10 August 2011

Masuk Islam Ketika Merompak!


Bismillah.

Baru-baru ni, seorang kawan Azam dari Lubnan tunjukkan Azam sebuah video yang sangat menarik di laptopnya. So Azam teruja pula nak upload dan kongsi di blog.. hehehe.. santai-santai la sikit.. asyik tulis dan baca berat-berat ja.. cuba play video di atas.. ^^

Kisahnya adalah begini:

Di Shirley, New York, seorang perompak yang menggunakan sebatang kayu baseball untuk merompak sebuah kedai runcit terpaksa menyerah dan melutut ketakutan kerana tanpa disangka, pemilik kedai tersebut rupanya mempunyai selaras senapang yang besar. hahaha..

Sambil menangis, perompak malang terbabit lalu memohon maaf serta cuba meraih simpati pemilik kedai tersebut.

Mohammad Sohail, pemilik kedai runcit tersebut yang merupakan seorang Muslim lalu dengan penuh kasih sayang memberikan sedikit roti dan wang tunai sebanyak 40 USD.. Banyak tuu!! pergh!!

Tidak hanya sekadar diberi wang, perompak terbabit juga disuruh berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya merompak lagi..

Oleh kerana terkesan dengan akhlak Mohammad Sohail, perompak tersebut lalu menyatakan padanya bahawa dia ingin masuk Islam sepertinya.

Dan Alhamdulillah, perompak tersebut kemudian mengucap dua kalimah syahadah dan menjadi saudara baru kita..

Hidayah Allah tak mengenal tempat, keadaan dan waktu!!

Huhu.. Lihat, bagaimana cara pemilik kedai tersebut membantu perompak itu yang mana dia bukan hanya membantu dari segi material, tetapi juga rohani dan mental! Dia dakwah perompak tersebut.. Subhanallah!

Sebenarnya kisah yang lebih kurang begini juga pernah berlaku di zaman Rasulullah dan salafussoleh dahulu..

Em, nak ceritakan sikit tapi malas..hehe.. lagipun entry ni dah meleret dah..taknak lah buat panjang-panjang, nanti korang malas baca pulak.. kan? huhu, macam Azam tak tahu ja..

Okay, sebagai pengajaran, melalui kisah ini Azam sebenarnya nak ambil perhatian pembaca semua untuk mencontohi Mohammad Sohail dalam mengaplikasikan sabda Rasulullah yang berbunyi:


انصر أخاك ظالماً أو مظلوماً
“Bantulah saudaramu yang berlaku zalim atau yang dizalimi"

Dalam Sahih Bukhari, sambungan hadith tersebut adalah:

"Sahabat berkata: Ya Rasulullah, kami membantu orang yang dizalimi, tetapi bagaimana kami membantu orang yang zalim? Sabda Rasullullah: Halangilah kezaliman yang dilakukan oleh mereka.” 

Kita lihat di sekeliling kita, keluarga kita, pemimpin kita.. sangat ramai orang yang melakukan kezaliman..kan?

Dan ketahuilah, maksiat pun satu bentuk kezaliman juga! Tak tutup aurat pun satu kezaliman juga!!

So janganlah kita biarkan, sisih dan tentang mereka saja, tetapi kita cegah perbuatan mereka dan nasihati mereka. InsyaAllah... =)

Sambung Bacaan>>>

05 August 2011

Berus Gigi Selepas Zohor Adalah Sunat?


Bismillah.


Hari ini Azam tertarik untuk berkongsi tentang perbezaan hukum bersugi ataupun memberus gigi antara Imam As-Syafi'ie dan Imam Malik.

Menurut Imam As-Syafi'ie, hukum membersihkan mulut seperti membersihkan gigi setelah gelincirnya Matahari(waktu tengah hari/zohor) adalah 'Al-Karahah'  yakni makruh(tak buat dapat pahala, buat tak dapat apa2 dosa atau pahala).

Pendapat Imam As-syafi'ie ini adalah berdasarkan hadis:

"Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada kasturi di sisi Allah S.W.T" (HR Muslim)

Cara Imam As-syafi'ie menggunakan hadis ini untuk menghukumkan al-karahah adalah, bagi beliau, oleh kerana ganjaran orang yang berpuasa ini sangat besar, iaitu bau mulutnya di sisi Allah lebih harum dari bau kasturi, maka makruh untuk kita mencuci mulut kita kerana menghilangkan bau busuk mulut yang di sisi Allah harum seperti di dalam hadis tersebut..

Sebaliknya Imam Malik pula berpendapat ianya adalah digalakkan dan sunnah!

Dalilnya pula adalah:

"Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada kasturi di sisi Allah S.W.T" (HR Muslim)

Sama bukan?

Huhu... Ya. Begitulah para fuqaha', barangkali dalil dan hujjahnya sama, tetapi cara istinbat dan kefahamannya berbeza..

Imam malik r.a pula berpendapat, jika mulut orang berpuasa yang berbau busuk pun di sisi Allah lebih harum dari bau kasturi, apatah lagi jika seseorang itu mencuci dan membersihkan mulutnya..lagi-lagilah jauh lebih wangi di sisi Allah..

Oleh yang demikian, mencuci mulut seperti menggosok gigi setelah gelincir Matahari adalah sunat ketika berpuasa dalam mazhab Maliki...

Jadi pendapat/ijtihad mana satu yang benar?

Kata ulama, dua-dua benar.. Kita boleh amalkan kedua-duanya, kerana sudah tahu dalil dan faktor hukumnya. Lagipun ini adalah masalah furu'(cabang), jadi tidak mengapa.. Seperti juga hukum niat puasa setiap hari atau sebulan penuh di bulan ramadhan yang berbeza antara Mazhab As-Syafi'ie dan Maliki..

MashaAllah, hebatkan ulama salafussoleh dahulu?

Azam nak jadi seperti mereka...hihi.. 'As-Syafi'ie sogheer' insyaAllah..
Salam Ramadhan dari Kaherah!!
^_^





Sambung Bacaan>>>

03 August 2011

Wanita Lebih Baik Solat Tarawikh Di Rumah?



"Meera taknak la ikut mama pgi solat tarawikh kat masjid, meera solat tarawikh kat rumah jer, lagipun kan Nabi kata perempuan lebih elok solat kat rumah..."
Bismillah..

Isu ini agak penting untuk diketengahkan memandangkan ianya sering disalahfahami segelintir muslimah. Saya terdetik untuk menulis sebuah artikel tentang ini apabila saya terbaca sebuah post di sebuah group di laman Facebook yang sewenang-wenangnya memberikan alasan dan hujjah untuk tidak menyahut seruan solat tarawikh di masjid menggunakan dalil-dalil yang berikut:

Rasulullah S.A.W bersabda kepada seorang wanita: "Solat di bilikmu lebih baik daripada solat di rumahmu. Solat di rumahmu lebih utama daripada solat di masjid kaummu". (HR Ibn Khuzaimah)

"Solat seorang wanita di salah satu ruangan rumahnya lebih utama daripada di bahagian tengah rumahnya dan solatnya di bilik (peribadi)nya lebih utama daripada (ruangan lain) di rumahnya." (HR Abu Daud dan Al-Hakim)

"Sebaik-baik tempat solat bagi kaum wanita adalah bahagian paling dalam (tersembunyi) di rumahnya." (HR Ahmad dan Al-Baihaqi)

Status hadis-hadis di atas memang tidak sampai kepada dhaif(lemah) mahupun maudhu'(palsu), jadi ianya boleh diamalkan, akan tetapi kita perlu faham bagaimana untuk menggunakan hadith-hadith di atas. Kita tak boleh menggunakan sesuatu dalil sesuka hati di tempat yang salah. Perlu untuk kita cakna dengan syarah dan penerangan ulama bagi hadith-hadith tersebut.

Letakkanlah sesuatu pada tempatnya. シ

Faktor Wanita Lebih Afdhal Solat Di Rumah

"Janganlah kalian melarang para wanita (pergi) ke masjid dan hendaklah mereka keluar dengan tidak memakai wangi-wangian." (HR Ahmad dan Abu Daud)

Berdasarkan hadith ini, kita dapat fahami bahawa antara faktor mengapa Nabi lebih menggalakkan kaum hawa untuk solat di rumah adalah kerana untuk mengelakkan timbulnya fitnah, godaan, menimbulkan syahwat di kalangan lelaki seperti memakai perhiasan, tabarruj, memakai wangi-wangian, berpakaian seksi dan ikhtilat(pergaulan bebas) di rumah Allah..

Saya tertarik untuk berkongsi satu kaedah fiqh yang pernah saya pelajari:


"إذا انعدمت العلة انعدمت الحكم" 
'Apabila hilang/tiadanya sebab, maka hilang/tiadalah hukum.'

Jadi, sekiranya seseorang muslimah itu terhindar dari segala perkara di atas, maka adalah lebih baik untuk dia ke masjid kerana berdasarkan kaedah fiqh di atas, apabila tiadanya faktor yang menyebabkan seseorang itu lebih baik solat di rumah, maka terhapuslah hukum(solat di rumah lebih baik), justeru solatnya di masjid adalah lebih afdhal dari solat di rumah..

Berkata Al-Hafiz Ibn Hazm dalam kitabnya 'Al-Muhalla' :

“Jika hadir seorang wanita ke masjid untuk bersolat berjemaah bersama kaum lelaki, maka itu adalah satu perkara yang baik. Hadis yang menyatakan kelebihan solat berjemaah mengatasi solat bersendirian dengan 27 darjat tidak boleh dikhususkan untuk kaum lelaki sahaja..."

Tiada Larangan untuk Ke Masjid

Sabda Rasulullah S.A.W.:


"Janganlah kalian melarang hamba-hamba wanita Allah untuk ke masjid-masjid Allah"{HR Bukhari: no 858 dan Muslim: no 442}

Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradawi berkata:

"Solat seorang perempuan di rumahnya itu lebih baik dari di masjid jika dia ke masjid hanya untuk berjemaah, tanpa sebarang faedah lain, tetapi jika ada faedah yang lain seperti mendengar tazkirah keagamaan, mempelajari sesuatu ilmu atau mendengar bacaan al-Qur'an daripada qari yang khusyuk, maka pergi ke masjid itu adalah lebih baik.."

Sepertimana maklum, biasanya solat tarawikh di masjid diselitkan dengan ceramah-ceramah, zikir, tadarus Al-Quran dan majlis ilmu, jadi adalah lebih baik untuk kaum wanita ke masjid..

Sedangkan pada zaman Rasulullah, para sahabiah dan Ummul Mukminin(isteri-isteri Nabi) sangat rindu dan ghairah untuk ke masjid, bahkan ada sebuah hadis yang menunjukkan isteri Rasulullah sering ke masjid, Sayyidah Zainab r.a, salah seorang isteri nabi pernah mengikat seutas tali di antara dua tiang di masjid :

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah masuk ke dalam masjid. Beliau melihat ada tali yang terikat antara dua tiang masjid, kemudian baginda bertanya, "Untuk apa tali ini?" Maka sahabat menjawab, "Ini adalah tali Zainab r.a.(isteri nabi) Bila dia letih dan mengantuk, maka dia akan bergantung kepadanya. Rasulullah saw. bersabda, "Bukalah tali ini. Hendaklah seseorang solat dalam keadaan bersemangat saja, dan bila dia letih hendaklah dia tidur." (H.R. Bukhari dan Muslim)

Subhanallah, kita lihat bagaimana Ummul Mukminin yang begitu erat terpaut dengan rumah Allah.. Tidak inginkah kita untuk mencontohi mereka? Tidak inginkah kita untuk menjadi sebaik-baik muslimah di sisiNya?

Sungguh rugi sesiapa yang tiada keinginan untuk ke istana Allah..

Paling kurang dalam setahun, hanya sebulan sahaja ke masjid, takkan tak boleh kot? Wanita ni biasanya solat di rumah sahaja.. Apa salahnya sepanjang bulan Ramadhan, kita solat tarawikh di masjid.. Kita hidupkan rumah-rumah Allah.. kan?  ^^


Solat Di Masjid Bagi Wanita Lebih Baik Dengan Syarat..

Ya... Ada syarat-syarat dan adab-adabnya untuk kita beribadah dan bertarawikh di masjid Allah ini..

Di sini saya naqalkan potongan jawapan Mufti Mesir Prof, Dr. Ali Jum'ah apabila ditanya tentang 'Solat tarawikh bagi wanita lebih baik ditunaikan di rumah atau di masjid?'


"..... Barangkali, adalah lebih baik bagi muslimah zaman ini untuk pergi ke masjid memandangkan kaum wanita sering terasing dari para ulama, majlis-majlis ilmu dan pelajaran-pelajaran agama..

Bagaimanapun, perlu untuk kita tahu bahawa pemergian seorang wanita ke masjid adalah afdhal(lebih banyak ganjaran dari di rumah) sekiranya ketiadaannya di rumah tidak memberi kesan terhadap tanggungjawabnya di rumah, keluarga dan hak-hak suami..(pastikan tanggungjawab selesai) serta aman dan terhindar dari membuat gangguan dan fitnah..

Dan juga (lebih afdhal solat di masjid), sekiranya seseorang wanita mampu memelihara pakaian/penampilan seperti yang dituntut syarak, hak-hak masjid seperti merendahkan suara, ikhlas dalam beribadah, menjauhi mengumpat, gosip dan seumpamanya secara keseluruhan, serta tidak mengganggu orang lain..

Sebaliknya, apabila seseorang muslimah itu tidak mampu mematuhi adab-adab tersebut, maka solat wanita di rumahnya adalah lebih afdhal.." (dipetik dan diedit sedikit dari kitab 'Al-kalimut Tayyibu Fatawa 'Asriyyah' oleh Al-Allamah Sheikh 'Ali Jum'ah rahimahullah: m/s 45, terbitan Darus salam)


Wallahu ta'ala a'la wa a'lam.. ヅ


Sambung Bacaan>>>

Paterikan nama anda di sini. Saya akan jejaki. Moga ikatan terus bersemadi..

Related Posts with Thumbnails