan menyakiti dirinya? "

Cintai diri ini..
Amanah Ilahi..



Sambung Bacaan>>>

Paterikan nama anda di sini. Saya akan jejaki. Moga ikatan terus bersemadi..

Related Posts with Thumbnails