24 October 2009

Nukilan jiwa


Kelana Masih Jauh

“Qaaluu Alam takun Ardhullahiwasi’atan fatuhaajiru fiiha”
maksudnya:“Mereka(para malaikat)berkata bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu”An-nisa’:97

Entah dari mana ia bermula, bingkai waktu tidak menggambarkan titik mukaddimah musafir ini, sebuah musafir cinta~
Kerana cintaku kepada Allah aku bermusafir,melihat,bertafaqur tentang kebesaranNya, kerana cintaku pada ilmulah aku mengembara jauh. Juga kerana cintaku pada umat, aku berkelana sejauh ini. 9 bulan aku di sini, namun, aku masih terkapai-kapai kesesatan di lautan ilmu, mencari arah tuju,panduan dan bantuan.

ke manakah destinasiku??
Jauh lagikah?
Sebuah destinasi yang masih kelam ini tentunya penghujungnya hanya kematian yang sentiasa makin hampir.

Tuntutlah ilmu dari buaian hinga ke liang lahad....

Kerana hanya kematian yang memisahkan kita antara dunia dan akhirat. Begitu jugalah dengan amal. Amal dunia dan akhirat tiada pemisahnya kecuali niat. Amal dunia akan dinilai oleh Allah sebagai amal akhirat apabila kita melakukannnya sesuai dengan tuntutan agama dan niat ikhlas beribadah kerana Allah. Dan sejak itulah, aku yang baru lagi dalam menjadi hamba kepada ilmu Allah, sentiasa berusaha untuk mengikhlaskan niat, tidak kira ilmu agama atau akademik, niatnya hanya kerana Allah, moga Allah memberi ganjaran kepada kita sebagai khadimul’ilm(orang yg berkhidmat kepada ilmu) dan talibul’ilm(penuntut ilmu).

Dan moga diberi hidayah agar menjalankan tanggungjawab kepada ilmu itu sebaik-baiknya, tanggungjawab yang sangat berat sebenarnya, bersungguh dengan ilmu, beradab dengan ilmu, mengamalkan ilmu, menyampaikan ilmu, berdisiplin dengan ilmu dan seterusnya...
Sanggupkah aku??


MASA

Abdullah ibn abbas meriwayatkan yang Nabi Muhammad SAW berkata: “ Kebanyakan manusia kehilangan dua rahmat iaitu kesihatan dan masa untuk melakukan kebaikan.” –Bukhari
Yang menjadi milik kita hanyalah masa; malah orang yang tidak memiliki apa apa memilikinya- Baltasar Gracian

Ya...
Aku bungkam memikirkan tentang pengurusan masaku...kelas masih belum bermula..
Aku risau, masaku kosong....sesungguhnya aku berada dalam kerugian!
Aku hanya memiliki masa, namun tidak pandai menggunanya?? Alangkah ruginya....
Aku mengejar masa?? Tidak!
Aku perlu berlari bersama-sama dengan masa....
Jom isi masa sebaik-baiknya...
Tapi bagaimana?

erkk..

KELIRU??

Macam mana ni?? Nak ambil kuliyah medic ke ushuludin, Syariah, lughah, dakwah atau dirasat Islamiyah?
Perlu set dari sekarang....
Kalau nak ambil medic kena belajar bidang sains lebih sikit,,
Kalau agama, kena belajar bidang agama banyak sikit, x ada pelajaran sains...
Lepas tu nak ambil pecahan agama yang mana satu?? Syariahkah?? Atau Dirasat Islamiyah?? Atau......
Erghhh...
Banyak Ustaz dah aku minta saranan, apatah lagi ibu bapa....Namun...
Ada sesiapa boleh bantu??
Sekarang ni hanya Allah tempat meminta bantuan..

Istikharah....
*************************************************************

Ya Allah kuatkan cintaku kepadaMU sebagaimana kuatnya cinta Para Nabi dan Sahabat RasulMU..
Ya Allah, Penuhilah jiwaku dengan cahaya cintaMU,
Ya Allah lindungi aku dari kemurkaanMU , redhailah aku,
Ya Allah Ikhlaskanlah hatiku,

Tiada sebarang daya untuk melakukan kebaikan dan tiada upaya meninggalkan kejahatan kecuali dengan petunjuk,cahaya hidayahMu....

“Sekiranya aku menyembahMu kerana aku menginginkan syurgaMu, maka masukkanlah aku ke nerakaMU
Sekiranya aku menyembahMu kerana takut akan nerakaMu, maka masukkkanlah aku ke dalamnya”.-
doa rabiatul adawiyah
Kerana aku hanya ingin beribadah keranaMu.Menuntut ilmu keranaMu...
Hanya keranaMu.....

Sambung Bacaan>>>

03 October 2009

Hiwayati: Santai dgn Nasyid


Daripada mengisi masa lapang kita dengan berkaroke tak tentu arah ataupun mendengar musik2 yang tiada manfaat dan pastinya merosakkan minda dan hati, elok kita mendengar Nasyid yang menyucikan kalbu dengan alunan dan nada yang indah dan Islami.

Namun seorang pencinta Nasyid memang tidak puas betul kalau hanya setakat nak mendengar saja..

Saya mesti buat lebih dari itu.~buat nasyid sendiri~:D

Adik pertama saya pula rupanya ada mempelajari nasyid percussion. Dia juga sering mewakili sekolahnya dalam pertandingan-pertandingan sebagai percussionist..Saya pun terus bercadang nak ajaknya buat lagu sendiri..kemudian album..hehe..

Kebetulan sewaktu di Mesir, betul-betul di hadapan bilikku tinggalnya seorang ustaz yang telah lama berkecimpung dalam bidang ni~ustaz taha Hassan. Beliau juga pernah berduet dengan In-team dalam satu lagu daripada album terbaru mereka berjudul As-syafiie.
Suatu hari nanti saya mesti berguru dengan beliau, sebab bernasyid ni perlu ada guru, bukan senang nak bernasyid, kene jaga pitcing la, tempo, dan macam-macam lagi.

3 minggu bercuti di Malaysia memang ingin kuambil peluang ini untuk berduet dengan adikku. Namun waktu tidak mengizinkan, dia sangat sibuk membuat persediaan Peperiksaan PMR. Namun saya masih ingat, pernah suatu ketika saya berduet dengannya, lagu berjudul ,’Nostalgia’..Seperti biasa dia akan mengetuk yankee(sejenis percussion) dan saya akan nyanyi..

Sering juga saya mengisi masa lapang saya dengan bernasyid secara acapella(tanpa percussion) kombinasi solo dan harmoni adikku. Seperti lagu kegemaran kami ‘Hasbi Rabbi’

Hasbi rabbi jallallah..
Ma fi qalbi ghairullah..
Nur Muhammad Sallallah..
La ILaha illAllah..


Menghayati lagu ini membuat jiwa kita 'membangun' lagi menyucikan.

Mengisi masa lapang ataupun menjadikan Nasyeed sebagai hobi memang seronok..Berani? Cubalah...

Sambung Bacaan>>>

02 October 2009

Mukjizat Abad 20

Ingin sangat nak kongsi perkara ni…

Ketika ayah yang menjadi perserta Persatuan Ulama Malaysia(PUM) pergi ke Aceh bersama rombongan, untuk menyelesaikan sedikit masalah umat, ayah sempat membelikan sebuah buku yang sederhana tetapi menakjubkan untuk di bawa pulang,lalu menarik minatku untuk membacanya.


‘Mukjizat Abad 20, Doktor Cilik Hafal dan Faham Al-Quran’

Itulah judulnya.Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang kisah ini.

Ringkasnya, Sayyid Muhammad Hussein Tabataba’I,lahir pada 16/2/1991 di kota Qom, Iran. Ketika berusia 2 tahun, beliau di asuh bapanya tanpa paksaan selama 3 tahun untuk mempelajari Al-Quran.
Ketika berusia 5 tahun,Hussein telah menghafal 30 juz berserta terjemahannya. Beliau juga telah diuji di Hijaz College Islamic Unversity,Birmingham England dan telah mendapat Ijazah Doktor Honoris Causa (PHD)dalam bidang ‘Science of The Retention of The Holy Quran’ pada usia 5 tahun.

Bekata-kata dengan Al-Quran

Dalam usia 5 tahun,beliau sendiri sering berkata-kata dengan ayat-ayat Al-Quran sama ada di rumah atau di luar. Ketika beliau pulang dari England ke rumahnya di Iran, ramai yang datang ke rumahnya untuk bersoal-jawab, antara beberapa catatannya adalah:

Penyoal (P): Bagaimana ujian yang kamu lalui di England?

Hussein(H):”Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (94:6)

P: Buat apa engkau ke England?

H: “Hai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari tuhanmu”(5:67)[yang dimaksudkan Hussein adalah dia ke England untuk menyampaikan ayat-ayat Al-Quran].

P: Engkau belum lulus Sekolah Rendah, bagaimana mungkin boleh mendapat gelaran Doktor?

H: “Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikanNya kepada mereka”(3:170)[maksudnya semua itu adalah kurnia Allah].

P: bagaimana untuk kita menuntut ilmu?

H: “Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh(berjihad) untuk Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami” (29:69)[maksud Hussein, bila manusia berusaha mencari dengan bersungguh-sungguh, maka Allah akan membuka jalan ilmu baginya].

P: Jika seseorang menzalimi dan memukulmu, apa yang kau lakukan?

H: “Dan dalam qisas itu ada hidup bagimu”(2:179)[maksudnya,Hussein akan membalas pukulan itu]

P: Bila engkau akan berkahwin?

H: (sambil tersenyum) “Dan apabila anak-anakmu telah sampai umur baligh, maka hendaklah mereka meminta izin”(24:59)[maksudnya, dia akan berkahwin jika umurnya sudah baligh].

Sambung Bacaan>>>

29 September 2009

CINTAi orang yang paling diCINTAi

Seorang sahabat Rasulullah Sallallahualaihiwasallam bernama Abu Dzar Al-Ghifari Radhiallahuanhu pernah mendapat sepucuk surat yang datangnya dari jauh. Penulis surat tersebut hanya ingin meminta nasihat daripada Abu Dzar. Lalu Abu Dzar memberikan jawapan. Di dalam suratnya, dia mengatakan, “jangan engkau memusuhi dan menyakiti orang yang paling engkau cintai.”


Lelaki pengirim surat itu menerima surat jawapan itu. Dia pun membacanya, namun tidak memahaminya. Lelaki itu tertanya-tanya sendiri, “Apa yang dimaksudkan Abu Dzar dengan ‘jangan memusuhi orang yang paling engkau cintai?’ Adakah masuk akal, orang akan memusuhi dan menyakiti orang yang paling dicintainya? Yang aku tahu, orang tidak akan menyakiti orang yang paling dicintainya, malah akan membelanya dengan harta dan nyawanya”.

Akhirnya, lelaki itu menulis surat lagi kepada Abu Dzar, yang terkandung tentang permintaan agar abu Dzar menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan nasihatnya itu sebenarnya.

Dalam surat jawapannya Abu Dzar berkata:
"Sesungguhnya, yang aku maksudkan dengan orang yang paling berharga dan paling engkau cintai adalah dirimu sendiri, bukan orang lain. Engkau mencintai dirimu sendiri jauh melebihi engkau mencintai orang lain. Jadi, ‘jangan menyakiti orang yang paling engkau cintai’ ertinya jangan engkau menyakiti dirimu sendiri. Tidakkah engkau mengetahui bahawa setiap dosa, maksiat dan kejahatan yang dilakukan seseorang akan membahayakan dan menyakiti dirinya? "

Cintai diri ini..
Amanah Ilahi..



Sambung Bacaan>>>

21 September 2009

FakTa 17 tuJuhBelas


Transformasi 17....

jam 11.30 am,3 syawal 1413h, daku lahir ke dunia...
3 syawal ini pula umurku meningkat 17...walaupun jika mengikut masihi umurku masih 16, tetapi aku lebih selesa menghitung umurku mengikut kalendar hijrah. Kalendar Islam..

Yang mana pada umur 17 ini jugalah seorang sahabat Nabi, Usamah bin zaid dipilih Rasulullah
menjadi panglima perang yang terdiri daripada para sahabat yang lebih hebat-hebat seperti Saidina Umar, Saidina Ali, dan para Sahabat yang lain untuk menentang Rom..
pada umur 17, Usamah bin Zaid r.a. telah memimpin Umat Islam...

Bagaimana pula dgn remaja zaman sekarang??
diri sendiri pun tak terpimpin..apatah lagi nak pimpin keluarga,kawan-kawan malah umat Islam yang lain??

jadi aku berazam untuk menjadi seorang azam yang baru..
yang lebih baik dari sebelumnya..
yang soleh walmusleh...
yang murabbi Qurani
yang da'i hakiki
yang dan yang dan yang..........
yang penting korang doakan daku.....
17
ramadhan baru-baru ini, adikku yang ke-5 lahir,
ya..17 ramadhan juga merupakan tarikh turunnya ayatAl-Quran yang pertama,
iaitu IQRA'....bacalah...
dan 17 ramadhan juga berlakunya perang Badar..
semakin bertambah-tambah pula tanggungjawabku sebagai seorang insan yang bergelar 'sulung'

inilah makhluk tercomel di alam semesta yang mewarisi kecomelan abangnye...hehe
Sempena lahir pada nuzulQuran, beliau dinamakan dengan salah satu daripada nama-nama Al-Quran oleh daku sendiri..
~Furqan~ semoga beliau menjadi insan qurani yang hebatti....

Di samping jumlah rakaat solat kita dlm sehari adalah 17..
Nombor rumahku yang terletak di ampang juga adalah 17....
wargh....17 is tujuhbelas is seventeen is sab'ata asyar..

Sambung Bacaan>>>

24 August 2009

EPL kembali pula!


Tak da idea pula bulan Ramadhan ni...tp akhirnya dpt inspirasi santai ketika menonton bola bertepatan ketika azan dikumandangkan..

Baru baru ni saya tengok satu match smpy fulltime..pergh..best btul..tapi rasa bersalah pulak…Ye la..sanggup terpacak satu jam lebih kat tv nak tengok bola tapi tak sanggup nak terpacak ibadah depan Tuhan tengah-tengah malam...lemah nya iman saya ni….
Aduh….
tak boleh jadi ni…
hmmm..musim baru Liga Perdana Inggeris, Kedai-kedai makan biasanya dapat untung lebih sket sbab orang ramai datang nk tengok berjamaah melalui satu skrin besar sambil menjamah, agar lebih ‘feeling’ kononnye. Ye la, memang bila ramai orang nampak meriah siket..sekali goal satu restoran bunyi ”Gooooooaaaaal” kalau sipi lagi nk goal pulak serentak “Alaaaaa” dan macam macam bunyi lagi.
Saya kalau tengok pun tak de la nak terjerhit jerhet.. boleh dikatakan saya kategori control macho la..hehe. Macam macam bangsa,usia dan agama, bersatu di satu tempat menyokong kumpulan fevret masing-masing.
Bola memang menyatupadukan manusia.. Saya sendiri pun dapat ramai kawan bila tengok bola kat kedai mamak..haha kantoi…kadang2 je la..hish. . Saya juga salah seorang dari mereka, pencinta bola. Namun syukur tak tergila-gila. Man Utd my fevret..
Tapi yang sedihnya orang Islam yang boleh tengok secara berjamaah dan bersatu hati di restoran ataupun rumah, tapi tak boleh pulak nak ramai-ramai solat berjamaah di Masjid. Apalah ganjarannya menonton bola berbanding solat berjamaah? Bijaknya orang kafir……
Cuba bayangkan bila keghairahan mereka solat jamaah sama dengan tengok bola….mesti stiap waktu solat penuh satu masjid macam solat jumaat.. Apa lagi kalau mereka sedar betapa BESARnya pahala solat jamaah..keghairahan akan meluap-luap….
‘Mereka’ Berjaya melalaikan kita dengan sebiji bola yang sangat sangat tidak ada apa-apa manfaat dan kelebihan, hanya dapat menontonnya shj..lalai dan lagha(sia-sia). Saya sndiri pun x ubah ubah lg…adesh…Ya, saya mesti berubah..kita mesti berubah..
ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!
Lagi-lagi kalau ada match yang meletup pada bulan RAMADHAN ni…kadang-kadang ada yang sampai tak solat tarawikh, lengah-lengah nak pegi solat, Kita ni sembah apa sebenarnya?? Bola ke Tuhan?? Mengapa kita lebih pentingkan bola yang tak guna tu daripada seruan Tuhan?? Kita bertuhankan bola?? Bukankah itu syirik?? Nastaghfirullah..
Apa salahnye bulan Ramadhan ni kita berubah…paling kurang satu bulan Ramadhan jangan tengok bola ~InsyaAllah…sebab waktu dalam bulan Ramadhan sepatutnya kita isi dengan beribadat…..kalau nak tau sangat result tengok je kat akhbar atau highlights kat internet…
Tetapi….alangkah lebih bagosnya jika kita berubah terus sampai bila-bila…jangan bulan Ramadhan je kita nak tinggalkan itu dan ini, lepas tu habis je ramadhan tak nk berubah, sama je macam dulu…ish ish ish……

Sambung Bacaan>>>

13 August 2009

RebutLah PiALa di buLAn RAMADHAN



Apa yang dirasakan oleh juara Euro 2008, Spanyol, ketika ia dinobatkan sebagai juara dalam event besar itu? Tentu luapan kegembiraan dan suka cita menyatu dalam diri mereka. Tidak hanya pemain, pelatih, dan pemain saja, bahkan semua warga negara Spanyol menyatu dalam kegembiraan itu. Dunia memujinya, publik menyanjungnya. Spanyol jadi buah mulut.

Kejayaan itu hasil pahit getir dan titik peluh perjuangan. Penantian selama empat puluh tiga tahun untuk merebut kembali gelaran sang juara. Penuh kesungguhan dan kedisiplinan.
Bagaimana jika piala itu datangnya dari Tuhannya manusia?. Bagaimana jika gelaran juara itu disematkan oleh Pemilik alam raya ini?. Bagaimana jika yang menyanjung itu adalah Penentu kehidupan semua makhluk?.

Secara fitriyah dan imaniyah, pasti orang akan berebut piala dan gelaran juara dari Tuhannya. Tentu jauh lebih mulia, istimewa dibandingkan dengan sanjungan manusia.
Ya, itulah penerima kejayaan Ramadhan. Orang yang mampu mengharungi event besar ini sampai ke final dan finish dengan kesungguhan. Ia meraih taqwa, sebagai pangkat tertinggi manusia. Ia meraih piala Ar-Royyan, syurga istimewa bagi shaaimin dan shaaimat.

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (QS. Al Baqarah: 183).
“Sesungguhnya didalam surga ada pintu bernama Royyan, tidak ada yang memasukinya kecuali mereka yang berpuasa Ramadhan.” (Muttafaq alaih)

Bahkan tidak hanya itu, orang yang menyintai Ramadhan, mereka yang mengisinya dengan kesungguhan, akan meraih pelbagai lagi keistimewaan dan kemuliaan.
· ganjaran lipat ganda pahala
· pengkabulan do’a
· ruang dan peluang amal soleh
· penghapusan dosa
· syurga dibuka lebar-lebar
· neraka ditutup rapat-rapat
· setan-setan dibelenggu
· malam lailatul qadar, malam lebih baik dari seribu bulan

Sangat sangat beruntung bagi yang memanfaatkannya. Subhanallah!

Sahabatku, Ramadhan tinggal hitungan hari lagi akan menyapa kita. Bulan yang sangat dirindukan bagi mereka yang tahu hakikat hidangan Allah yang hanya setahun sekali ini. Bagi pencari kenikmatan ibadah, bagi pemburu manisnya keta’atan, dan bagi yang merindui kepuasan rohani… Ramadhan sangat dinanti. Suka cita, bergembira dan penuh permohonan kepada Allah S.W.T agar Ramadhan kali ini menjadi yang terbaik dari tahun-tahun sebelumnya.

Sedikit coretan tazkirah Ramadhan:
::Ikhlas kerana Allah SWT


وَمَا أُمِرُوْا إِلاَّ لِيَعْبُدُوْ للهَ مُخْلِصْيِنَ لَه الدِّيْنَ حُنَفَاءَ
Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus. (Q.S. Al-Bayyinah: 5).


Jika seseorang yang sedang berpuasa mengetahui bahwa ikhlas adalah pintu bagi pertolongan dan taufiq Allah SWT, maka hal ini akan menjadi motivasi yang sangat baik baginya untuk melakukan pengisian penuh Ramadhan dengan segala bentuk ketaatan kepada Allah SWT
Puasa + Ikhlas krn Allah = semangat dan motivasi tinggi.

::Sangat besar pahala di bulan Ramadhan
Pahala orang yang berpuasa sangatlah besar, tidak ada siapa pun yang mengetahuinya selain Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam sebuah hadits qudsi:

Semua amal manusia adalah milik mereka, kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah milik-Ku dan Aku yang akan memberikan balasannya (H.R. Bukhari).
Ya Rahman, Ramadhan begitu dekat, maka takdirkan kami bertemu dengannya dalam keadaan sihat wal afiat, dan memiliki kekuatan dan kemahuan untuk memaksimumkan dalam mengamalkan segala ibadah-ibadah Ramadhan.
Semoga Allah menerima segala amalan kita…Ameen,
Selamat Menyambut Ramadhan!!

Sambung Bacaan>>>

aRCa di JiWa: Menyitir coretan lampau

~Sambungan yang lalu~

2 bulan telah berlalu, dalam mengisi penangguhan pendaftaran ke Maahad, pembelajaranku di markaz intensif bahasa arab berjalan seperti biasa. Telah sampai waktu untuk mencuba lagi mendaftarkan diri.

Urusan demi urusan, ujian demi ujian. Sabar dan tabah menjadi prinsipku. Urusannya tidak teratur, mereka pula tidak memberi panduan pengurusan pendaftaran. Ringkasnya……
pusat pendaftaran sekolah-sekolah → imigresen Mesir→tempat pendaftaran→Hospital(ujian kesihatan) →tempat pendaftaran→Akhirnya ke Maahad Buuts Dirasah Khassah mengambil ujian syafawi.

Seminggu kemudian,akhirnya aku bersekolah….

Subhanallah….itulah perkataan pertama apabila kali pertama menjejakkan kaki ke kelasku. Penuh!. Pelbagai bangsa,tiada had umur, ada yang telah berjanggut putih masih berada di bangku kelas ini.Sangat kagum. Ya, tiada malu dalam menimba ilmu. Suasana seronok dan meriah menarik minatku dari pintu kelas untuk masuk…

Mataku tersorot ke hadapan kelas. Kapur? Papan hijau? Wah! Aku akan merasai bagaimana datuk dan moyangku belajar dulu…sungguh klasik…aku pun duduk di suatu sudut kosong di barisan kedua di sebelah seorang lelaki berkulit hitam manis. Aduh! pinggulku sakit…bangku kayu buruk yang memuatkan tiga hingga empat orang setiap satu,meja kayu yang tidak rata itu akhirnya menjengkelkanku…

Adakah begini kelas baruku?? Yang dulu kubayangkan sebuah kelas mewah yang bersih dan sarat dengan pelajar yang beruniform segak. Tetapi,sebaliknya. Tiada uniform khas, Cuma berpakaian ‘sopan’. Jauh bezanya dengan sekolahku sebelum ini di bandar metropolis Kuala Lumpur yang ‘MasyaAllah’…..Seorang guru datang, dari persepsiku, beliau tidaklah nampak seperti seorang guru melalui pakaiannya, seperti orang biasa. Aku termangu-mangu kebingungan…

Sepuluh minit kelas berjalan. Aku terpukau. Siapakah gerangan guru ini sebenarnya? Sepatutnya saya tidak memandang rendah. Hebat!. Gaya pengajarannya sangat jelas dan menyerlahkan keilmuannya. Bagaimana mungkin beliau boleh memahamkanku satu pelajaran berbahasa arab dalam kelas pertamanya?? Ya, dia Berjaya memukauku.

Aku berkenalan dengan beberapa orang pelajar ,seorang dari Uzbekistan, seorang dari Sudan. Aku sengaja bertanya, bagaimanakah jika kita tidak hadir ke kelas? Adakah dimarahi pengawas atau guru disiplin? Jawapannya mengerutkan dahiku. Katanya, oh tidak, kedatangan tidak wajib seperti di negara kita, tiada guru disiplin atau pengawas…

Adesh….aku pulang dengan buntu dan runsing. Sekolah atau apa ini? Akhirnya aku bertanyakan kpd seorang pelajar Malaysia mengenai hal ini. Jawapannya menghilangkan segala persoalan. Katanya, haha,di sinilah baru dinamakan menuntut ilmu tahap sebenar, para ulama sengaja mengekalkan suasana ‘klasik’ dan tidak mengetatkan disiplin. Justeru, kita akan tahu sendiri, adakah kita boleh membawa diri? Dan mengapa dan kerana apa kita sekolah selama ini? Krn guru? Kawan? Keselesaan?peperiksaan?ibu bapa? Guru disiplin?Pengawas? atau kerana Allah??..Jika kita gagal membawa diri, musnahlah kejayaan. Jika kita berjaya membawa diri dgn ikhlas dan bersungguh2, kejayaan di tangan.

Boleh kukatakan di sini bebas! Tiada ibu bapa atau sesiapa yang ingin menghalang dan menyuruh kita kecuali Allah Yang Maha Mengetahui. Akhirnya aku mengerti di sinilah tempat sebenarnya mendidik diri kearah keikhlasan,pengorbanan dan kejayaan. Adakah aku berjaya menempuh semua ini?

Tuntunlah kami para penuntut ilmuMu kearah kejayaan dunia dan akhirat Ya Rahim……..Ameen

Sambung Bacaan>>>

Paterikan nama anda di sini. Saya akan jejaki. Moga ikatan terus bersemadi..

Related Posts with Thumbnails